Langkau ke kandungan utama

Batu Sapi Sandakan

Batu Sapi Heritage Park adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang mana di sinilah terletaknya batu yang berbentuk seperti seekor sapi. Ia terletak lebih kurang 11 km dari Bandar Sandakan

BATU SAPI HERITAGE PARK


Sumber Gambar : Wikimedia

Batu Sapi Heritage Park merupakan sebuah taman yang menempatkan batu yang terbentuk seperti seekor Sapi. Taman ini terletak berhampiran dengan Kampung Gas, Sandakan.

Terdapat banyak cerita berkaitan bagaimana batu ini boleh terbentuk seperti seekor Sapi. Tapi yang pasti batu tersebut terjadi secara semulajdi dan sememangnya dapat menarik perhatian pengunjung yang datang.

Pengunjung yang ingin ke sini boleh menaiki bas mini dari pusat bandar Sandakan yang melalui Jalan Batu Sapi. Pastikan juga bahawa pemandu bas tersebut menuju ke lokasi batu berkenaan yang terletak berhampiran dengan Kampung Gas atau pengunjung boleh menaiki teksi tetapi dengan kadar tambang yang lebih tinggi.

Ulasan