Borneo Honeybee Centre merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah Pusat Pemprosesan Madu Lebah Sabah yang terletak di Jalan Sikuati Marabau, Kudat, Sabah.
BORNEO HONEYBEE CENTRE
Borneo Honeybee Centre (BHC) merupakan salah satu tempat menarik di Kudat. Ia terletak di Jalan Sikuati Marabau iaitu lebih kurang 21 km atau 25 minit perjalanan dari pusat Bandar Kudat dan telah ditubuhkan sejak tahun 2006 lagi dan berada dibawah penjagaan dan kendalian Koperasi Pembangunan Desa (KPD). Penubuhan BHC adalah dengan tujuan untuk memproses madu lebah yang telah dibeli dari pada pembekal yang seterusnya dibotolkan kemudian dihantar ke Kompleks Pemasaran Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Likas untuk dipasarkan.
Proses madu lebah yang dibuat di sini adalah dengan menggunakan peralatan moden seperti Vacuum Dryer agar dapat mempertingkatkan lagi kualiti madu lebah yang dihasilkan. Selain itu Borneo Honeybee Centre juga merupakan tempat paling sesuai untuk belajar cara bagaimana ternakan lebah dilakukan dengan lebih baik dan BHC senidi telah banyak membuat kursus berkaitan dengan penternakan lebah yang dibuat di sini.
Bagi memastikan produk Borneo Honeybee ini terus mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, terdapat beberapa usaha yang telah dilakukan oleh pihak Borneo Honeybee Centre untuk tingkatkan lagi pemasaran madu lebah ini iaitu seperti :
1. Memberi tunjuk ajar secara teknikal dan juga nasihat kepada para peserta yang mengikuti Projek Perladangan Kontrak madu lebah di sini.
2. Memberi atau mengadakan kursus teknikal untuk cara-cara penternakan lebah madu yang betul dan baik kepada orang awam (kursus ini berbayar)
3. Menyediakan pengangkutan untuk membeli hasil madu lebah terus dari penjual madu lebah di ladang lebah sekitar Negeri Sabah.
4. Mewujudkan muzium Lebah agar dapat mempamerkan beberapa jenis lebah, jenis madu dan lain-lain lagi kepada pengunjung yang datang ke muzium tersebut.
5. Mewujudkan ladang penternakan lebah yang dibina khas untuk rombongan yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke sini.
6. Menubuhkan kedai madu lebah agar dapat memudahkan pemasaran produk bagi madu lebah yang dikeluarkan oleh Borneo Tropical Honey.
Semua produk madu lebah yang dihasilkan oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD) diberi jenama Borneo Tropical Honey, ini termasuklah madu lebah yang terdapat di Borneo Honeybee Centre. Dan yang paling penting adalah produk Borneo Tropical Honey mempunyai pensijilan halal dan ianya 100% tulen tanpa sebarang bahan pengawet atau perisa tiruan.
Untuk ke sini, sebenarnya boleh naik bas kalau dari Kota Kinabalu, tapi adalah lebih baik untuk pengunjung menaiki kereta sendiri atau kalau anda ada lesen memandu bolehlah cuba menyewa kenderaan agar memudahkan lagi perjalanan anda ke sini dan pulang semula ke tempat anda dan juga membolehkan anda melawat tempat menarik yang lain sekitar daerah Kudat.
Bila datang melawat ke sini anda boleh melihat kaedah pemprosesan madu lebah dan jangan lupa membeli madu asli yang di jual di sini, harganya adalah bergantung pada jenis dan juga saiz botol madu lebah yang di jual.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk lawatan :
Seorang : RM3.00
Nota :
Madu di sini ialah madu asli, jadi sekiranya anda membeli madu ini pastikan anda menyimpan madu tersebut di tempat yang sesuai seperti di tempat yang kering, dingin dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Madu asli juga tidak digalakkan untuk diletak dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan madu tersebut beku.

Ulasan
Catat Ulasan