Langkau ke kandungan utama

Balung Lost World

Balung Lost World merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sabah yang juga merupakan salah satu permata tersembunyi di negeri ini khususnya daerah Tawau dengan keindahan serta keunikannya tersendiri yang sudah semestinya patut dikunjungi orang ramai terutamanya kepada anda yang sangat berminat untuk melihat keindahan alam semulajadi sambil melakukan aktiviti menarik yang lain seperti meredah hutan dan mendaki. Tempat ni terletak di dalam daerah Tawau iaitu lebih kurang 52 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kereta dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.

BALUNG LOST WORLD


Kredit gambar : Hiddenbalung


Kredit gambar : Hiddenbalung

Kredit gambar : Hiddenbalung

Balung Lost World merupakan salah satu tempat menarik di daerah Tawau yang patut anda kunjungi bila datang ke negeri ini atau ke daerah Tawau terutamanya kepada mereka yang berminat dengan alam semulajadi yang memiliki keunikan dan keindahannya yang tersendiri, begitu juga kepada para peminat aktiviti seperti meredah hutan dan mendaki. Tempat ini juga dianggap sebarai satu permata tersembunyi di negeri ini khususnya di daerah Tawau jadi sekiranya anda mempunyai kelapangan masa dan dapat bercuti ke daerah ini tidak kiralah anda adalah penduduk dari daerah ini, penduduk tempatan dari luar daerah atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Tawau, maka anda bolehlah cuba untuk datang melawat ke tempat ini kerana ianya akan pasti buatkan anda begitu kagum apabila melihat satu keunikan di tempat ini yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Tempat ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Berkekalan Hulu Kalumpang di daerah Tawau, Sabah iaitu jaraknya adalah lebih kurang 52 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kereta dari Pusat Bandar Tawau, manakala bagi anda yang mahu memandu kereta dari luar daerah ini seperti dari Bandaraya Kota Kinabalu jaraknya memang sangatlah jauh iaitu lebih kurang 497 km atau pun makan masa kira-kira 8 jam 20 minit untuk perjalanan untuk sampai dengan menaiki kenderaan sendiri. Kalau dari daerah lain di Pantai Timur seperti dari Pusat Bandar Sandakan pula ianya akan memakan masa lebih kurang 4 jam 16 minit dengan jarak perjalanan sejauh 275 km dengan menaiki kenderaan sendiri. Apa pun sekiranya mahu naik kenderaan sendiri
ke sini sebaiknya pandu kereta yang mempunyai kuasa lebih tinggi seperti kenderaan pacuan empat roda agar ianya akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini yang mungkin jalannya agak tidak berapa elok lebih-lebih lagi sekiranya pada waktu itu adalah musim hujan.

Tempat ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Berkekalan Hulu Kalumpang yang mana hutan ini mempunyai keluasan kira-kira 8000 hektar dan untuk datang melawat ke sini anda perlulah meminta kebenaran daripada pihak yang mengurusankan iaitu Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos yang berkerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah. Oleh itu sekiranya anda betul-betul berminat datang ke sini bolehlah menghubungi lebih awal pihak berkenaan
untuk membuat permohonan agar mereka dapat mempersiapkan apa-apa yang perlu termasuk surat kebenaran buat kumpulan anda nanti atau kalau tidak biasa berurusan boleh dapatkan khidmat daripada ejen pelancongan tempatan yang akan mengatur segala perjalanan dan urusan permit masuk ke kawasan ini daripada Jabatan Perhutanan Sabah, tetapi harus pastikan ejen tersebut adalah yang betul-betul sah berdaftar. Sebaiknya anda datang ke sini pada waktu pagi sebab perjalanan meredah hutan memang agak jauh, oleh itu sekiranya datang pada waktu pagi maka lebih banyak masa yang terluang dan tidak terlalu kelam kabut untuk anda buat perjalanan balik. Biasanya tempat berkumpul yang selalu digunakan ialah di Dewan Kampung Balung Cocos sebab ianya lebih mudah dan lepas berkumpul tu anda akan bergerak ke pos kawalan Jabatan Perhutanan Sabah untuk membuat pendaftaran masuk dan diberikan beberapa penerangan atau taklimat khususnya mengenai apa yang patut dan tidak patut anda lakukan sepanjang berada di dalam kawasan hutan simpan itu nanti untuk kebaikan dan keselamatan bersama. Sebenarnya di Balung Lost World ini ada beberapa lokasi yang boleh dikunjungi iaitu yang pertama dan dianggap paling unik ialah aliran air sungai berwarna merah dan walaupun air sungai ini berwarna merah tetapi ianya jernih, jadi sudah pasti akan menjadi tumpuan para pengunjung yang datang ke sini untuk melihat sendiri keunikan air sungai tersebut dan sekiranya anda datang ke sini selepas hujan pun tidak menjadi masalah juga sebab sungai ini akan kelihatan lebih cantik apabila mempunyai lebih banyak air.


Selain daripada melawat air sungai merah, anda juga boleh mendaki ke Gunung Wullersdorf yang mana gunung mempunyai ketinggian kira-kira 430 meter dari aras laut dan mempunyai jarak laluan yang agak jauh iaitu 6 km sebab itulah disarankan untuk anda ke sini pada waktu pagi agar memudahkan perjalanan pergi dan balik. Di atas puncak gunung ini tidak banyak pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh, oleh itu pastikan anda pakai pakaian yang sesuai serta bertopi atau apa-apa yang boleh anda gunakan untuk lindungi kepala sekiranya cuaca agak panas dan bila sudah berada di atas puncak boleh menjamu selera terlebih dahulu dan rehat untuk hilangkan penat sebelum anda turun semula ke tempat starting point. Dalam perjalanan mendaki ke puncak gunung ini juga anda akan berpeluang untuk lawat kawasan yang mempunyai batu kristal dan batu ini dikatakan mampu menyembuhkan penyakit serta dapat memberikan ketenangan perasaan kepada individu mengikut pandangan atau perndapat orang tua-tua dahulu, apa pun perlu diingatkan yang anda tidak boleh mengambil batu ini dan membawanya balik, sebaliknya anda hanya dibenarkan untuk mengambil gambarnya sahaja, oleh itu untuk mengelakkan daripada anda dikenakan tindakan pastikan jangan melanggar peraturan ni. Laluan pendakian ke puncak
gunung memang mudah tetapi ada juga bahagian yang agak mencabar dan memerlukan anda gunakan tali yang disediakan untuk berpaut agar mudah untuk mendaki, sekiranya pada hari tersebut baru habis hujan memang laluannya akan licin jadi anda perlukan memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki dan kalau boleh pakai kasut yang mempunyai cengkaman yang kuat, kalau penduduk tempatan biasanya suka pakai kasut getah yang disebut 'adidas kampung' sebab mempunyai cengkaman kuat dan harganya juga sangat murah. Terpulanglah pada anda mahu pakai kasut apa, yang penting anda selesa memakainya dan mudah untuk anda bergerak mendaki agar ianya dapat menjamin keselamatan anda terutama di bahagian yang agak curam dan licin.

Di Balung Lost World ini juga anda akan dapat melihat banyak tumbuhan terutamanya seperti periuk kera yang mudah dilihat sepanjang laluan di dalam hutan ini dan periuk kera di sini pun yang jarang ada di tempat lain jadi memang sangat menarik bila dapat melawat ke tempat ini kerana banyak keunikan tersendiri, selain periuk kera terdapat juga pelbagai tumbuhan lain yang terdapat di sini yang mungkin sukar dilihat di hutan yang lain. Yang menariknya juga di hutan ini ialah anda boleh memperolehi air dari bukit yang sudah semestinya bersih dan segar sesuai untuk cuci muka, tapi janganlah pula sampai minum air tu. Bila berjalan di dalam satu kawasan hutan, lebih-lebih lagi hutan simpan yang terjaga sudah tentulah banyak juga spesis burung yang boleh dilihat di sini, jadi anda boleh juga kalau mahu bawa peralatan seperti teropong untuk melihat kepelbagaian spesis burung yang ada terdapat di tempat ini. Untuk perjalanan meredah di dalam hutan simpan ini bagi melihat keindahan dan keunikannya air sungai yang berwarna merah, batu kristal, periuk kera, sumber air bukit dan juga sekiranya anda mahu membuat pendakian ke
Gunung Wullersdorf, sebaiknya anda membuat beberapa persiapan sebelum datang ke sini iaitu seperti apa pakaian yang perlu dipakai dan apa barangan yang perlu di bawa agar ianya akan dapat memudahkan perjalanan anda ke sini terutama sekali ketika mendaki. Oleh kerana laluan perjalanan di tempat ini khususnya ke Gunung Wullersdorf untuk mendaki agak jauh maka tidak perlulah anda terlalu membawa banyak barang sebaliknya bawalah apa yang dirasakan penting sahaja agar nanti tidak menyukarkan anda berjalan di hutan tersebut dan ketika membuat pendakian. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan dan juga keperluan yang rasanya boleh anda pakai dan bawa ketika datang ke Balung Lost World ini :

Barang di bawa :

01. Pakai baju sesuai
02. Pakai kasut sesuai
03. Pakai seluar sesuai
04. Makanan siang
05. Air minuman
06. Pakaian lebih
07. Pakai topi
08. Tongkat jalan
09. Tali (jika perlu)
10. Penghalau nyamuk
11. Baju hujan
12. Beg galas
13. Kamera/video kamera
14. Stokin anti lintah
15. Tisu lap keringat
16. Sarung tangan
17. Ubat peribadi
18. Duit poket
19. Makanan ringan
20. Berdoa

Bagi anda yang mahu datang ke Balung Lost World boleh mengatur terlebih dahulu permit kemasukan ke sini dengan pihak Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos yang mana berkerjasama dengan pihak Jabatan Perhutanan Sabah, sebaiknya anda datang dalam satu kumpulan yang ramai iaitu paling kurang 10 orang agar lebih menjimatkan kos anda. Selepas dapat permit anda boleh memandu kenderaan dari tempat anda ke lokasi di mana tempat anda akan berkumpul atau bertemu iaitu biasanya di Kampung Balung Cocos iaitu lebih kurang 14 km dari Pusat Bandar Tawau dan dari kampung ini anda akan di bawa menaiki kenderaan yang telah disediakan pihak pengurusan.

Bayaran masuk :
RM35.00 seorang (jika 10 orang)

Bayaran ini termasuk :
1. Permit masuk
2. Tukar kenderaan
3. Guide
4. Sijil

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos :

Hubungi :
Biro Pelancongan
Koperasi Balung Cocos

Telefon : +6011 3548 5773
Telefon : +6010 9540209


Ulasan