Balung River Eco Park merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Balung River Eco Park ini adalah satu pusat rekreasi yang terletak di Balung, dalam daerah Tawau, Sabah.
BALUNG RIVER ECO PARK
Balung River Eco Park merupakan salah satu tempat menarik di Tawau. Taman ini terletak di batu 23, iaitu 45 km dari bandar Tawau atau 23 km dari Lapangan Terbang Tawau. Ia berdekatan dengan Taman Bukit Tawau (Tawau Hill Park) yang mana taman ini semakin popular dikalangan penduduk negeri Sabah, terutama sekali di Tawau untuk beriadah, bermalam atau mengadakan perjumpaan seperti mesyuarat. Keluasan taman ini adalah 3500 ekar dan ia dipenuhi dengan hutan hujan tropika yang asli.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke Balung River Eco Park ini yang pastinya akan membuatkan percutian anda ke sini akan lebih berbaloi dan tidaklah anda rasa bosan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di sini adalah seperti :
01. Berenang di kolam
02. Memancing
03. Berjalan di hutan (junggle trekking)
04. Berkelah
05. Berkhemah
06. Memerhati burung
07. Mountain Bike
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di sini, antaranya seperti tandas, bilik persalinan, chalet-chalet cantik yang diperbuat daripada kayu balak dan batu-batuan dari sungai. Chalet ini dihias dengan kemas dan cantik serta di lengkapi dengan sistem penghawa dingin agar dapat memberikan keselesaan kepada pelancong yang menginap di sini. Kemudahan lain adalah terdapat bilik mesyuarat yang disediakan untuk mereka-mereka yang ingin membuat perjumpaan atau mesyuarat dini sambil berehat dan berjalan-jalan di dalam kawasan taman ini.
Di ini juga juga pelbagai jenis buah-buahan eksotik yang pengunjung boleh jumpa dan rasa, iaitu seperti buah naga, buah abiu dan lain-lain lagi yang mana buah-buah ini jarang sekali dilihat, jadi ini sudah pasti memberikan anda satu pengalaman yang cukup menarik ketika berada di sini.
Untuk ke sini anda boleh menaiki bas, teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain. Kalau mahu memudahkan perjalanan anda boleh juga memandu kereta sendiri atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen). Selain itu anda juga boleh melalui mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar.
Waktu operasi :
Setiap hari : 6 pagi - 12 malam
Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00
(harga ini mungkin boleh berubah)
Nota :
Anda akan dikenakan bayaran jika ingin bermalam di chalet yang disediakan di sini. Bayarannya sekitar RM50.00 deposit tunai (harga ini mungkin boleh berubah jadi boleh pastikan dengan pihak pengurusan taman).

Ulasan
Catat Ulasan