Langkau ke kandungan utama

Aquascape Center KK

Aquascape Center Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 5 km Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

AQUASCAPE CENTER KK


Kredit Gambar : Sabahtourism

Aquascape Center Kota Kinabalu adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabau yang mula dibuka pada 19 Oktober 2019 untuk kunjungan orang ramai termasuklah pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya daerah Kota Kinabalu. Tempat ini terletak dekat saja dengan Pusat Bandaraya Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit perjalanan sahaja dan ia merupakan sebuah akuarium adalah sebuah akuarium besar yang menempatkan beberapa jenis ikan air tawar dan tempat ini juga berfungsi sebagai taman pendidikan botani. Maka dengan itu Aquascape ni adalah satu tempat yang dianggap sebagai mesra keluarga kerana anda bukan sahaja dapat melihat ikan tetapi anda sekeluarga termasuk anak anda juga dapat belajar tentant pokok botani dan herba sekaligus berpeluang untuk melakukan aktiviti menanam pokok-pokok tersebut.

Bagi mereka yang berminat untuk berenang bersama ikan, di sini adalah antara tempat yang sesuai jika anda tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti tersebut di laut yang mungkin memakan kos yang agak tinggi dan lokasinya yang jauh untuk anda. Walaupun mungkin ikan-ikan di sini tidak banyak yang bersaiz besar seperti ikan laut, namun ada satu ikan yang pasti akan menarik perhatian anda iaitu Ikan Arapaima yang merupakan antara ikan air tawar terbesar di dunia. Jadi kalau anda ke sini mungkin anda akan berpeluang untuk berenang atau menyelam bersama ikan tersebut. Ikan-ikan yang ada di dalam akuarium ini bukanlah jenis ikan yang bahaya atau berbisa jadi anda tidak perlu risau, lagi pun keselamatan dan alat berenang dan menyelam juga ada disediakan oleh pihak pengurusan di sini. Bagi mereka yang tidak berapa kenal dengan ikan air tawar, anda boleh belajar untuk mengenali antara ikan air tawar yang ada di khususnya ikan air tawar di Malaysia
.


Aquascape Center ni bukan semata-mata sebagai tempat untuk melihat ikan saja tetapi ia juga sebagai tempat pendidikan seperti mengenali dan menanam pokok botani serta herba. Oleh itu pihak Aquascape akan menerima mana-mana pihak ataupun kumpulan yang ingin melakukan lawatan sambil belajar ke sini seperti daripada pihak sekolah, syarikat, jabatan mahupun organisasi lain. Seperti yang di sebut di atas tadi, tempat ini adalah mesra keluarga kerana aktiviti yang ada di sini bukan sahaja untuk ibu dan bapa saja tetapi terdapat juga beberapa aktiviti untuk kanak-kanak. Terdapat tempat atau zon tertentu yang disediakan khas untuk kanak-kanak melakukan aktiviti mereka. Antara aktiviti yang boleh anda dan anak anda lakukan bila ke sini adalah :

Aktiviti :

01. Berenang sama ikan
02. Lawat taman akuaponik
03. Melawat zoo kecil
04. Melawat eco farm
05. Melawat taman herba
06. Melawat taman english
07. Melawat taman rama-rama
08. Melihat taman hajat

Aktiviti kana-kanak :

01. Mesin kereta
02. Mesin basikal
03. Main ring toss
04. Membaca buku
05. Pelajari hidupan liar
06. Buat t-shirt
07. Mewarna
08. Menanam (boleh bawa pulang)

Siapa-siapa yang mahu ke sini bolehlah memandu kereta sendiri terus ke sini, kalau tiada kenderaan boleh guna teksi atau e-hailing lain agar lebih cepat untuk anda sampai ke sini.

Waktu operasi :
Selasa - ahad : 10.00 am - 5.00 pm
Isnin : Tutup

Tiket masuk :
Dewasa : RM12.00
Kanak-kanak : RM6.00

Bayaran/syarat berenang :
01. Yuran : RM120 seorang
02. Umur 12 tahun ke atas dibenarkan
03. Masa berenang 30-40 minit
04. Dibantu oleh pengajar (guru selam)
05. Beri makan ikan jam 3 petang
06. Tempah 2 hari sebelum datang
07. 50% deposit semasa tempah
08. Batal saat akhir (duit tidak dikembalikan)

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Aquascape Center Kota Kinabalu seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Voluntary Assocation Complex
Lot 4, Mile 2 1/2
Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Telefon : 011 5152 9306 (tiket)
Telefon : 010 9419 140 (tiket)
Facebook : facebook.com/Aquascapecenterkk

Ulasan