Langkau ke kandungan utama

Borneo Paragliding

Borneo Paragliding adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah kawasan untuk aktiviti paragliding iaitu menaiki payung terjun besar dan ia terletak di dalam daerah Ranau, Sabah.

BORNEO PARAGLIDING

Kredit gambar : Borneoparagliding

Borneo Paragliding adalah salah satu tempat menarik di Ranau yang anda boleh pergi untuk melakukan aktiviti ini sekiranya datang ke daerah Ranau untuk bercuti. Ia adalah tempat paragliding terbesar di Malaysia dan menyajikan pemandangan yang cukup indah lebih-lebih lagi dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang terletak tidak jauh dari tempat ini. Paragliding adalah salah satu aktiviti meluncur menggunakan payung terjung yang lebar dan ia boleh dikira sebagai aktiviti lasak sebab anda akan terbang di udara dengan menggunakan payung terjun tersebut. Kalau memang suka aktiviti lasak macam ini bolehlah cuba ke sini. Paragliding ini terletak di Ranau iaitu lebih kurang 100 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan hanya 7 km atau lebih kurang 11 minit perjalanan dari pusat Bandar Ranau.

Di sini anda akan terbang di udara setinggi kira-kira 270 meter dari tempat berlepas dan untuk naik paragliding ini biasanya dibenarkan hanya 2 saja iaitu anda dan pasangan anda, tidak boleh lebih sebab ada seorang lagi iaitu pemandu atau pilot paragliding yang akan ikut anda dan pilot tersebut akan duduk di bahagian belakang untuk mengemudi payung terjun tersebut dan anda dan pasangan anda akan duduk didepan sambil mengambil gambar yang indah dan catik di kawasan sekitarnya termasuklah gambar Gunung Kinabalu. Kalau kamera atau telefon anda tidak mempunyai kamera yang begitu bagus boleh juga kalau mahu menyewa kamera GoPro yang mempunyai resolusi tinggi daripada pihak Borneo Paragliding, cuma perlu beritahu mereka yang anda ingin sewa kamera GoPro semasa proses pendaftaran jadi anda akan diberikan kamera tersebut.


Tapi sebelum ke sini, anda dikehendaki membuat tempahan awal terlebih dahulu iaitu sekurang-kurangnya sehari sebelum anda datang ke sini. Ini bagi membolehkan pihak paragliding di sini dapat menguruskan atau menyediakan apa-apa keperluan yang patut disediakan dan ia juga untuk memastikan kekosongan tempahan pada waktu tersebut. Lagi pun kalau naik paragliding biasanya akan lihat juga keadaan cuaca, jadi kalau anda buat tempahan awal mungkin pihak pengurusan sini boleh lebih bersedia. Kalau semasa tarikh dan masa aktiviti anda ada masalah dari segi cuaca tidak perlu risau sebab bayaran tempahan anda itu akan dikembalikan juga sepenuhnya atau anda boleh juga menunda atau menukar tarikh dan masa paragliding ke hari yang lain.  

Bagi yang mahu ke sini melakukan aktiviti paragliding anda sebaiknya buat persiapan terutamanya dari segi pakaian, ini adalah untuk kebaikan dan juga keselamatan anda semasa menaiki paragliding. Antara yang perlu anda pakai apabila lakukan aktiviti ini adalah seperti pakai baju yang sesuai (kalau takut panas boleh pakai baju lengan panjang, pakai seluar panjang dan pakai kasut. Anda tidak digalakkan untuk memakai skirt, seluar pendek dan juga selipar semasa membuat aktiviti ini. Kalau guna telefon sebaiknya pasang tali agar telefon tersebut tidak terlepas dari tangan dan terjatuh ke bawah yang boleh menyebabkan telefon anda hilang dan sukar dicari.

Jadi lepaskan peluang anda untuk ke sini menaiki payung terjun lebar ini sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang cukup cantik dan indah dengan udara yang bersih. Kalau ke sini jangan lupa untuk datang lebih awal sikit sebab di sini anda perlu isi beberapa borang sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini. Kalau datang awal bolehlah juga melakukan aktiviti ini lebih awal sebab masanya terhad dari jam 10 pagi hingga 3 petang saja kerana waktu ini saja keadaan angin lebih baik untuk aktiviti ini.

Untuk ke sini, kalau dari luar daerah Ranau, boleh naik bas yang menuju ke Ranau,  kemudian sewa kenderaan untuk ke sini, selain itu boleh juga pandu kereta sendiri dan leteak kereta anda dekat tempat pendaftaran. Selepas selesai daftar anda akan dihantar juga dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda ke tempat berlepas, selepas selessai aktivitti anda kemudian dihantar semula ke tempat pendaftaran tadi.

Waktu operasi  :
Setiap hari : 9 pagi - 4 petang

Masa terbang di udara :
Dalam 10 - 15 minit

Bayaran paragliding :
Warganegara : RM160.00
Sewa kamera GoPro : RM30.00

Harga di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. 
Maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan hubungi pihak pengurusan Borneo Paragliding seperti alamat di bawah :

Alamat :
Borneo Paragliding
89308, Ranau,
Sabah, Malaysia.

Telefon : 017-388 3112
Webiste : facebook.com/borneoparagliding/


Ulasan