Blue Ring Reef merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di laut yang berada dalam daerah Lahad Datu, iaitu lebih kurang 20 km dari Pusat Bandar Lahad Datu.
BLUE RING REEF
Kredit gambar : Iloveborneo
Blue Ring Reef (Terumbu Lingkaran Biru) merupakan salah satu tempat menarik di Lahad Datu Sabah dan ia merupakan kawasan terumbu karang yang baru saja dijumpa dan terletak diperairan laut Lahad Datu iaitu lebih kurang 20 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot. Dikatakan orang yang perama mula menemukan terumbu karang ini adalah penduduk tempatan di daerah ini iaitu Encik Glen Hapirulla yang juga merupakan seorang pengusaha pelancongan dan seorang penyelam persendirian bersama pasukannya ketika membuat pencarian untuk tapak penyelaman yang baharu di perairan laut Silam, Lahad Datu pada tahun 2017. Air di perairan ini yang begitu jernih dan kebiruan menjadikannya antara tempat tarikan pelancongan yang menarik di Lahad Datu khususnya kepada mereka yang berminat dengan aktiviti menyelam dan snorkeling tidak kira dari dalam mahu pun daripada luar negara yang datang melancong ke negeri ini.
Blue Ring Reef ni mempunyai bentuk agak unik yang mana terumbu karang ini mempunyai 2 bentuk lubang diatasnya seperti cincin sekaligus menjadikannya satu-satunya terumbu karang yang berbentuk sedemikian yang terdapat di Malaysia. Selain itu kedalaman kawasan terumbu karang ni pula dikatakan mencecah sehingga 15 meter atau 45 kaki dalam. jadi ia sudah sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam sambil melihat hidupan laut seperti karang yang masih lagi asli. Oleh kerana tempat ini boleh dianggap masih baharu kerana baru juga dijumpai jadi ramai lagi yang belum mengetahui akan wujudnya tempat yang menarik ini. Kepada mereka yang minat aktiviti menyelam tu bolehlah datang ke sini kerana tempat ini sangat menarik untuk tempat anda menyelam kerana ianya masih lagi tidak diganggu oleh manusia jadi karang yang ada di sini semua masih sihat dan cantik serta laut di sini pun cukup jernih hinggakan tempat ini dikatakan mempunyai daya tarikan yang bertaraf dunia.
Kalau anda bercadang untuk datang ke sini sebaiknya pastikan pakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti menyelam atau snorkeling, dan oleh kerana anda akan menaiki bot untuk ke lokasi terumbu karang ni maka pastikan juga apa-apa barang yang penting tu anda persiapkanlah awal untuk di bawa nanti agar tidak ada masalah bila ke sini. Semasa di atas bot tu nanti pastikan sentiasa memakai jaket keselamatan dan bawah beg atau plastik yang kalis ais untuk simpan barang-barang penting seperti telefon anda, selain daripada tu mungkin anda perlu bawa bajet lebih sikit untuk sewa peralatan menyelam atau snorkeling sekiranya ingin melakukan aktiviti tersebut. Jangan lupa juga ya bawa kamera yang tinggi resolusinya agar dapat mengambil gambar di sini nanti untuk kenangan, atau anda boleh juga tanya dengan pihak pengurusan tempat ni sekiranya boleh membawa drone untuk ambil gambar terumbu ini yang cuma ada satu-satunya di Malaysia.
Barang perlu bawa :
01. Makanan & minuman
02. Topi atau payung
03. Plastik kalis air
04. Pakaian lebih
05. Bajet (untuk sewa peralatan)
06. Kamera
Sebelum datang ke sini biasanya anda perlu daftar terlebih dahulu ya dengan pihak pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tempat ini atau mungkin anda boleh juga melalui ejen pelancongan yang berdaftar (ingat ya pastikan ejen pelancongan yang sah berdaftar saja). Bila sudah berada di sini pastikan sentiasalah berhati-hati, sebab ia adalah kawasan laut, dan pastikan ikut segala peraturan yang diberikan oleh pihak pengurusan di sini.
Ulasan
Catat Ulasan