Langkau ke kandungan utama

Buah Belimbing

Buah Belimbing adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah. Buah Belimbing juga antara buah-buahan yang suka dimakan masyarakat Sabah kerana rasanya yang manis dan sedap.

BUAH BELIMBING


Buah Belimbing adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah. Buah ini juga dikenali dengan nama belimbing manis dikalangan penduduk negeri Sabah. Selain itu buah ini juga dipanggil dengan nama belimbing bintang atau dalam bahasa English Starfruit kerana bentuk buah yang seakan-akan bentuk bintang 5 bila di potong atau di hiris. Namun ada juga sesetengah tempat yang panggil dengan nama belimbing besi, apa pun nama yang diberikan buahnya adalah tetap sama.

Buah Belimbing memang sedap di makan begitu saja kerana rasanya yang manis tetapi buah tersebut mestilah dicuci terlebih dahulu sebelum di makan. Buah ini senang saja untuk tahu sama ada ia sudah masak atau pun pun, kerana semasa masih muda kulit buah ini adalah berwarna hijau, manakala apabila sudah masak kulitnya akan berubah menjadi warna kuning. Kalau buah ini masih muda memang tidak berapa sesuai untuk dimakan kerana rasanya adalah lebih tawar.


Selain daripada boleh dimakan begitu saja, ramai juga orang yang mengambil buah ini untuk dijadikan beberapa hidangan dan produk contohnya :
1. Buat jus belimbing
2. Gula-gula buahan
3. Minuman segar
4. Lain-lain lagi

Ramai orang suka makan buah belimbing ini kerana ia mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Antara kelebihan buah ini adalah :
1. Kurangkan darah tinggi
2. Sebagai anti kanser
3. Lancarkan pencernaan
4. Turunkan kandungan kolestrol
5. Kaya dengan Vitamin C
6. Kaya dengan zat besi
7. sebagai anti oksida
8. Untuk atasi sakit kepala
9. Baik untuk kesihatan mata

Belimbing buah merupakan antara buah-buahan yang menjadi pilihan serta selalu mendapat permintaan yang tinggi sama ada permintaan domestik mahu pun untuk di eksport kerana mempunyai banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan.

Ulasan