Langkau ke kandungan utama

Borneo Cultural Village

Borneo Cultural Village adalah salah sebuah tempat menarik di Sabah yang sesuai dikunjungi oleh para pengunjung yang berminat untuk mengenali cara hidup dan kebudayaan penduduk tempatan negeri ini seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bajau dan beberapa lagi etnik lain. Tempat memang sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara yang berminat dengan kebudayaan Negeri Sabah. Borneo Cultural Village terletak di Papar, iaitu lebih kurang 15 km atau kira-kira 17 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Papar dan kalau dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah pula jaraknya adalah 38 km ataupun lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki kenderaan.

BORNEO CULTURAL VILLAGE

Kredit gambar : Sabahtravel


Kredit gambar : Sabahtourism

Kredit gambar : Sabahtourism

Borneo Cultural Village adalah salah sebuah tempat menarik di Papar yang boleh dikunjungi semua lapisan masyarakat negeri ini termasuklah pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke negeri ini khususnya ke daerah Kota Kinabalu, Sabah. Bagi anda yang mahu mengenali dengan lebih dekat lagi cara kehidupan dan budaya beberapa etnik tempatan di negeri ini khususnya di Papar seperti etnik Kadazan, Dusun, Bajau, Murut dan beberapa lagi etnik lain maka di sini adalah antara tempat yang boleh anda kunjungi bila ada kelapangan masa atau ketika musim cuti seperti cuti sekolah mahupun cuti dihujung minggu. Tempat ini terletak berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kawang di Papar iaitu lebih kurang 15 km atau kira-kira 17 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Papar dan kira-kira 38 km atau pun lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki kenderaan jika datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, manakala kalau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula jaraknya ada lebih kurang 30 km atau kira-kira 32 minit perjalanan menaiki kenderaan. Memang seronok jika dapat datang melawat ke tempat ini sebab di sini anda akan dapat pelbagai pengalaman menarik terutama sekali dapat merasai sendiri cara hidup masyarakat pribumi negeri ini, kalau datang beramai-ramai adalah lebih menarik lagi sebab dapat melakukan beberapa aktiviti menarik bersama kumpulan anda tidak kiralah anda datang bersama keluarga atau rakan-rakan, selain itu kalau datang dalam kumpulan yang ramai akan lebih lagi memudahkan pihak pengurusan kampung budaya ini untuk mengadakan persembahan kebudayaan, tapi kalau anda mahu datang sendirian mungkin boleh pilihan hari yang sesuai seperti cuti dihujung minggu yang mana selalu akan ada ramai orang pada waktu tersebut. Oleh itu jangan lupa untuk datang singgah ke Borneo Cultural Village ini sekiranya datang bercuti ke Kota Kinabalu, lagi pun bila datang melawat ke sini boleh juga terus melawat ke Hutan Simpan Kawang yang terletak berhampiran sahaja, sekaligus dapat memenuhi masa percutian anda pada hari itu dengan sebaik mungkin.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Borneo Cultural Village agar dapat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada semua pengunjung yang datang ke sini tidak pengunjung tempatan negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang mana semua kemudahan ini adalah untuk memastikan pengunjung sentiasa berpuas hati sepanjang mereka berada di tempat ini. Antara kemudahan yang ada ialah kawasan tempat letak kereta yang banyak dan anda boleh pilih dimana mahu meletakkan kereta yang penting jangan halang jalan atau laluan kereta laim. Selain itu di tempat ini juga ada meyediakan kemudahan tempat makan atau restoran yang luas dan juga selesa untuk mudahkan para pengunjung yang mungkin mahu menjamu selera, tidak pasti juga sekiranya anda dibenarkan atau tidak untuk membawa makanan dari luar dan makan di sini. Di restoran ini memang menyediakan makanan yang halal tetapi sekiranya ada pengunjung terutama yang muslim mahu lebih kepastian boleh sahaja bertanya dengan pekerja di restoran tersebut sebelum membuat pesanan agar lebih meyakinkan. Jambatan juga turut dibina di beberapa tempat dalam kawasan ini yang mungkin ada sungai, ini adalah bagi memudahkan para pengunjung melintasinya agar dapat pergi ke lokasi lain yang ingin dilawat, selain jambatan terdapat juga laluan berjalan kaki berkonkrit, jadi anda tidak perlu risau untuk berjalan walaupun pada waktu hujan atau hujan baru sahaja berhenti, lagi pun dengan adanya laluan jalan kaki ni mudahlah untuk para pengunjung bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam kampung budaya ini. Kemudahan lain yang ada ialah seperti tandas yang bersih untuk kegunaan para pengunjung tapi pastikan jaga kebersihan tandas tersebut selepas menggunakan dan jangan buang sampah ke dalam lubang tandas sebab akan menyebabkan tandas itu tersumbat yang mana akan menyukarkan anda atau pengunjung lain menggunakannya lagi, jadi sekiranya anda ada sampah untuk dibuang pastikan membuangnya ke dalam tong sampah yang ada disediakan di beberapa lokasi dalam kawasan kampung budaya ini.


Kemudahan pentas dan tempat duduk juga turut disediakan di sini bagi memudahkan orang ramai atau pengunjung melihat persembahan kebudaan dengan lebih mudah yang mana persembahan kebudayaan ini dipersembahkan oleh kakitangan BCV itu sendiri. Kemudahan dan perkhidmatan seterusnya yang ada disediakan oleh pihak pengurusan BCV ini ialah disediakan maklumat mengenai rumah, makanan, aktiviti dan sebagainya, contohnya pada makanan yang dihidang untuk dicuba oleh para pengunjung akan diletakkan nama makanan tersebut jadi anda bolehlah tahu apa nama makanan tradisional itu dan mungkin juga boleh bertanya kakitangan yang ada di situ tentang makanan tersebut seperti dibuat daripada apa, adakah ianya halal dan lain-lain lagi, pada rumah tradisional juga diletakkan beberapa tanda maklumat mengenai rumah tersebut agar mudah para pengunjung mengetahui maklumat tentang rumah tradisional tersebut yang mana terdapat lebih kurang 7 rumah tradisional yang ada di Borneo Cultural Village untuk kunjungan orang ramai. Banyak lagi kemudahan yang disediakan di tempat ini dan untuk lebih ringkas di bawah ini adalah antara senarai kemudahan yang ada disediakan pihak BCV untuk memudahkan para pengunjung  :

Kemudahan :

01. Pentas
02. Tempat Duduk
03. Laluan Jalan Kaki

04. Jambatan
05. Tanda Maklumat
06. Tandas
07. Tempat Letak Kereta
08. Tong Sampah
09. Restoran
10. Meja

Di sini para pengunjung dapat melakukan beberapa aktiviti menarik yang telah diatur dan disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini agar pengunjung terhibur dan berpuas hati sepanjang berada di tempat ini dan antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah melawat lebih kurang 7 buah rumah tradisional etnik tempatan di Sabah khususnya di daerah Papar seperti rumah etnik Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Tidong, Cina dan Brunei. Ketika melawat rumah tradisional ni biasanya ada guide yang akan membawa anda dan bila berada di rumah tradisional tersebut juga anda akan dipertunjukkan beberapa aktiviti atau cara kehidupan dan kebudayaan etnik tersebut seterusnya anda sendiri juga boleh mencuba kebudayaan yang mereka ada, contohnya seperti di Rumah Bajau anda boleh mencuba untuk bermain alat muzik tradisi mereka, di Rumah Murut pula anda berpeluang merasai pengalaman bagaimana menggunakan sumpit, manakala di Rumah Tidung anda boleh mencuba kemahiran menyalakan api menggunakan cara purba mereka iaitu dengan buluh. Memang seronok dapat melawat rumah tradisional yang ada di sini sebab anda bukan sahaja dapat melihat cara kehidupan etnik berkenaan tetapi anda juga akan mendapat pengalaman dan kemahiran baharu dengan turut sama mencuba budaya mereka seperti yang disebutkan di atas tadi. Selain itu, aktiviti yang boleh anda buat ialah mencuba makanan dan minuman tradisional beberapa etnik yang ada di sini seperti ubi kayu, ulat sagu dan lain-lain lagi, bagi yang muslim mungkin boleh bertanya terlebih dahulu jenis makanan atau minuman tersebut sebab mungkin ada sesetengahnya yang tidak sesuai untuk muslim, selain mencuba makanan dan miuman tradisional anda juga mungkin berpeluang untuk mencuba pengalaman mengibar roti canai dan buat kari ayam sendiri. Selepas anda membuat roti canai dan kari ayam tu bolehlah terus makan di situ juga. Bagi pelancong yang datang dari negara sudah pasti akan lebih gembira dan seronok bila dapat mencuba pengalaman ini sebab di negara mereka sukar untuk lihat orang buat roti canai.

Setelah penat berjalan dari satu rumah ke rumah tradisional yang lain dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan disetiap rumah berkenaan, selepas itu mencuba makanan dan minuman tradisional dan seterusnya mencuba masak dan makan roti canai, dan melakukan aktiviti lain maka biasanya pada akhir lawatan anda akan dipersembahkan dengan tarian kebudayaan atau tarian tradisional beberapa etnik dan tarian dipersembahkan oleh kakitangan di tempat ini juga, ketika tarian ini dipersembahkan anda juga boleh turut sama mencuba menari di atas pentas yang disediakan, tidak perlu risau sebab akan ditunjukkan juga terlebih dahulu cara tarian tradisional tersebut. Apa pun setiap aktiviti yang anda buat di sini pastikan sentiasa utamakan keselamatan dan patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Borneo Cultural Village untuk kebaikan dan keselamatan anda sepanjang berada di tempat ini bercuti. Jika anda bercadang ke tempat ini sebaiknya sediakan beberapa barang keperluan yang dirasakan boleh di bawa agar lebih memudahkan anda ketika berada di sini nanti. Antara barang yang boleh di bawa ialah :

Barang perlu bawa :

01. Kamera
02. Video Kamera
03. Air Minum
04. Baju Hujan
05. Topi/Payung
06. Semburan Nyamuk
07. Duit Poket
08. Pakaian Sesuai
09. Kasut Sesuai


Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM110.00 seorang
Kanak-Kanak : RM100.00 seorang
(Kanak-kanak umur 5 - 11 tahun)
Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma

Bayaran di atas ini adalah bayaran untuk warganegara, bagi yang bukan warganegara harganya adalah berbeza, oleh itu untuk pertanyaan harga terkini atau maklumat lebih lanjut boleh hubungi pihak tempat ini Borneo Cultural Village :

Hubungi :
Borneo Cultural Village
Papar, Sabah
Tel : +6010 293 3644


Ulasan