Arnab Village Ranau

Arnab Village Ranau merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Arnab Village Ranau ini adalah kawasan rekreasi bertemakan haiwan dan ia terletak di dalam daerah Ranau Sabah.

ARNAB VILLAGE RANAU

Kredit Gambar : Goranau



Arnab Village Ranau (AVR) merupakan salah satu tempat menarik di daerah Ranau yang boleh dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Kota Kinabalu terutamanya di daerah Ranau. AVR ini terletak di Kg. Purakagis Kibas iaitu kira-kira 6 km atau 12 minit perjalanan dari Bandar Ranau dan lebih kurang 104 km atau 2 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. AVR adalah taman arnab yang cukup popular di Sabah kerana mempunyai pelbagai arnab yang ada di sini dan tempat ini telah ditubuhkan sejak tahun 2014 lagi. 

Di sini pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai jenis dan warna arnab yang sungguh comel. Selain itu di sini juga terdapat kawasan yang dibuat khas sebagai kuburan arnab yang telah mati. Kalau anda mahu pegang atau beri makanan pada arnab-arnab ini pun boleh, tapi kalau mahu pegang dan mengangkat arnab ada caranya supaya tidak akan menyakitkan arnab tersebut jadi boleh tanya pada pekerja di taman ini. Bagi yang ingin memberi makanan kepada arnab tersebut, anda tidak boleh membawa makanan dari luar, mesti beli makanan arnab yang sudah disediakan di kaunter tempat anda daftar masuk. Jadi semasa mendaftar masuk boleh tanya pada pekerja dikaunter tu yang anda ingin membeli makanan untuk arnab.


Sambil anda memberi makan atau memegang, mengangkat dan menyentuh arnab tersebut bolehlah ambil gambar sekali untuk kenang-kenangan sebab arnab di sini memang comel-comel semuanya. Kalau anda ke sini untuk lihat dan bergambar dengan arnab ini saja boleh juga, tapi kalau anda mahu pergi ke beberapa kawasan dalam AVR ini lagi menarik sebab ada beberapa taman dalam AVR ini tetapi bukan percuma, ia dikenakan bayaran. Walaupun ada kena bayaran tapi ia pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan kenangan yang sukar dilupakan.

Kalau dulu kawasan AVR ini hanya boleh melihat, bermain atau bergambar dengan arnab saja tapi sekarang ada beberapa penambahan yang pasti akan membuatkan anda lebih teruja untuk ke sini lebih-lebih lagi untuk mengambil gambar dengan belatarbelakangkan pemandangan yang cukup cantik. Antara kawasan-kawasan yang boleh anda kunjungi ketika ke Arnab Village Ranau ini adalah seperti Taman Selfie, Taman Kucing, Taman Hamster, Taman Itik, Anggur Borneo dan Taman Terapung. Jadi jangan tunggu lama-lama, bawalah keluarga datang ke sini di musim cuti sekolah atau cuti dihujung minggu.

Di sini tidak perlu risau pasal makan sebab harga tiket yang anda bayar tu sudah termasuk dengan sarapan pagi dan makan tengahari. Sarapan pagi yang dihidangkan biasanya adalah dari kuih-kuih tempatan negeri Sabah begitu juga dengan makanan tengahari yang mana menunya adalah menu makanan tradisional etnik-etnik di Sabah. Jadi anda boleh pilih yang mana saja menjadi pilihan anda sambil menikmati perjalanan menaiki keretapi ini yang sungguh menarik.

Untuk ke sini pengunjung sebaiknya menaiki atau memandu kereta sendiri, kalau tiada kenderaan bolehlah menyewa kenderaan (yang penting ada lesen) ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini. Kalau ada kereta sendiri boleh melawat tempat menarik lain di sekitar daerah Ranau yang sememangnya cukup banyak yang boleh dilawati.

Kemudahan disediakan :
1. Kedai cenderahati
2. Tapak letak kereta

Waktu operasi :
Rabu dan Sabtu : 8 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Arnab Village : RM3.00
Arnab Village + Taman Selfie : RM10.00
Taman Kucing : RM10.00
Taman Tergantung : RM8.00
Taman Itik : RM6.00
Taman Hamster : RM6.00
Anggur Borneo : RM3.00
(Harga di atas ini mungkin berubah mengikut keadaan. Harga biasanya hanya untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah percuma)

Sekiranya ada pertanyaan mengenai harga atau apa-apa pertanyaan yang lain boleh menghubungi pihak Arnab Village Ranau di alamat seperti di bawah ini :


Alamat :
Arnab Village Ranau 
Kg. Kibas, Ranau
Sabah, Malaysia.

Telefon : 010-955 0019
Website : www.facebook.com/Arnabvillage/

Nota :

01. Hati-hati ketika mengangkat arnab dan haiwan lain, sebab biasanya ada cara yang betul untuk angkat arnab tersebut, jadi boleh bertanya petugas taman arnab ini.

02. Anda tidak dibenarkan membawa makanan arnab dari luar, jadi kalau anda mahu beri makan kepada arnab boleh beli makanan arnab yang dijual oleh pihak taman ini di kaunter masuk.
 
03. Yang paling penting adalah, semasa bermain ataupun mengangkat arnab atau haiwan lain, pastikan jangan sampai haiwan tersebut terluka atau cedera.

04. Kalau ada bajet lebih bolehlah bawa lebih sikit, jadi dapatlah juga anda melawat ke taman yang lain seperti yang disenaraikan di atas.

Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan