Barefoot Cabin Keningau adalah antara salah satu tempat menarik
di Sabah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat percutian sama ada ketika cuti sekolah atau pun cuti dihujung minggu dengan membawa ahli keluarga atau rakan-rakan ke sini terutama sekali kepada mereka yang berminat untuk mencari tempat bercuti dengan aktiviti perkhemahan. Suasana tempat ini sangat tenang dan aman, oleh itu ianya sangat sesuai untuk tempat anda bercuti sambil tenangkan fikiran dan tempat ini tidaklah terlalu jauh dari pusat bandar iaitu cuma terletak lebih kurang 7 km atau pun kira-kira 15 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, Sabah.
Barefoot Cabin Keningau adalah antara salah satu tempat menarik di
Keningau yang sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu tempat percutian terutama sekali kepada mereka yang sukakan aktiviti berkhemah sebab tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti tersebut. Tempat ini tidak jauh dari pusat bandar tetapi suasananya sangat tenang dan amat sesuai untuk anda bercuti di sini sambil berehat dan menenangkan fikiran sambil melihat keindahan alam semulajadi yang mengelilingi tempat ini. Landskap tempat ini pun kelihatan kemas, bersih dan cantik dengan pelbagai jenis tumbuhan alam semulajadi serta beberapa tumbuhan lain ditanam yang tumbuh segar menghijau menjadikan udara di sini sangat bersih dan segar. Oleh itu sekiranya anda berkesempatan datang bercuti ke daerah Keningau bolehlah mempertimbangkan untuk menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian, tidak kiralah anda adalah penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang cuti di sini, penduduk yang tinggal di daerah Keningau atau kawasan sekitarnya pun boleh juga luangkan masa untuk sekali sekala datang bercuti di Barefoot Cabin ini yang terletak tidak jauh dari pusat bandar iaitu lebih kurang 7 km atau kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, manakala kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 117 km atau kira-kira 2 jam 10 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan. Untuk ke tempat ini anda boleh memilih untuk memandu kenderaan sendiri atau pun boleh juga memilih untuk gunakan perkhidmatan e-hailing dan anda juga boleh memilih untuk membuat tempahan dengan pemilik tempat ini untuk mengambil anda di lokasi seperti di Bandar Keningau. Untuk makluman anda sekiranya anda memandu kereta sendiri ke tempat ini kereta anda adalah kecil maka harus meletakkan kereta tersebut di luar sebab untuk ke sini anda akan melalui atau menyeberangi sungai tetapi tidak perlulah risau sebab pemilik tempat ini akan membantu untuk menyeberangi sungai tersebut yang penting anda buat beritahu lebih awal pemilik ini agar mereka dapat menyediakan apa yang patut seperti kenderaan pacuan empat roda dan sebagainya terutamanya jika paras air tinggi sikit. Apa pun sekiranya anda datang ke sini dengan memandu kereta pacuan empat roda boleh terus masuk sahaja ke dalam kawasan tempat ini.
Sekiranya anda bercadang untuk datang bercuti ke sini sebaiknyalah menghubungi pemilik tempat ini untuk memastikan tempat ini buka pada tarikh yang anda pilih untuk datang dan terus buat tempahan seperti cabin penginapan atau kawasan tapak perkhemahan dan membuat sebarang pertanyaan lain yang mungkin ada kemusykilan. Pemilik tempat ini juga telah menyediakan beberapa kemudahan dan juga perkhidmatan untuk para tetamu mereka yang datang ke sini bercuti tidak kira dari mana pun tetamu itu datang sama ada penduduk negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan luar negara agar semua tamu yang datang sentiasa berpuas hati dan merasa selesa sepanjang berada di Barefoot Cabin Keningau ini. Antara kemudahan tersebut ialah beberapa buah penginapan jenis cabin yang boleh disewa oleh tetamu yang datang tetapi anda perlulah membuat tempahan awal terlebih dahulu agar penginapan tersebut tidak diberikan kepada orang lain. Setiap cabin ini dapat memuatkan sehingga 4 atau 5 orang, oleh itu bolehlah anda sekeluarga tinggal dalam satu cabin sekiranya tidak ramai dan cabin ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain agar dapat memberi keselesaan kepada mereka yang menginapan di cabin tersebut, antara kemudahan yang tersedia dalam cabin adalah seperti penyaman udara (aircond), kipas angin, tilam, katil saiz besar, katil 2 tingkat, kerusi, meja, tandas, pemanas air, minuman segera 3 dalam 1 dan beberapa lagi kemudahan lain dengan kadar bayaran yang berpatutan. Biasanya bila anda sewa cabin akan ada disediakan perlatan untuk mandi seperti sabun mandi, tuala dan syampu tetapi kalau anda mahu bawa sendiri dari rumah pun boleh juga sebab ia terpulang pada anda sendiri. Selain itu cabin ini juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan beberapa pasang soket yang boleh anda gunakan untuk mengecas telefon, camera atau kegunaan lain. Yang penting kalau sewa cabin tersebut haruslah menjaga kebersihan dan menjaga dengan baik segala kemudahan yang telah disediakan.di dalam cabin ini, kalau ada sampah buang sahaja dalam tong sampah yang tersedia di situ dan peralatan elektrik kalau tidak dipakai bolehlah dimatikan dahulu seperti aircond dan lain-lain lagi.
Selain daripada cabin, terdapat juga pondok terbuka yang boleh anda sewa untuk bermalam di tempat ini, walaupun ianya hanya pondok terbuka tetapi ada juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di pondok ini seperti kipas kipas siling, cerek air panas, minuman segera 3 dalam 1 dan juga beberapa lagi kemudahan, di pondok terbuka ini dapat memuatkan sehingga 4 orang tetamu dalam satu-satu masa jadi terpulanglah pada anda mahu pilih yang mana sesuai untuk anda. Pondok terbuka ini pun perlu dibuat tempahan terlebih dahulu sekiranya ingin menyewanya agar mudah untuk pemilik tempat ni sediakan segala keperluan yang anda perlukan. Pilihan lain jika ingin bermalam di Barefoot Cabin Keningau ini adalah dengan berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah dikhaskan dan khemah pun ada juga disediakan kalau anda mahu sewa yang mana ada 2 jenis khemah iaitu khemah saiz kecil untuk 2 orang dan khemah keluarga yang saiznya lebih besar dengan kadar sewa berbeza antara keduanya. Apa pun anda juga boleh khemah sendiri dari rumah jika ada agar dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan dan kalau ada khemah sendiri akan lebih mudahkan lagi segala urusan anda di sini tanpa perlu fikirkan tentang sewa kehamh, tetapi jangan lupa juga untuk menghubungi pemilik tempat ini untuk menempah tapak perkhemahan sebab takut sekiranya ada orang lain juga yang akan menyewa tapak tersebut pada tarikh yang anda pilih datang ke sini. Oleh itu terpulanglah pada anda mahu pilih yang mana satu untuk disewa sekiranya ingin bermalam di tempat ini sama ada ingin sewa cabin, pondok terbuka atau pun dengan berkhemah ikut dari kemampuan dan keperluan anda, sekiranya anda datang ke sini dalam satu kumpulan yang agak ramai rasanya lebih sesuai untuk buat aktiviti perkhemahan sebab ianya akan lebih menyeronokkan dan semua orang pun rasa adil dengan sama-sama tinggal di dalam khemah, lagi pun kalau khemah boleh juga berkongsi dengan kawan yang lain dan boleh bawa khemah yang besar jika ada atau sewa sahaja khemah untuk keluarga yang disediakan pemilik tempat ini yang saiznya lebih besar dan mampu memuatkan beberapa orang dalam satu masa.
Selain itu kemudahan lain yang ada disediakan pemilik tempat ini ialah dapur memasak dan tempat masak bbq yang boleh anda gunakan untuk memasak, tetapi barangan makanan untuk di masak perlulah anda bawa sendiri dari rumah atau beli di Bandar Keningau sebab tidak juga jauh dan sediakan tempat untuk simpan makanan basah tersebut agar tidak mudah rosak. Tidak pasti sekrianya pemilik ada sedia peralatan untuk makan dan peralatan untuk memasak di dapur atau bbq termasuklah arang untuk masak bbq, oleh itu anda bolehlah bertanya terlebih dahulu dengan memilik tempat ini sekiranya semua itu ada disediakan. Untuk yang sewa cabin mungkin boleh buat tempahan sekali dengan makanan seperti untuk sarapan pagi dan juga makan malam, boleh bertanya dengan pemilik dan runding harga yang akan anda perlu bayar, tapi jangan risau sebab biasanya harga adalah murah sahaja dan berpatutan. Kemudahan lain disediakan di sini ialah tandas luar untuk mereka yang buat lawatan sehari sahaja atau yang sewa pondok terbuka dan yang berkhemah agar memudahkan untuk mereka gunakan untuk tujuan tertentu seperti mandi dan lain-lain lagi. Kedai serbaneka pun ada disediakan di sini untuk anda yang mungkin mahu membeli beberapa barang keperluan lain atau miman dan makanan ringan, jika membeli di kedai ni sebaiknya bawa sedikit duit poket agar mudah untuk membuat pembayaran nanti, kedai serbaneka di sini tidak terlalu banyak barang, jika ada barang yang anda cari tidak ada di sini boleh pandu saja kereta ke Bandar Keningau mencarinya. Dewan terbuka juga ada di sini yang dilengkapi dengan tempat masak untuk anda yang mungkin mahu menyewa untuk buat majlis seperti sambutan harijadi atau pun majlis kahwin dan lain-lain sambutan yang memerlukan dewan terbuka. Selain itu terdapat juga kolam renang dan kolam ikan di sini jika anda berminat mandi kolam dan memancing ikan dan melepaskan semula ikan tersebut, ada juga peralatan sukan air untuk disewa seperti kayak jika anda berminat. Kemudahan dan perkhidmatan lain adalah mengambil anda di lokasi dan menghantar semula bila sudah tamat cuti di sini khususnya bagi mereka yang datang dari luar daerah Keningau seperti pelancong dari dalam dan luar negara atau mungkin juga penduduk negeri ini juga, tetapi yang penintg anda perlu hubungi dan bincdang dengan pemilik tempat ini tentang bayarannya.
Banyak lagi sebenarnya kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan atau ditawarkan, untuk itu anda bolehlah menghubungi pemilik tempat ni jika ada sebarang pertanyaan mengenai kemudahan yang ada disediakan agar lebih memudahkan anda untuk mempersiapkan apa barangan keperluan lain untuk di bawa sekiranya ingin datang Barefoot Cabin Keningau ini. Di bawah ini adalah antara cadangan apa barang keperluan yang boleh anda bawa bila ke sini, tetapi terpulang pada anda sendiri jika mahu bawa atau tidak barang yang disenaraikan di bawah ini mengikut keperluan anda seperti sama ada anda sewa cabin, pondok terbuka atau berkhemah :
Barang di bawa :
01. Bawa khemah
02. Pakaian lebih
03. Barang masakan
04. Peralatan masak
05. Peralatan makan
06. Tempat makanan basah
07. Beg tidur kalis air
08. Selimut tidur
09. Bantal tidur
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Pisau lipat
13. Lampu suluh
14. Kamera
15. Video kamera
16. Powerbank
17. Kipas cas semula
18. Lampu cas semula
19. Ubat peribadi
20. Tali jika perlu
21. Duit poket
22. Telekung
23. Sejadah
24. Makanan ringan
25. Minuman
Di sini ada beberapa aktiviti yang dilakukan bila datang bercuti ke tempat ini antaranya adalah seperti aktiviti mandi di sungai berhampiran dan juga mandi di kolam renang yang disediakan. Untuk aktiviti mandi di sungai anda perlulah bertanya terlebih dahulu dengan pemilik tempat ini untuk memastikan anda dibenarkan atau tidak mandi di sungai tersebut, ini adalah agar dapat memastikan keselamatan para tetamu mereka lebih terjamin semasa berada di sini sebab sungai berhampiran banyak batuan yang besar dan mungkin dalam keadaan licin dan air sungai pun kadang boleh menjadi dalam serta arusnya boleh menjadi laju atau deras jadi sebaiknya anda bertanya terlebih dahulu. Ketika mandi di sungai atau kolam pastikan utama keselamatan terlebih dahulu terutama sekali bila anda membawa kanak-kanak bersama dan jangan biar anak anda bermain atau pun berjalan sendirian di tepi kolam atau sungai sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri. Jika anda bercadang mandi di sungai atau kolam bawa pakaian mandi yang sesuai dan sopan, bagi yang muslim pakailah pakaian yang lebih menutup aurat sebab tempat mandi ini adalah terbuka yang mana mungkin akan ada juga pengunjung lain yang turut sama mandi sungai atau kolam tersebut. Begitu juga ketika melakukan aktiviti berkayak perlu utamakan keselamatan juga dan sekiranya pemilik ada sediakan jaket keselamatan untuk disewa adalah lebih baik anda menyewa jaket tersebut agar lebih menjamin keselamatan semasa melakukan aktiviti tersebut. Berkayak ada masanya yang boleh dipilih dengan kadar bayaran yang berbeza seperti untuk 15 minit, 30 minit dan 1 jam, oleh itu terpulang pada anda mahu berapa lama berkayak tapi kalau ramai orang di tempat ini boleh ambil masa yang singkat sahaja agar dapat memberi peluang kepada tetamu lain untuk melakukan aktiviti berkayak. Aktiviti lain ialah berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah disediakan khas untuk ini, jangan lupa untuk membawa khemah sendiri jika ada, kalau tidak ada pun tidak menjadi masalah sebab boleh sewa sahaja dari tempat ini yang penting anda buat tempahan awal khemah tersebut agar tidak diberikan kepada orang lain, tempat ini memang sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan jadi tidak hairanlah ramai yang datang ke sini lebih suka bermalam dengan berkhemah.
Bila sudah berkhemah di sini maka adalah lebih menyeronokkan bila anda dapat bersama dengan ahli keluarga yang lain atau bersama rakan-rakan melakukan aktiviti memasak bbq yang sudah pasti akan memberikan susana yang begitu meriah dalam percutian anda kali ini, selain itu dengan masak bersama kemudian menjamu selera bersama maka sudah pastilah akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau tali persahabatan antara anda semua tidak kiralah buat bbq waktu siang atau malam. Yang penting bawa makanan basah untuk masak bbq dan peralatan termasuk arang untuk bbq boleh tanya terlebih dahulu dengan pemilik tempat ni jika mereka ada sediakan. Kalau malam lepas masak bbq dan makan bolehlah duduk dengan yang lain dan buat aktiviti memasang unggun api di kawasan yang sudah pun disediakan sambil berkongsi cerita dengan rakan yang lain mengenai kenangan masing-masing yang mana ianya sudah pasti akan menjadikan percutian anda di sini sukar untuk dilupakan. Aktiviti pancing ikan pun boleh dibuat di sini di kolam ikan yang ada tetapi setiap ikan yang dapat dipancing itu perlulah dilepaskan semula dan bukannya untuk dibawa balik atau dimakan dan untuk memancing ada bayaran yang akan dikenakan. Aktiviti lain ialah bergambar atau pun mengambil gambar tempat ini yang begitu cantik dan indah seterusnya boleh kongsikan gambar percutian anda di media sosial dengan rakan lain yang tidak berkesempatan datang ke tempat ini sekaligus mungkin akan dapat menarik minat mereka untuk datang ke sini pada masa akan datang untuk bercuti. Sekali lagi diingatkan, apa juga aktiviti yang anda lakukan di tempat ini sila utamakan keselamatan dan jika ada peralatan keselamatan yang perlu di sewa untuk aktiviti yang ingin anda lakukan maka rasanya lebih baik sewa sahaja agar dapat menjamin keselamatan anda sekeluarga atau pun bersama rakan-rakan dan yang penting patuhi segala peratuan yang telah pun ditetapkan oleh pemilik tempat ini agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk ke tempat ini digalakkan untuk memandu kereta sendiri pacuan empat roda sebab ia akan lebih memudahkan perjalanan anda sampai ke tempat ini yang akan melalui kawasan sungai, lagi pun jika ada kenderaan sendiri mudah untuk mengangkut segala barangan keperluan terutamanya bagi mereka yang ke sini untuk berkhemah dan lebih mudah untuk pergi ke Bandar Keningau membeli keperluan yang mungkin ada terkurang atau terlupa.
Sebarang maklumat lanjut atau
pertanyaan boleh terus menghungi pihak pengurusan Barefoot Cabin Keningau seperti alamat bawah :
Hubungi :
Hubungi :
Barefoot Cabin Keningau
Kg. Keningau, Pamalan,
89000, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6011 1606 2727
Web Fb : Barefoot Cabin
Kg. Keningau, Pamalan,
89000, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6011 1606 2727
Web Fb : Barefoot Cabin



Ulasan
Catat Ulasan