Beringgis Beach Resort merupakan salah satu resort menarik di Sabah yang bertaraf 4 bintang dan resort ini terletak di daerah kecil Papar dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 26 km daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Beringgis Beach Resort merupakan salah satu daripada resort atau pusat
peranginan yang terkenal di daerah Kota Kinabalu
dan resort ini dahulu hanya bertaraf 3 bintang namun dengan penambahbaikan dan peningkatan perkhidmatan yang dilakukan maka kini resort ini telah pun mendapat taraf 4 bintang sekaligus menjadikan resort ini antara yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk datang bercuti di pusat peranginan ini kerana lokasinya yang tidak terlalu jauh daripada Bandaraya Kota Kinabalu jadi mudah untuk mendapatkan pelbagai kemudahan sekiranya ada kekurangan atau keperluan. Walaupun sudah mendapat taraf 4 bintang namun pihak resort komited untuk terus membuat penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan agar dapat memberikan kepuasan kepada para tetamu yang datang ke sini. Resort ni telah dibina pada tahun 1996 lagi di kawasan yang berkeluasan 8 ekar yang terletak di daerah kecil Papar iaitu lebih kurang 26 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Walaupun resort ini tidaklah besar seperti resort lain yang bertaraf 5 bintang, namun kemudahan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan sememangnya sangat memuaskan hati tetamu yang datang untuk lawatan sehari sahaja ataupun yang datang menginap di sini. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah seperti bilik kecergasan atau gim yang boleh anda gunakan untuk bersenam dan untuk anda menggunakan gim ni perlu tanya sahaja dengan kakitangan di sini. Kemudahan lain ialah kolam renang di luar, jadi bagi yang minat berenang tu bolehlah mandi di kolam ni tapi bagi yang muslim sebaiknya pakai pakaian berenang yang tutup aurat sebab kolam ni adalah kawasan terbuka dan biasanya kolam ni dibuka dari jam 8 pagi hingga 7 malam sahaja. Sepanjang waktu operasi kolam renang ni memang ada kakitangan atau atendan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan jadi anda tidak perlu risau, cuma kalau anda bawa bersama anak-anak kecil tu sentiasalah perhatikan mereka ketika bermain di kolam. Selain itu kemudahan dewan iaitu Dewan Beringgis juga ada disediakan untuk mereka yang ingin sewa untuk melakukan pelbagai acara atau majlis seperti majlis perkahwinan, dewan ni boleh menampung sehingga 200 orang dalam satu-satu masa dan ia siap dilengkapi dengan dua projektor serta skrin.
Selain Dewan Beringgis, ada juga kemudahan dewan lain yang diberi nama Dewan Pelak Kayu yang disediakan di sini untuk disewa dan dewan ni terletak berdekatan dengan lobi resort saja serta boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa. Dewan lain yang ada disediakan di sini ialah dengan yang dinamakan Dewan dan Teras Kingfisher iaitu salah satu dewan fleksible yang sering menjadi pilihan untuk upacara atau majlis luar dan ianya mampu menampung sehingga 100 orang dalam satu masa. Bagi yang mahu sewa bilik mesyuarat pun ada juga di sini yang dinamakan Bilik Melinsung, bilik mesyuarat ni lebih mudah kerana ia disusun seperti bilik darjah saja jadi kalau anda berminat bolehlah mencubanya dan ia boleh muat sehingga 50 orang dalam satu-satu masa. Jadi boleh dikatakan resort ni adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan kerana di sini juga disediakan lokasi yang menarik untuk anda melangsungkan majlis itu dan yang menariknya anda boleh pilih sama ada majlis perkahwinan tu mahu dibuat dengan cara yang terkini atau pun dengan cara tradisional. Pakej untuk majslid perkahwinan ni memang ada disediakan di sini jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih mana-mana pakej yang berkenan di hati yang sudah pasti akan memberikan satu pengalaman yang cukup indah buat anda.
Bagi yang datang menginap di sini, pihak resot ada menyediakan perkhidmatan untuk pergi dan balik dari Bandar Kota Kinabalu jika anda mempunyai keperluan seperti ingin membeli barang atau apa-apa yang diinginkan, yang ni ada bayaran yang akan dikenakan tapi ianya akan lebih memudahkan anda berulang alik ke Kota Kinabalu tanpa perlu menunggu bas atau pun perkhidmatan e-hailing lain. Kemudahan tempat letak kereta di dalam kawasan resort juga ada disediakan secara percuma buat para tetamu yang datang, oleh itu anda tidak perlu risau sekiranya ingin memandu kereta sendiri ke resort ni. Secara ringkasnya di bawah ni hanyalah antara senarai beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan oleh pihak Beringgis Beach Resort ni adalah seperti :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Pusat gim
02. Kolam renang
03. Dewan
04. Kedai cenderahati
05. Kereta sewa
06. Khidmat shuttle
07. Teksi lapangan terbang
08. Wifi kawasan awam
09. Wifi setiap bilik
10. Pengawal keselamatan 24 jam
11. Kaunter pendaftaran 24 jam
12. Perkhidmatan dobi
13. Restoran
14. Restoran halal
15. Sarapan percuma
Banyak lagi kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah pun disediakan ada disediakan di sini dan untuk lihat senarai yang lain tu anda bolehlah lawat laman web rasmi Beringgis Beach Resort. Untuk aktiviti pula terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang ke sini sama ada ingin lawatan sehari atau pun datang menginap. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah mandi di kolam renang, buat majlis keramaian seperti majslid kahwin, berjalan bersiar-siar di tepi pantai atau kalau ada basikal boleh naik basikal bersiar di tepi pantai, pergi ke gim bersenam dan anda juga boleh pergi ke beberapa tempat menarik yang terletak berhampiran dengan resort ini. Antara tempat menarik berhampiran ialah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Hutan Simpan Kawang
02. Pulau Ampak-Ampak
03. Pulau Mantukud
04. Papar River Front
05. Taman Awam Papar
06. Tagal Tinopikon
07. Tugu Peringatan Petagas
08. Taman Prince Philip
09. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
10. Pantai Manis Papar
Sekiranya anda mahu ke sini dan datang dari Bandar Kota Kinabalu atau dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) bolehlah memandu kereta sendiri terus ke resort ini atau boleh juga memberitahu pihak resort semasa membuat tempahan untuk mengambil anda sama ada di lapangan terbang atau di Bandaraya Kota Kinabalu. Tapi memang disarankan jika memandu kereta sendiri sebab dapat untuk berjimat dan memudahkan segala urusan anda jika ingin berjalan kemana-mana nanti.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Beringgis Beach Resort di alamat seperti di bawah ini.
Beringgis Beach Resort & Spa
Km 26, Jalan Papar,
Kampung Beringgis,
89600, Papar
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
89600, Papar
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
Telefon : +6088 752 333
Email : info@beringgisbeachresort.com
Website : Beringgis Beach Resort
Email : info@beringgisbeachresort.com
Website : Beringgis Beach Resort
Ulasan
Catat Ulasan