Binalaan Garden merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak di Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Beaufort, lebih kurang 12 km dari Pekan Beaufort.
Kredit Gambar : Binalaan
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Binalaan Garden di alamat seperti di bawah ini :
BINALAAN GARDEN
Kredit Gambar : Binalaan
Binalaan Garden merupakan salah satu tempat menarik di Beaufort yang boleh dikunjungi orang ramai seperti penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah terutamanya ke daerah Beaufort. Tempat ini terletak di Kampung Batu 64, Saliwangon, Beaufort iaitu lebih kurang 12 km atau kira-kira 22 minit perjalanan dari Pekan Beaufort melalui Jalan Montenior dan lebih kurang 108 km atau kira-kira 2 jam 7 minit perjalanan dari Pusat Kota Kinabalu jika melalui Jalan Papar-Beaufort. Binalaan Garden juga adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bercuti dan beriadah sambil melakukan pelbagai aktiviti. Tempat ini sering tumpuan atau pilihan oleh orang ramai terutama dari penduduk yang tinggal disekitar daerah Beaufort untuk datang beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pun cuti dihujung minggu.
Bagi anda yang mahu mencari tempat bercuti bolehlah cuba untuk datang ke sini dengan membawa anak-anak bersama yang mana ianya pasti akan membuatkan mereka gembira dengan berbagai macam aktiviti terutama sekali aktiviti yang bertemakan air seperti di kolam renang. Di sini anda boleh buat pilihan juga sama ada datang untuk lawatan sehari saja sambil melakukan aktiviti dan beriadah atau boleh juga bermalam di penginapan yang ada disediakan di sini. Sekiranya anda datang dari jauh iaitu luar dari daerah Beaufort, sebaiknya anda bermalam di sini bersama keluarga atau rakan-rakan lagi pun di sini anda boleh menyewa penginapan atau menyewa khemah dan berkhemah ditapak perkhemahan yang telah disediakan khas sambil melihat keindahan suasana alam pada waktu malam di bawah sinar bulan dan bintang yang memancar indah. Kalau cuaca baik memang sesuai untuk berkhemah tetapi jika pada musim hujan mungkin anda boleh pilih untuk sewa penginapan seperti kabin dan rumah.
Walaupun mungkin tempat ini jauh di Bahagian Pedalaman iaitu di daerah Beaufort, tetapi ianya pasti akan membuatkan anda rasa teruja dan berbaloi apabila berada di sini. Antara yang menarik dan juga menjadi pilihan orang ramai datang ke Binalaan Garden adalah adanya kolam renang yang boleh anda mandi bersama keluarga dan anak-anak. Kalau kanak-kanak bolehlah juga meluncur di kolam renang ini yang akan membuatkan mereka gembira. Kalau belum puas dengan aktiviti mandi, anda boleh juga melakukan aktiviti iaitu berkayak, tetapi tidak boleh terlalu ramai dalam satu kayak, mungkin dalam dua atau tiga orang sahaja agar lebih selamat. Selain daripada Aktiviti mandi di kolam dan berkayak, ada beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan apabila berada di sini iaitu :
Walaupun mungkin tempat ini jauh di Bahagian Pedalaman iaitu di daerah Beaufort, tetapi ianya pasti akan membuatkan anda rasa teruja dan berbaloi apabila berada di sini. Antara yang menarik dan juga menjadi pilihan orang ramai datang ke Binalaan Garden adalah adanya kolam renang yang boleh anda mandi bersama keluarga dan anak-anak. Kalau kanak-kanak bolehlah juga meluncur di kolam renang ini yang akan membuatkan mereka gembira. Kalau belum puas dengan aktiviti mandi, anda boleh juga melakukan aktiviti iaitu berkayak, tetapi tidak boleh terlalu ramai dalam satu kayak, mungkin dalam dua atau tiga orang sahaja agar lebih selamat. Selain daripada Aktiviti mandi di kolam dan berkayak, ada beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan apabila berada di sini iaitu :
Aktiviti :
01. Mandi kolam renang
02. Berkayak di kolam
03. Berkhemah
04. Memanah
05. Barbeque
06. Sukaneka
07. Meluncur
08. Beriadah
09. Hari Keluarga
10. Beri makan ikan
11. Kerja berkumpulan
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Binalaan Garden ini, biarpun jauh tetapi banyak kemudahan yang disediakan di sini, jadi anda tidak perlu risau sekiranya bercadang untuk datang ke sini. Kemudahan-kemudahan ini sebaiknya anda buat tempahan lebih awal seperti penginapan tempat barbeque dan lain-lain lagi. Bagi kemudahan dapur dan tempat barbeque bolehlah tanya pihak Binalaan Garden sekiranya mereka menyediakan tempat barbeque lengkap sekali dengan peralatannya atau pun anda yang harus membawa sendiri peralatannya. Antara kemudahan kemudahan yang disediakan oleh pihak Binalaan Garden adalah seperti :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Dapur masak
03. Mini kantin
04. Pondok rehat
05. Tempat barbeque
06. Bilik mandi
07. Tempat letak kereta
08. Tandas
09. Pelampung mandi
10. Jaket keselamatan
11. Khemah
12. Tapak khemah
13. Kayak
14. Tempat duduk
Sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini sama ada lawatan sehari atau pun bermalam, sebaiknya anda membuat beberapa persiapan agar lebih memudahkan perjalanan dan percutian anda apabila telah sampai ke sini nanti. Antara persiapan yang boleh anda bawa adalah seperti :
Barang di bawa :
01. Payung/topi
02. Baju hujan
03. Barang masakan (barbeque)
04. Kaca mata hitam
05. Kamera/video kamera
06. Sejadah solat
07. Makanan ringan
08. Minuman
09. Tuala mandi
10. Peralatan mandian
11. Pakaian lebih
12. Pakaian mandi tutup aurat
13. Lampu suluh
14. Khemah (jika perlu)
15. Duit lebih (penginapan dan makan)
Untuk ke tempat ini pelancong atau pengunjung boleh menaiki bas ekspress dari Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8 sehingga 6 petang. Selepas sampai di Beaufort anda bolehlah menyewa teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dan beritahu pemandu tersebut untuk hantar anda ke Binalaan Garden. Selain itu adalah lebih baik sekiranya anda memandu kenderaan sendiri atau boleh menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik sekaligus membolehkan anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Beaufort.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 7 malam
Bayaran masuk :
Orang Dewasa lebh 10 tahun : RM8.00
Bayaran masuk :
Orang Dewasa lebh 10 tahun : RM8.00
Kanak-kanak/bawah 10 tahun : RM5.00
(bayaran ini termasuk mandi di kolam)
Bayaran lain :
Sewa pelampung : RM3.00
Sewa jaket keselamatan : RM3.00
Sewa kayak : RM10.00 /jam
Sewa khemah dan tapak : RM30.00 /malam
Sewa khemah sahaja: RM10.00 /malam
Sewa tempat barbeque : RM15.00
Aktiviti memanah : RM10.00 /jam
Bayaran penginapan :
Kabin : RM150.00 /malam
Kabin : RM80.00 (9 pagi - 4 petang)
Rumah 3 bilik : RM300.00 /malam
Rumah 1 bilik : RM200.00 /malam
Bilik bajet : RM80.00 /malam
Masa daftar penginapan :
Daftar masuk : 1 petang
Daftar keluar : 12.30 tengahari
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Binalaan Garden di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Binalaan Garden
Kampung Batu 64,
Saliwangon Lama,
89807, Beaufort,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-621 6149
Website : facebook.com/Binalaan
Nota :
Nota :
01. Oleh kerana taman ini lebih kepada taman tema air, jadi apabila anda melakukan aktiviti di kolam air pastikan anda memakai jaket keselamatan sepanjang berada di kolam.
Ulasan
Catat Ulasan