Borneo Quad Biking merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Quad Bike ini telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan terletak di dalam daerah Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.
BORNEO QUAD BIKING
Kredit gambar : Borneoquadbiking
Borneo Quad Biking merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang suka dengan aktiviti yang lasak. Tempat ini terletak di dalam daerah Tuaran iaitu lebih kurang 60 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan cuma memakan masa kira-kira 10 hingga 15 minit atau 10 km perjalanan sahaja kalau dari Pekan Tamparuli. Borneo Quad Biking telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sebuah syarikat pelancongan yang berdaftar di Kota Kinabalu iaitu Borneo Eco Tours yang sememangnya mempunyai pengalaman luas dalam industri pelancongan di Sabah lebih daripada 20 tahun termasuklah berpengalaman dalam melakukan aktiviti pengembaraan menggunakan ATV Quad ini.
Borneo Quad Biking menyediakan aktiviti yang cukup menarik iaitu dengan pengembaraan menaiki ATV Quad selama satu jam merentasi beberapa kampung, ladang, sawah padi, hutan dan juga Sungai Kiulu. Ia adalah sebuah pengembaraan yang cukup mencabar, namun ianya pasti juga akan memberikan anda satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan dengan datang mengembara bersama keluarga atau rakan-rakan menaiki ATV Quad ini. Anda tidak perlu risau sebab Quad yang Bike yang disediakan di sini adalah selamat dan dijaga dengan baik agar ciri-ciri keselamatan sentiasa terjamin buat mereka yang menaikinya. Di sini liputan rangkaian telefon tidak berapa kuat jadi sebab melalui kawasan hutan, jadi sebaiknya ketika melakukan aktiviti ini bergeraklah secara berkumpulan dan tidak berpisah jauh antara satu sama lain agar senang jika ada apa-apa keperluan.
Untuk melakukan aktiviti Quad Biking anda perlulah mempunyai lesen memandu yang sah sama ada lesen memandu kereta atau pun motorsikal. Oleh itu sebelum ke sini pastikan anda membawa lesen memandu anda yang asal atau pun yang salinan untuk pihak Borneo Quad Biking periksa dan sahkan yang anda boleh memandu Quad Biking di sini. Kalau tidak ada lesen memandu anda bolehlah jadi penumpang sahaja dan kawan anda yang ada lesen memandu akan jadi pemandu sebab di sini juga ada disediakan Quad Bike yang mempunyai dua tempat duduk. Jadi kalau datanglah ramai-ramai mungkin boleh memudahkan jika ada antara kawan-kawan yang tidak ada lesen memandu. Cuma perlu di ingat jika anda memandu secara tidak baik yang boleh membahayakan keselamatan, pihak pengurusan di sini berhak untuk menukarkan anda menjadi penumpang saja. Sebelum bermulanya pengembaraan anda dikehendaki untuk datang awal iaitu 30 minit awal untuk mendengar taklimat ringkas yang akan diberi oleh pihak pengurusan berkaitan dengan cara pemanduan dan juga keselamatan semasa melakukan aktiviti ini.

Sekiranya bercadang ke sini, sebaiknya anda membuat tempahan (booking) dan membuat pembayaran lebih awal iaitu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ke sini. Lagi awal buat tempahan lagi baik, sebab dapat memudahkan pihak di sini untuk membuat persiapan awal. Kalau anda mahu batalkan tempahan tetapi ada beberapa peringkat pembatalan tempahan iaitu :
01. Jika anda membuat pembatalan tempahan dalam 7 hari awal sebelum anda datang ke sini, maka pembatalan tersebut adalah dikira percuma.
02. Jika anda membuat pembatalan tempahan dalam 3-6 hari sebelum ke sini, maka akan dikenakan bayaran pembatalan sebanyak 20%. Namun bayaran itu boleh anda gunakan untuk menempah semula pada hari lain yang penting jangan lebih dari 3 bulan.
03. Jika anda membuat pembatalan tempahan dalam 1-2 hari sahaja sebelum anda datang ke sini, maka pembatalan akan dikenakan bayaran pembatalan 100%.
Sebelum ke sini sebaiknya anda buat beberapa persiapan atau keperluan yang perlu di bawa agar segala urusan aktiviti yang akan dilakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Antara keperluan yang anda perlukan ialah seperti pakaian sesuai untuk aktiviti quad biking, minuman serta makanan ringan dan yang paling penting ialah pastikan anda memakai kasut (jangan pakai selipar) sebab untuk aktiviti ini anda hanya dibenarkan memandu quad biking ini sekiranya anda memakai kasut.
Pastikan bawa botol air minum, kalau bawa botol plastik jangan buang selepas minum sebab anda boleh isi semula air minum di botol tersebut. Air minum akan disediakan dan dibawa oleh pihak pengurusan Borneo Quad Biking sepanjang sesi pengembaraan. Jadi anda boleh isi semula air minum ke botol anda pada bila-bila masa sahaja. Kamera atau video kamera kalau boleh pastikan yang berkualiti tinggi agar dapat mengambil gambar atau video dengan cantik dan lebih baik untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan, sebab rugi rasanya kalau datang dari jauh dan buat pengembaraan tetapi bawa yang kamera atau video kamera yang tidak berapa jelas.
Untuk ke sini adalah lebih baik kalau ada kereta sendiri, atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah sewa dengan orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Kalau mahu menggunakan perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain pun boleh juga yang penting beritahu pemandu ke mana tujuan anda. Kalau mahu menyewa van dari pihak Borneo Quad Biking ini pun boleh iaitu dengan harga RM200.00 untuk 8 orang penumpang (harga pergi dan balik), boleh kongsi-kongsi dengan kawan sebab boleh muat 8 orang.
Setiap hari : 8 pagi dan 10 pagi (pilih sesi)
Datang 30 minit awal untuk taklimat
Bayaran Quad Biking :
Seorang : RM120.00
Bayaran ini adalah termasuk :
- Hidangan ringan
- Sewa ATV Quad
- Sewa sarung tangan
- Sewa topeng muka
- Sewa topi keledar
- Guide
- Air minum (isi semula)
- Pancuran air mandi
- Tandas
Bayaran di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa atau pakej yang ditawarkan. Oleh itu sebarang maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Borneo Quad Biking seperti alamat di bawah :
Alamat :
Borneo Quad Biking
Jalan Kiulu Pukak Mantob,
Kampung Mantob,
89250, Tuaran,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-438 300
89250, Tuaran,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-438 300
Whatsapp : 019-326 3800
Website : borneoquadbiking.com/
Nota :
Nota :
01. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan Borneo Quad Biking ini untuk kebaikan dan keselamatan anda ketika melakukan aktiviti Quad Biking.
02. Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai ya dan juga membawa apa-apa keperluan agar dapat memudahkan segala aktiviti anda nanti.
Ulasan
Catat Ulasan