B.E Wonderland Kundasang merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak dalam daerah Kundasang, Ranau, iaitu lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang, Sabah.
B.E WONDERLAND KUNDASANG
Landskap di tempat ini sememangnya amat menarik ditambah lagi dengan kepelbagaian seksyen yang ada membolehkan para pengunjung melawat tempat ini dengan gembira seperti melawat ke seksyen musim sejuk yang menggambarkan suasana musim yang bersalji, ini sudah pasti akan membuatkan anda terasa seperti berada di negara luar. Jika anda mahu melihat bentuk rumah perkampungan di Sabah anda boleh melawat ke seksyen rumah kampung Sabah dan begitulah juga dengan seksyen-seksyen lain yang terdapat di dalam tempat ini. Bagi mereka yang suka memuat naik gambar menarik, anda bolehlah cuba datang ke tempat ini dan melawat seksyen yang anda minat sebab ianya menyajikan satu suasana pemandangan yang cukup cantik dan menarik, jadi bolehlah kongsi dengan rakan-rakan di media sosial atau boleh juga merakan video kalau mahu agar lebih menyeronokkan untuk melihatnya semula pada masa depan untuk kenang-kenangan
Bayaran masuk :
Alamat :
B.E Wonderland Kundasang merupakan salah satu tempat menarik di Daerah Kundasang, Ranau yang kini semakin popular dikalangan penduduk tempatan yang ingin merasa cuaca beberapa musim yang tidak ada di negara ini. B.E Wonderland ni terletak di daerah Kundasang iaitu cuma lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit saja perjalanan dari Pekan Kundasang dan lebih kurang 95 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Kalau dari Pekan Kundasang jalan kaki sahaja pun boleh tetapi mungkin agak penat sedikit. Tetapi kepenatan itu mungkin dapat dilupakan kerana di sini anda akan pasti terpesona dengan tempat ini yang menyediakan kawasan menarik untuk dilawati.
B.E Wonderland Kundasang terletak di dalam kawasan Kundasang Mount Valley Recreation & Resort yang sememangnya amat sesuai sebagai tempat orang ramai untuk meluangkan masa ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pada waktu hujung minggu dan bolehlah datang beramai-ramai ke sini untuk mengambil gambar kenangan yang berlatarbelakangkan beberapa sekysen. Terdapat lebih kurang 11 seksyen kesemuanya didalam B.E Wonderland Kundasang ini iaitu seperti seksyen musim sejuk (salji), musim luruh (winter), musim panas (spring), cermin ajaib (magic mirror), rumah kampung Sabah, 3D picture, adat Sabah, pengumpul barang (item collector), alat muzik Sabah, galeri dan item kitar semula. Dengan bayaran masuk yang dikenakan anda boleh melawat ke semua seksyen ini dan boleh bergambar sepuas hati anda sebab tidak ada masa yang dihadkan.
Landskap di tempat ini sememangnya amat menarik ditambah lagi dengan kepelbagaian seksyen yang ada membolehkan para pengunjung melawat tempat ini dengan gembira seperti melawat ke seksyen musim sejuk yang menggambarkan suasana musim yang bersalji, ini sudah pasti akan membuatkan anda terasa seperti berada di negara luar. Jika anda mahu melihat bentuk rumah perkampungan di Sabah anda boleh melawat ke seksyen rumah kampung Sabah dan begitulah juga dengan seksyen-seksyen lain yang terdapat di dalam tempat ini. Bagi mereka yang suka memuat naik gambar menarik, anda bolehlah cuba datang ke tempat ini dan melawat seksyen yang anda minat sebab ianya menyajikan satu suasana pemandangan yang cukup cantik dan menarik, jadi bolehlah kongsi dengan rakan-rakan di media sosial atau boleh juga merakan video kalau mahu agar lebih menyeronokkan untuk melihatnya semula pada masa depan untuk kenang-kenangan
Oleh kerana B.E Wonderland Kundasang ini berada di dalam kawasan rekreasi dan resort jadi terdapat juga aktiviti lain yang mungkin anda buat di kawasan berhampiran tempat ini. Antara aktiviti yang anda boleh buat bila datang ke sini sama ada aktiviti di dalam B.E Wonderland atau pun aktiviti di luar dalam kawasan Kundasang Mount Valley Recreation & Resort ialah bermain di taman khas untuk kanak-kanak, flying fox, melawat galeri kraftangan, memanah dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini ada yang dikenakan bayaran kalau mahu buat dan ada yang tidak sekiranya hanya datang untuk melihat sahaja. Tapi tu semua terpulang pada anda sekiranya mahu melakukan aktiviti ini, atau hanya ke sini untuk bergambar dengan beberapa musim cuaca.
Pihak pengurusan di sini juga telah menyediakan beberapa kemudahan buat para pengunjung yang datang agar dapat memastikan setiap pengunjung berasa puas hati dan selesa sepanjang mereka berada di tempat ini. Antara kemudahan yang disediakan ialah :
Kemudahan :
01. Penginapan/chalet
02. Tandas
03. Tempat bergambar
04. 11 seksyen bergambar
05. Minimart
06. Restoran
07. Kedai kraftangan
08. Kedai cenderahati
09. Taman permainan kanak²
10. Tempat letak kereta
Jika anda bercadang untuk ke sini mungkin anda boleh membuat beberapa persediaan contohnya seperti membawa baju tebal untuk dipakai di seksyen musim luruh atau winter agar dapat memberikan satu gambaran yang cukup menarik apabila anda mengambil gambar di seksyen tersebut. Jadi anda bolehlah fikirkan apa yang dirasakan perlu lagi di bawa jika ingin ke sini.
Walaupun tempat ini dekat dengan Pekan Kundasang tetapi disarankan untuk anda memandu kenderaan sendiri jika ingin ke sini, sebab kalau naik bas anda mungkin terpaksa lagi jalan kaki beberapa minit yang mungkin akan memenatkan diri dan kurangnya kecergasan untuk melakukan aktiviti yang ada di sediakan di tempat ini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Dewasa : RM25.00
Kanak-kanak : RM15.00
Anak bawah 3 tahun : Percuma
Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan B.E Wonderland Kundasang seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
B.E Wonderland Kundasang
Batu 37, Kg. Kinsaraban,
88300, Kundasang, Ranau,
Sabah, Malaysia
Telefon : 088-888 777
Ulasan
Catat Ulasan