Borneo Eagle Resort merupakan salah sebuah resort yang bertaraf 5 bintang dan resort ini terletak di Pulau Tiga, Kuala Penyu, Sabah. Resort ini kalau dari Kota Kinabalu akan memakan masa sekitar dua jam perjalanan termasuklah perjalanan menaiki kereta ke Kuala Penyu dan perjalanan menaiki bot dari Jeti Kuala Penyu ke Pulau Tiga.
BORNEO EAGLE RESORT
Kredit gambar : Borneoeagle
Kredit gambar : Borneoeagle
Borneo Eagle Resort merupakan salah sebuah resort atau pun pusat peranginan yang menarik bertaraf 5 bintang dan terletak di Pulau Tiga dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah kecil Kuala Penyu. Oleh kerana Pulau Tiga ni terletak jauh di Pedalaman Sabah jadi perjalanan ke resort ni memang akan memakan masa yang agak lama sikit terutamanya jika datang dari luar daerah contohnya kalau dari Bandar Kota Kinabalu akan memakan masa lebih kurang 1 jam 40 minit dengan jarak perjalanan kira-kira 106 km, selepas itu dari Jeti Kuala Penyu anda akan menaiki bot untuk ke resort ini yang juga terletak di Pulau Tiga dan perjalanan menaiki bot ni adalah sekitar 20 minit hingga 30 minit bergantung pada keadaan dan juga kelajuan bot bergerak. Walaupun lokasi resort ni agak jauh namun pemandangan yang disajikan di sini serta landskap dan kedudukannya yang lebih tenang kerana jauh dari kesibukan bandar menjadikan resort ini antara yang sentiasa menjadi pilihan kepada para pelancong yang datang bercuti ke Sabah terutama sekali pelancong yang datang daripada luar negara. Selain itu biar pun resort ni jauh tetapi terdapat banyak kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti ke sini tidak kira sama ada di laut mahu pun di darat, jadi memang anda akan berpuas hati bila memilih tempat ini sebagai lokasi percutian.
Sesuai dengan resort ni yang bertaraf 5 bintang maka memang terdapat banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah disediakan di sini untuk para pengunjung dan tetamu yang datang berkunjung ke resor ni tidak kira datang untuk lawatan sehari atau pun bermalam di resort yang menarik ini. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ialah seperti penginapan yang disebut vila dan vila yang ada di sini semua dibina dengan reka bentuk, susunan dan warna yang begitu unik serta dapat menarik perhatian kepada orang yang melihatnya. Bilik vila memang agak luas dan ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan agar dapat memenuhi kehendak para tetamu sekaligus dapat memuaskan hati mereka sepanjang bercuti di resort ini. Antara kemudahan di dalam bilik yang disediakan ialah ada air botol minum yang diberikan secara percuma, beranda diluar bilik termasuk kerusi untuk duduk yang membolehkan anda duduk santai bersama keluarga atau pasangan sambil melihat ke arah pemandangan laut yang indah dan untuk lebih menarik boleh duduk sambil menunggu matahari terbenam yang sudah pasti menyajikan satu keindahan pemandangan yang menakjubkan. Kemudahan lain ialah almari, meja, pengering rambut, peti keselamatan dalam bilik, penghawa dingin, hotspot mobile, cerek elektrik yang boleh anda guna untuk membuat air panas seperti kopi atau teh, tuala dan jubah mandi, peralatan bilik mandi dan lain-lain lagi. Untuk makluman anda setiap bilik vila ni tidak dibenarkan merokok, oleh itu kalau mahu merokok boleh bertanya dengan pihak resort atau kakitangan yang bertugas di mana yang anda dibenarkan, biasanya ada kawasan khas untuk ini.
Kemudahan dan perkhidmatan lain ialah kolam renang, walaupun resort ni berada di tepi pantai, tapi pihak resort anda menyediakan kolam mandi untuk para tetamu yang datang, ada kolam untuk orang dewasa dan ada juga yang khas untuk kanak-kanak, tapi kolam ni letaknya di hadapan vila dan ianya adalah kolam yang terbuka jadi bagi yang muslim bolehlah bawa atau sediakan pakaian untuk mandi yang menutup aurat. Seterusnya di sini juga ada menyediakan kemudahan peralatan untuk aktiviti di kolam atau pun laut seperti bot, peralatan snorkeling, peralatan menyelam, kayak dan beberapa lagi alat untuk aktiviti yang berkaitan. Di sini mungkin anda akan susah untuk mendapat liputan telefon tapi anda tidak perlu risau sebab pihak resort ada menyediakan kemudahan internet seperti wifi percuma di semua kawasan resort ini, jadi anda akan dapat kekal berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan lain dan dapat menunjukkan gambar keindahan percutian anda di sini kepada mereka. Bagi yang tidak mahu berjalan ke pantai atau kembara pulau bolehlah pergi ke pusat kecergasan atau gim yang telah disedia untuk anda tetapi perlu minta kebenaran dulu ya dengan pihak resort jika ingin ke gim. Selain itu pihak resort juga ada menyediakan kemudahan shuttle lapangan terbang, oleh itu siapa-siapa yang datang dari jauh khususnya pelancong dari negeri lain atau dari luar negara yang datang menaiki kapal terbang ke Sabah boleh mendapatkan kemudahan shuttle ini agar dapat memudahkan perjalanan anda dari sampai ke negeri ini hinggalah ke destinasi iaitu di Borneo Eagle Resort, tapi untuk shuttle lapangan terbang ni anda perlu buat tempahan bersama-sama tempahan resort, kalau lupa boleh menghubungi pihak resort untuk menempahnya kemudian dan pastikan beritahu awal-awal.
Kemudahan lain ialah di sini ada menyediakan kawasan untuk anda melakukan BBQ, tapi anda peru tanya pihak resort sekiranya mereka ada menyediakan peralatan dan juga menjual makanan basah untuk di masak BBQ, kalau mereka tidak ada menjual makanan basah untuk BBQ maka anda perlulah beli awal-awal sebelum datang ke sini. Katau tidak mahu masak BBQ pun tidak mengapa sebab di sini ada juga kemudahan restoran yang disediakan, restoran ni menyediakan pelbagai menu makanan seperti makanan tempatan dan juga antarabangsa dan ia dibuka untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam, lokasi restoran pun menarik sebab anda boleh lihat pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan dan makanan halal di sini memang disediakan dengan penuh teliti agar dapat memenuhi kehendak para tetamu khususnya yang muslim. Untuk keselamatan pula pihak resort telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti pengawal keselamatan yang bertugas berganti-ganti 24 jam, alat penggera asap agar dapat mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku, alat pertolongan cemas dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang telah menempah bilik vila resort ini tapi memandu kereta sendiri untuk ke Kuala Penyu pihak resort ada menyediakan perkhidmatan tempat letak kereta anda di Kuala Penyu ni sebelum anda menaiki bot ke Pulau Tiga dan seterusnya ke Borneo Eagle Resort. Jadi dengan adanya perkhidmatan tempat letak kereta ni, anda tidak perlulah risau lagi keini. Untuk lebih ringkas di bawah ni ada senarai beberapa kemudahan dan juga perkhidmatan yang ada disediakan oleh pihak resort kepada anda para tetamu :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan vila
02. Tempat acara/majlis
03. Kolam renang
04. Restoran halal
05. Keselamatan 24 jam
06. Shuttle lapangan terbang
07. Kemudahan BBQ
08. Wifi percuma
09. Kerusi tepi kolam
10. Khidmat bilik
11. Fasiliti OKU
12. Peti keselamatan
13. Tempat letak kereta (Kuala Penyu)
14. Cerek elektrik
15. Air botol minum percuma
Di resort ni walaupun ianya terletak di pulau yang jauh tapi terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini dan antaranya ialah seperi kembara pulau yang mana kembara atau trekking ni anda ada beberapa pilihan laluan, ada yang dekat dan ada yang jauh iaitu sekitar 3.5 km dan untuk aktiviti kembara anda atau kumpulan anda perlulah mendapatkan seorang pemandu atau guide yang disediakan oleh pihak resort untuk kumpulan anda. Seterusnya di sini juga anda boleh melakukan aktiviti berkayak di laut dan anda boleh pilih sama ada berkayak bersama rakan, pasangan atau pun meminta bantuan daripada kakitangan resort untuk berkayak bersama-sama. Bagi yang minat aktiviti snorkeling dan menyelam tu pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk lakukan aktiviti itu di sini sebab di sini terdapat pelabagai hidupan laut yang boleh anda temui iaitu seperti rumpai laut, tapak sulaiman, ikan bidadari, ikan kelawar, kuda laut dan sebagainya. Aktiviti lain berjalan bersiar-siar di tepi pantai yang putih bersih sambil melihat keindahan alam semula jadi dan pemandangan laut yang membiru. Kalau anda tidak mahu lakukan aktiviti di pantai atau laut boleh buat aktiviti mandi di kolam renang yang telah disediakan di sini, anda boleh mandi sini bersama keluarga dan juga rakan-rakan, kalau ada bawa anak boleh bawa mereka mandi di kolam yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Untuk aktviti laut dan kolam ni pastikan anda sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing terutama sekali jika ada membawa anak kecil bersama.
Kalau malas buat aktiviti di luar, mungkin anda boleh cuba buat aktiviti seperti bersenam di pusat kecergasan atau gim. Pelbagai peralatan gim yang boleh anda gunakan di sini dan untuk latihan yoga pun ada tapi ianya ikut permintaan daripada para tetamu. Aktiviti seterusnya adalah mandi di kolam lumpur gunung berapi yang semulajadi, kolam ni ada 2 jadi anda boleh pilih yang mana sesuai dan untuk ke sini memang anda perlu dapatkan seorang pemandu untuk tunjukkan jalan ke tempat kolam ni jadi pastikan anda beritahu pihak resort sekiranya ingin mandi di kolam lumpur gunung berapi ni lebih awal agar mereka dapat sediakan segala keperluan anda ke sini. Selain itu di sini ada aktiviti permainan yang anda boleh buat seperti main pingpong, billiard dan lain-lain lagi tapi mungkin ada sedikit bayaran untuk yang ini atau mungkin ianya adalah percuma. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan ialah kalau percutian masih panjang bolehlah cuba untuk melawat ke beberapa tempat menarik di beberapa tempat yang berhampiran dengan pulau ini atau mungkin juga boleh pergi melawat tempat menarik sekitar Pekan Kuala Penyu iaitu seperti
Tempat menarik berhampiran :
01. Pulau Kalampunian Besar
02. Pulau Kalampunian Damit
03. Kolam Lumpur Gunung Berapi
04. Pantai Sawangan
05. Stephanie Garden
06. Pantai Batu Luang
07. Pantai Linsuk
08. Roundabout Penyu
Sebenarnya banyak lagi kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti yang boleh anda dapatkan serta lakukan di sini, bagi yang ingin tahu kemudahan dan aktiviti lain mungkin boleh layari laman web rasmi Borneo Eagle Resort. Sesiapa yang mahu ke sini dan datang dari daerah lain di Sabah boleh naik kereta hingga ke Jeti Kuala Penyu dan letak kereta anda di kawasan yang telah dikhaskan oleh pihak resort yang penting anda sudah buat tempahan awal agar dapat disediakan tempat untuk anda. kalau yang datang dari jauh seperti negeri lain atau luar negara sebaiknya digalakkan untuk dapatkan khidmat shuttle lapangan terbang agar dapat memudahkan segala perjalanan anda daripada lapangan terbang ke resort ni sekaligus dapat menjimatkan masa anda.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Borneo Eagle Resort di alamat seperti di bawah ini.
Borneo Eagle Resort
Pulau Tiga, Kuala Penyu,
89740, Kuala Penyu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 380 390
Telefon : +6013 851 6730
Email : rsvn.borneoeagle@echoresorts.com
Website : Borneo Eagle Resort
Telefon : +6013 851 6730
Email : rsvn.borneoeagle@echoresorts.com
Website : Borneo Eagle Resort
Ulasan
Catat Ulasan