Langkau ke kandungan utama

Buah Belimbing Hutan

Buah Belimbing Hutan adalah salah satu buah-buahan tempatan di negeri Sabah. Buah Belimbing Hutan adalah buah-buahan yang biasanya tumbuh liar di kawasan hutan.

BUAH BELIMBING HUTAN



Buah Belimbing Hutan adalah sejenis buah yang biasanya hidup di kawasan lembap di hutan tanah pamah. Belimbing hutan juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Baccaurea Angulata. Buah ini biasanya hidup atau tumbuh liar di kawasan hutan dan juga merupakan tumbuhan endemik di Kepulauan Borneo seperti negeri Sabah.

Selain itu buah ini juga dikenali dengan beberapa nama mengikut negeri atau negara yang terdapat di Kepulauan Borneo. Contohnya seperti belimbing dayak, belimbing api dan juga belimbing merah. Walaupun terdapat pelbagai nama yang diberikan mengikut tempat atau kawasan di Kepulauan Borneo, namun ianya adalah tetap merupakan buah yang sama.


Sememangnya buah ini mempunyai pelbagai sebutan nama mengikut negeri atau negara, Sebagai contoh nama yang disebut pada buah ini adalah :

1. Di Sarawak memanggil buat ini dengan nama belimbing dayak, belimbing hutan, belimbing merah.

2. Di Sabah pula buah ini di sebut belimbing hutan, belimbing api dan juga Embaling 

3. Di Brunei memanggil buah ini Embaling Bobou

4. Dan di Kalimantan ia disebut Pidau, Umbing.

Oleh kerana buah ini biasanya hanya tumbuh liar di dalam kawasan hutan tanah pamah, jadi buah ini tidak begitu banyak dijual dipasar dan masih ramai juga masyarakat yang tidak tahu akan adanya atau wujudnya Buah Belimbing Hutan ini.

Seperti juga buah-buahan yang lain, buah ini akan jatuh apabila buah tersebut sudah masak dan walaupun pokok buah ini adalah tinggi iaitu sekitar 7 hingga 8 meter namun ia tidak akan merosakkan buah ini apabila jatuh ke bumi, ini kerana buah ini bukanlah buah yang cepat hancur atau rosak apabila jatuh ke tanah.

Selain daripada boleh dimakan begitu saja dan rasanya ada sedikit masam, buah ini juga boleh dijadikan bahan tambahan pada masakan atau jeruk untuk menambahkan lagi selera.

Ulasan