Batu Punggul adalah salah satu bukit batu kapur yang juga tempat menarik untuk aktiviti mendaki atau hiking yang terdapat di Sabah. Walaupun bukit ini bukit popular bagi masyarakat tempatan, namun ia hanya dibuka sebagai lokasi pelancongan untuk kunjungan orang ramai pada tahun 1992 dan terletak dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di dalam daerah Nawaban, Sabah.
Batu Punggul merupakan salah satu bukit yang sangat menarik
untuk orang ramai terutama sekali bagi mereka yang sangat berminat untuk melakukan aktiviti mendaki bukit dan bukit ini terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Nawaban yang mana ia memakan masa sekitar 1 jam 25 minit dengan jarak lebih kurang 75 km perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Nabawan ke lokasi bukit ini, kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu memang agak jauh iaitu jaraknya adalah lebih kurang 242 km atau kira-kira 4 jam perjalanan menaiki kenderaan. Menurut cerita mitos orang dahulu Batu Punggul ni dikatakan adalah sebuah rumah panjang yang telah diazab menjadi batu oleh tuhan kerana mempermainkan atau menyiksa haiwan peliharaan pada masa itu sehingga menjadikan batuan seperti yang dapat dilihat sekarang ini, dan oleh kerana masyarakat di situ pada ketika itu menganggap bukit ini sebagai tempat suci maka tidak ada orang yang datang melancong ke sini. Namun pada tahun 1992 bukit ini telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai sama ada pelancong dari dalam dan juga dari luar negara yang datang ke Sabah khususnya ke Nabawan untuk aktiviti mendaki dan mlihat keindahan pemandangan alam semulajadi dari puncak bukit ini yang memang sangat mengagumkan.
Bukit ni adalah sebuah bukit kapur dengan ketinggiannya adalah sekitar 220 meter dan bentuknya yang menegak menjadikan bukit ni agak mencabar untuk didaki walaupun ketinggiannya cuma 220 meter sahaja. Apa pun perlu diingatkan bahawa mendaki di Batu Punggul ni tidak ada menggunakan pengikat tali di badan atau harness, yang ada hanyalah tali dan juga kabel untuk anda berpaut ketika membuat pendakian, oleh itu risiko mendaki ni adalah tanggungjawab anda sendiri, tetapi tidak perlu risau sebab penunjuk jalan atau guide anda akan sentiasa memberikan bantuan dan membimbing anda sepanjang pendakian agar anda selamat dan berjaya mendaki ke puncak bukit ini. Terdapat beberapa pilihan laluan untuk mendaki ke bukit ini yang bermula dari titik permulaan ke titik pendakian bukit tersebut, laluan pilihan yang ada ialah pergi dan balik sejauh 2.4 km dengan berjalan kaki, laluan 2.5 km pergi berjalan kaki dan balik menaiki bot, atau anda boleh pilih laluan pergi dan balik ke titik tempat mendaki bukit ni dengan menaiki bot pergi dan balik. Harga ketiga-tiga laluan ni adalah berbeza tapi tidak perlu risau sebab beza pun hanya sekitar beberapa ringgit sahaja, jadi terpulanglah pada anda mahu ikut laluan mana pun mengikut kemampuan dan juga bajet anda dan kumpulan anda. dekat.
Titik permulaan mendaki di bukit ni sebenarnya bermula di Kampung Tataluan, kemudian anda akan di bawa oleh guide mengikut laluan yang telah dipilih ke kaki bukit ini, perlu diingat juga kalau waktu kemarau memang sukar sikit ikut laluan yang menaiki bot sebab air adalah cetek dan mencabar oleh itu ia memerlukan anda berkerjasama pada masa tersebut. Dari titik permulaan iaitu di Kampung Tataluan, anda boleh bawa banyak barang termasuk untuk makan atau minum pun tidak jadi masalah tetapi bila sudah sampai di kaki bukit dan bersedia untuk mendaki maka adalah sebaiknya anda tidak bawa banyak barang ketika mendaki dan letakkan sebahagian barang yang rasanya tidak berapa perlu di kaki bukit ini agar ianya tidak mengganggu pendakian anda itu nanti, sebab mendaki di bukit yang berbentuk tegak dan curam ni sememangnya memerlukan stamina yang lebih kuat jadi kalau anda membawa banyak barang dan berat maka akan cepat memenatkan diri dan seterusnya akan mengalami kesukaran untuk membuat pendakian ke puncak bukit. Biasanya ada juga tempat untuk letakkan barang anda di kaki bukit ini sebelum mendaki, jadi boleh tanya dengan guide di mana perlu letak barang tersebut nanti mereka akan aturkan semuanya untuk anda.
Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi bahawa mendaki di sini ni adalah risiko anda sendiri, jadi untuk keselamatan anda pastikan sentiasa mengikut panduan dan arahan yang diberikan oleh guide yang membawa anda mendaki tu nanti. Pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki agar dapat ianya memudahkan anda melakukan aktiviti ini dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah. Selain daripada itu, mendaki di bukit ni anda perlu berpaut dengan tali dan biasanya batu kapur adalah keras dan tajam jadi anda boleh bawa sarung tangan ketika mendaki dan sebelum mendaki tu pakai siap-siap krim pelindung matahari sebab di puncak Batu Punggul tidak ada pokok besar yang boleh melindungi anda dari panas matahari. Pastikan bawa barang yang memang diperlukan dan penting sahaja ketika mula mendaki ke puncak bukit, antara beberapa keperluan yang mungkin anda boleh bawa naik ke puncak bukit ini ialah seperti :
Barang dibawa :
01. Pakai baju sesuai
02. Pakai kasut sesuai
03. Pakai sarung tangan (jika perlu)
04. Bawa air minum
05. Kamera
06. Video kamera
07. Krim lindung matahari
Memang seronok dapat melakukan perjalanan ke bukit ini dan mendakinya sehingga ke puncak untuk melihat betapa indahnya alam semulajadi yang terbentang luas, kalau datang ramai-ramai ke sini adalah sangat menarik kerana tidak akan terasa penat dengan bercerita bersama kawan-kawan yang lain. Bila sudah berada di puncak bukit ni pastikan jaga keselamatan anda dengan sebaik mungkin agar tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, bila turun dari bukit ni anda boleh ke gua yang mana ada banyak kelawar di dalamnya. Bagi yang ingin berkhemah di kawasan berhampiran pun boleh juga tetapi perlu memberitahu kepada pihak pengurusan Batu Punggul ni terlebih dahulu agar mereka dapat menyediakan tapak perkhemahan untuk kumpulan anda nanti.
Untuk mendaki ke bukit ni anda boleh menghubungi pihak pengurusan Batu Punggul atau boleh juga jika mahu melalui ejen pelancongan lain tetapi pastikan yang sah berdaftar sahaja. Anda boleh hubungi ejen pelancongan di bawah ini untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendakian ke Bukit Punggul tersebut :
Hubungi :
Mr. Latip Bin Sampulu
Telefon : +6013 552 7018
Telefon : +6017 861 0046
Telefon : +6013 552 7018
Telefon : +6017 861 0046
Ulasan
Catat Ulasan