Langkau ke kandungan utama

ATV Borneo Adventure

ATV Borneo Adventure merupakan salah satu tempat menarik di Sabah buat para peminat ATV tidak kira dari dalam atau pun luar negara. Tempat ini terletak di dalam daerah Kundasang, Sabah iaitu lebih kurang 3.8 km daripada Pekan Kundasang.

ATV BORNEO ADVENTURE


Kredit gambar : Atvborneoadventure

Kredit gambar : Atvborneoadventure

ATV Borneo Adventure merupakan salah satu tempat menarik di Kundasang khususnya kepada mereka yang berminat dengan aktiviti lasak seperti memandu ATV. Tempat ini telah pun mula beroperasi sejak tahun 2015 lagi dan terletak di dalam daerah Kundasang iaitu lebih kurang 3.8 km atau kira-kira 9 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kundasang manakala kalau anda dari Kota Kinabalu jaraknya lebih kurang 95 km atau kira-kira 1 jam 55 minit menaiki kenderaan sebaliknya kalau dari ranau pula memakan masa sekitar 28 minit dengan jarak lebih kurang 17 km. Tempat ini sering menjadi pilihan utama buat para peminat ATV terutamanya ketika musim cuti seperti hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah kerana ia mempunyai laluan perjalanan yang cukup menarik di kawasan tanah tinggi yang mana ianya menyajikan satu pemandangan alam semulajadi yang menawan hati lebih-lebih lagi jika pada ketika itu keadaan cuaca adalah baik dan cerah yang membolehkan anda melihat pemandangan tanpa halangan seperti kabus kerana suhu di sini adalah lebih sejuk.

Perjalanan menaiki ATV di sini menawarkan 2 laluan yang boleh anda pilih sekiranya ingin ikut buat aktiviti memandu ATV iaitu laluan pertama ialah di kawasan tempat berlakukan gempa bumi pada tahun 2015 yang mana laluan ini mungkin agak mencabar kerana ia adalah laluan yang panjang dan terdapat banyak serpihan batu besar yang merupakan serpihan batu dari Gunung Kinabalu yang jatuh ke bawa ketika berlakuknya gempa bumi pada tahun 2015 tersebut. Laluan kedua pula ialah laluan Bukit Sosodikon yang mana anda akan berjalan di sekitar kawasan bukit ini yang sudah pasti akan buat anda terpesona dengan keindahan pemandangan apabila melalui laluan ini. Cuma laluan Bukit Sosodikon ini adalah hanya untuk mereka yang mahu ke sini pada waktu petang sebab laluan ini hanya dibuka pada jam 4 petang sahaja, oleh itu anda perlulah pilih masa yang terbaik sekiranya ingin ke sini melakukan aktiviti memandu ATV ni, kalau mahu ke Bukit Sosodikon pastikan beritahu pihak pengurusan di sini terlebih dahulu iaitu ketika membuat tempahan.


Sepanjang perjalanan memandu ATV, anda mungkin akan berpeluang melihat dan melalui beberapa tempat menarik yang lain iaitu seperti Ladang Lembu Mesilou yang juga terletak di Kundasang dan beberapa tempat menarik yang lain. Oleh kerana kedua-dua laluan di sini adalah kawasan tanah tinggi adalah digalakkan sekiranya anda datang dalam berkumpulan agar aktiviti anda lebih meriah dapat bersama keluarga atau rakan-rakan yang lain. Laluan di sini pun boleh dikira sebagai mesra keluarga kerana lebih santai dan tidak terlalu mencabar dan jalannya pun dalam keadaan yang baik. Biasanya perjalanan atau aktiviti memandu ATV ni akan memakan masa sekurang-kurangnya 45 minit, tapi tu pun terpulang juga pada keadaan seperti cara peamanduan dan lain-lain lagi, bagi mereka ikut laluan Bukit Sosodikon tu anda akan meletakkan ATV tersebut di kawasan yang dikhaskan kemudian anda akan berjalan kaki sekitar 15 hingga 20 minit untuk sampai ke puncak bukit ini dan dari sini anda boleh melihat dengan jelas Gunung Kinabalu yang berdiri megah di hadapan.

Sebaiknya sebelum datang melakukan aktiviti di sini, anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini kerana jumlah ATV yang ada adalah terhad, jadi kalau anda membuat tempahan lebih awal maka dapatlah pihak pengurusan dapat mengatur segala keperluan untuk aktiviti anda nanti. Pastikan juga berapa ramai kumpulan anda yang datang dan beritahu umur setiap orang dalam kumpulan anda sebab di sini umur bawah 16 tahun perlu ditemani dengan orang dewasa untuk lebih menjamin keselamatan mereka
. Selepas sampai di ATV Borneo Adventure ni, anda akan diberi beberapa penerangan dan taklimat khususnya cara-cara pemanduan ATV dengan baik agar tidak timbul sebarang masalah ketika dalam perjalanan dan sentiasalah berhati-hati sepanjang perjalanan menaiki atau melakukan aktiviti ini termasuklah jika anda mendaki ke puncak Bukit Sosodikon.

Bagi yang datang dari luar daerah boleh naik bas yang menuju ke Ranau atau ke Kundasang dan beritahu pemandu bas untuk turunkan anda di Pekan Kundasang, lepas tu bolehlah sewa e-hailing ke sini sebab sudah dekat dan harga juga lebih murah. Pilihan terbaik adalah dengan memandu kenderaan sendiri terus ke sini. Tapi kalau ada yang mahu ke sini mengikut pakej yang ditawarkan oleh pihak ATV Borneo Adventure, bolehlah menghubungi terus pihak di sini kerana mereka juga ada menawarkan beberapa pakej yang mana ianya termasuk pengangkutan dari Kota Kinabalu ke tempat ini dan beberapa aktiviti lain yang ditawarkan iaitu seperti Ranau Paragliding.

Sesi memandu ATV :

01. Jam 9 pagi
02. Jam 12 tengahari
03. Jam 2 Petang
04. Jam 4 Petang (laluan Bukit Sosodikon saja)

Bayaran :

Seorang pemandu : RM100.00
Dua pemandu : RM150.00
Bayaran adalah termasuk mendaki Bukit Sosodikon

Untu
k maklumat lebih lanjut mengenai tempat ni anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan ATV Borneo Adventure di alamat seperti berikut :

Alamt :
ATV Borneo Adventure
Tel : 011 332 48131
Tel : 011 315 38692
Tel : 016 731 4486
Website : ATV Borneo Adventure

Ulasan