Langkau ke kandungan utama

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sabah merupakan lambang utama dan kedaulatan bagi Negeri Sabah  dan bendera yang digunakan pada masa kini mula digunakan pada Hari Malaysia 16 September 1988.

BENDERA NEGERI SABAH



Bendera Sabah merupakan lambang utama bagi kedaulatan Negeri Sabah yang yang merdeka. Bendera ini adalah satu lambang yang membawa kepada kebanggaan, penyatuan dan perpaduan bagi setiap masyarakat atau penduduk di negeri ini tanpa mengira bangsa atau suku kaum mereka. Walaupun terdiri daripada bilangan etnik yang antara yang paling ramai di Malaysia namun semua etnik di Sabah tetap saling memerlukan, bersatu, hidup dengan aman, bertolak ansur dan yang paling penting sentiasa hormat menghormati di bawah satu bendera iaitu Bendera Negeri Sabah.

Jadi tidak hairanlah apabila penduduk negeri ini pergi mencari pekerjaan di negeri lain namun tetap akan sentiasa bersama, bersatu hati dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain kerana berasal dari negeri dan bendersa yang sama. Bendera Negeri Sabah yang digunakan pada masa kini telah mula digunakan semasa Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 1988 dengan berlatar belakangkan lukisan grafik gunung tertinggi di Malaysia yang terdapat di negeri ini iaitu Gunung Kinabalu. Warna yang digunakan dalam bendera Sabah ini adalah terdiri dari beberapa warna iaitu warna biru tua, biru muda, putih, biru cerah dan merah. 

Bendera ini menggunakan warna biru cerah untuk sudut kanan dengan berlatarbelakangkan lukisan Gunung Kinabalu yang berwarna biru tua manakala bagi bahagian jalur bendera pula ia menggunakan warna biru muda, warna putih dan warna merah. Setiap warna yang ada digunakan pada Bendera Negeri Sabah membawa maksud yang tersendiri iaitu :

Biru Muda : 
Melambangkan keamanan dan kesejahteraan

Biru Tua :
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama

Biru Cerah :
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran

Putih :
Melambangkan kesucian dan keadila

Merah : 
Melambangkan keberanian dan keyakinan

Penggunaan 5 warna yang digunakan pada bendera ini juga merupakan sebagai tanda yang mewakili 5 Bahagian di Negeri Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.

Manakala untuk lukisan grafik Gunung Kinabalu yang terdapat pada bendera Sabah pula ianya adalah bagi melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Ulasan