Langkau ke kandungan utama

Buah Binjai

Buah Binjai adalah salah satu daripada buah-buahan tempatan yang terdapat di negeri Sabah. Buah ini sangat popular dan diminati oleh semua kalangan masyarakat Sabah.

BUAH BINJAI



Buah Binjai adalah salah satu buah-buahan tempatan yang terdapat di negeri Sabah. Buah Binjai juga dikenali dengan nama Bundu atau Belunu dan ia dikategorikan dalam keluarga buah mangga dan nama saintifik bagi buah ini adalah Mangifera Caesia. Terdapat 3 variasi buah ini, namun di Sabah buah  ini adalah yang mempunyai kulit berwarna kuning pucat dan panjangnya boleh sampai 18 cm.

Buah yang sudah masak mempunyai bau yang sangat harum dan ianya boleh dimakan begitu sahaja kalau manis, kalau yang masam rasanya kena campur sikit bahan lain untuk lebih memudahkannya untuk di makan. Terdapat juga segelintir masyarakat yang mengambilnya untuk jadikan sambal dan dimakan bersama nasi.

Namun bagi buah yang masih muda, ianya tidak dapat dimakan begitu sahaja kerana ditakuti akan boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit atau mulut. Ini adalah kerana disebabkan oleh getah yang terdapat pada kulit buah ini.


Untuk memetik buah ini dari pokoknya, biasanya akan menggunakan galah yang agak panjang dan mesti ada orang yang memegang alat untuk sambut buah tersebut daripada jatuh ke tanah, contohnya menggunakan karung. Ini adalah bagi mengelakkan buah tersebut jatuh terus ke tanah yang boleh sebabkan buah tersebut rosak dan tidak bertahan lebih lama.

Buah Binjai adalah buah yang sangat popular dikalangan masyarkat Sabah terutamanya disebelah Pantai Barat negeri Sabah seperti di Kota Kinabalu dan Keningau. Binjai juga tedapat di Semenanjung namun rasanya dan warna isinya adalah tidak sama kerana dikatakan binjai di Sabah rasanya lebih manis lagi. 

Buah ini mudah untuk diperolehi atau dicari bila musim buah kerana ramai peniaga akan menjualnya di gera-gerai tepi jalan dan juga di pasar tamu tiap minggu. Selain itu ia juga banyak ditanam di pusat-pusat pertanian di seluruh negeri Sabah. Walaupun buah ini mudah diperolehi namun ia dikatakan tidak berapa sesuai untuk dijadikan buah komersia dan mungkin juga ada sebabnya mengapa tidak sesuai dikomersialkan.

Ulasan