Bukit Bendera Beaufort merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk aktiviti mendaki bukit yang agak mencabar dan bukit ini juga adalah antara tarikan utama penduduk tempatan negeri ini dan juga pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Daerah Beaufort yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Tempat ini terletak kira-kira cuma lebih kurang 1.1 km sahaja atau kira-kira 2 minit perjalanan dari Pekan Beaufort ke starting point.
BUKIT BENDERA
Kredit gambar : mdbeaufort
Kredit gambar : mdbeaufort
Perjalanan mendaki dari starting point ke puncak bukit adalah sejauh 1.3 km yang memakan masa lebih kurang 45 minit untuk naik sahaja belum kira turun semula dari puncak bukit, masa mendaki tu ikut juga dari kecergasan individu masing-masing sebab kalau yang lambat berjalan mungkin boleh sampai 1 jam pendakian ke puncak bukit sebab seperti yang telah dinyatakan di atas tadi bukit ini laluannya agak curam dan mencabar jadi tidak bolehlah main laju saja berjalan sebab perlu juga berhati-hati. Ketika mendaki anda akan terjumpa laluan untuk ke tempat air terjun yang kecil, kalau mahu singgah sekejap boleh juga tetapi biasanya orang singgah di air terjun mini ini ketika selesai dari puncak bukit dan dalam perjalanan turun semula ke bawah, tapi terpulanglah pada anda mahu singgah waktu bila pun asalkan mempunyai masa dan kesempatan dan tidak mengganggu perjalanan pendakian anda. Apabila anda mendaki ke puncak bukit terdapat beberapa kemudahan yang disediakan iaitu antaranya ialah jalan atau laluan yang telah dibersihkan agar mudah untuk pendaki ketahui laluan perjalanan pergi dan balik dari bukit ini, selain itu terdapat juga kemudahan tali yang dipasang terutamanya di kawasan yang agak curam bagi memudahkan para pendaki berpegang pada tali tersebut untuk naik ke atas, dengan adanya tali ini maka ianya akan memudahkan pendakian sekaligus dapat mengelakkan diri pendaki daripada tergelincir atau terjatuh di kawasan yang curam. Kalau anda mendaki ramai-ramai sentiasalah memberi bantuan kepada rakan yang lain khususnya di bahagian yang curam tersebut agar tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Kemudahan lain ialah papan tanda yang dibina di tempat starting point agar para pendaki dapat melihat dan mencari lokasi tempat pendakian ke bukit ini.
Pendakian ke puncak bukit ini memang agak memenatkan sebab laluannya yang sangat mencabar tetapi bila anda sudah berada di atas puncak bukit maka segala penat lelah mendaki tu pasti semuanya akan hilang selepas dapat lihat suasana keindahan alam semulajadi dan pemandangan lain daripada puncak bukit yang sungguh indah dan menawan. Sebenarnya terdapat beberapa laluan untuk naik puncak bukit ini tetapi yang biasa orang gunakan ialah laluan 1.3 km tadi sebab ianya lebih dekat tetapi sudah cukup untuk memberi cabaran kepada para pendaki terutamanya mereka yang baru sahaja mencuba aktiviti ini dan juga kepada yang mungkin sudah berusia lanjut sikit. Selain itu untuk mendaki bukit ini sebaiknya anda lihat juga keadaan cuaca sebab kalau waktu anda mendaki tu cuaca hujan memang agak sukar sikit untuk mendaki sebab laluannya menjadi lebih licin lebih-lebih lagi di bahagian yang curam. Sangat di galakkan untuk mendaki ke puncak bukit ketika cuaca dalam keadaan baik dan cerah, tapi kadang kala cuaca tu sukar juga dijangka sebab ketika mula mendaki cuaca cerah, bila pertengahan pendakian pula tiba-tiba hujan jadi anda perlulah sentiasa mempersiapkan atau membawa apa-apa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk dibawa iaitu seperti memakai pakaian yang lebih sesuai seperti berlengan panjang serta pastikan pakai kasut yang mempunyai cengkaman kuat dan jangan mendaki ke bukit ini dengan memakai selipar sebab agak bahaya dan jangan juga pakai seluar pendek atau skirt. Sebelum anda datang ke sini untuk membuat pendakian pastikan stamina dan juga kesihatan anda berada dalam keadaan yang terbaik agar tidak ianya dapat memudahkan anda membuat pendakian nanti dan sekiranya anda ada penyakit boleh minta pendapat dengan doktor terlebih dahulu sekiranya mereka membenarkan anda mengikuti aktiviti mendaki ini atau tidak, ini adalah agar ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada anda sepanjang melakukan aktiviti tersebut.
Selain daripada memakai pakaian dan kasut yang sesuai, terdapat juga beberapa barangan lain yang mungkin boleh anda bawa ketika mendaki bukit ini iaitu seperti tongkat berjalan atau walking stick, ini sangat penting juga untuk di bawa tidak kira anda masih muda atau pun yang usia agak lanjut sebab dengan adanya tongkat ini ianya akan dapat membantu anda membuat pendakian terutamanya apabila sudah terasa penat dan di laluan yang tidak bertali. Barang keperluan lain yang boleh anda bawa ialah bawa air minuman yang mencukupi lebih-lebih lagi ketika cuaca panas, air tu boleh bawa lebih tetapi jangan terlalu banyak sebab takut beg anda akan menjadi berat seterusnya menyukarkan pergerakan anda untuk mendaki nanti, rasanya air tu boleh bawa di botol seperti saiz botol mineral yang besar saja pun sudah cukup, jangan terlalu mahu cepat sampai kalau mendaki, sebaliknya kalau terasa penat boleh berhenti sekejap dan minum terlebih dahulu untuk mengambil tenaga semula, bila sudah rasa ok sikit teruskanlah semula pendakian. Pakai juga stoking kalau mendaki sebab dengan memakai stoking ianya dapat mengelakkan kaki yang berkeringan menjadi basah seterusnya menyebabkan mudah untuk kaki anda melecet dan rasa tidak selesa ketika mendaki. Selain itu sentiasalah membawa telefon apabila anda mendaki yang bertujuan bukan sekadar untuk mengambil gambar pendakian tetapi ianya adalah untuk keselamatan anda juga sebab bila ada telefon mudah untuk membuat panggilan kecemasan sekiranya ada apa-apa yang terjadi tidak kira pada anda atau pun pada rakan-rakan yang lain, untuk keselamatan anda juga boleh membawa wisel yang boleh anda gunakan untuk meniupnya apabila ada kecemasan dan juga untuk memberikan amaran bahaya kepada rakan yang lain semasa mendaki.
Tidak kira rombongan kumpulan anda yang membuat pendakian ada yang sakit atau tidak sebaiknya anda membawa juga ubat peribadi seperti panadol, tahan sakit, pencuci luka, pembalut luka dan apa-apa lagi ubat lain yang dirasakan perlu dibawa, ini adalah untuk digunakan sekiranya ada kecederaan kecil yang dialami oleh ahli kumpulan anda semasa membuat pendakian jadi tidak perlulah risau bila terjadi sesuatu kejadian tersebut, tidak perlu semua pendaki membawa ubat sebaliknya ketua ahli kumpulan mendaki itulah yang sebaiknya bertanggungjawab untuk membawa ubat dan peralatan kecemasan ini. Untuk lebih ringkasnya di bawah ini adalah senarai barang keperluan yang rasanya perlu untuk di bawa apabila anda membuat pendakian iaitu seperti :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian sesuai
02. Pakaian lebih
03. Kasut sesuai
04. Walking stick
05. Pakai topi
06. Baju lengan panjang
07. Penghalau nyamuk
08. Telefon
09. Kamera/video kamera
10. Ubat peribadi
11. Air minuman
12. Makanan
13. Wisel kecemasan
14. Stoking
15. Kompas
16. Tisu lap keringat
17. Tikar rehat
Sekiranya ada lagi barang yang rasanya perlu untuk di bawa bolehlah bawa sahaja tetapi seperti yang sudah ditulis di atas tadi jangan terlalu banyak bawa barang sebab takut beg anda akan menjadi berat yang mana akan menyukarkan anda untuk membuat pendakian nanti, boleh bahagikan tugas membawa barang antara ahli kumpulan anda untuk barang yang rasanya boleh dikongsi bersama. Apa-apa pun bila anda mendaki dan juga semasa berada di puncak bukit pastikan tidak membuang sampah merata-rata yang boleh menyebabkan persekitaran tempat ini menjadi kotor terutamanya bekas botol minuman dan juga bekas serta sisa makanan sebab orang lain pun mahu juga datang mendaki ke bukit ini sambil menikmati pemandangan menarik dari atas bukit yang boleh menampakkan Pekan Beaufort, Weston, Pantai Pimping dan beberapa lagi tempat yang boleh dilihat dari puncak ini. Oleh yang demikian para pendaki haruslah sama-samalah menjaga kebersihan kawasan laluan dan puncak bukit ini agar ianya sentiasa bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang ke sini mendaki tidak kira penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini khususnya yang datang ke daerah Beaufort serta daerah lain yang berhampiran.
Untuk datang ke sini disarankan untuk menaiki kereta sendiri sebab tempat ni agak jauh tetapi jangan risau sebab tempat letak kereta pun ada juga tersedia, dengan memandu kereta sendiri dapat juga anda pergi melawat ke beberapa tempat menarik sekitar daerah Beaufort. Bukit Bendera Beaufort ini berada di bawah pengurusan Kelab Belia Transformasi Beaufort yang mana mereka telah diamanahkan sendiri oleh pihak Pejabat Daerah Beaufort dan juga Majlis Daerah Beaufort, oleh itu sekrianya anda ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai pendakian ke bukit ini bolehlah terus menghubungi Kelab Belia tersebut atau Majlis Daerah dan Pejabat Derah Beafort.
Kredit gambar : mdbeaufort
Kredit gambar : mdbeaufort
Kredit gambar : blogkharkb
Bukit Bendera Beaufort merupakan sebuah tempat menarik di Beaufort yang menjadi salah satu tarikan utama kepada penduduk negeri ini atau pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini bagi melakukan aktiviti mendaki bukit berkenaan khususnya bagi peminat-peminat aktiviti mendaki. Bagi sesiapa yang sudah biasa mendaki tu mungkin bukit ini agak mudah bagi anda tapi bagi yang baru mahu belajar mendaki pula mungkin agak sukar sikit tetapi boleh juga kalau mahu mendaki di sini tapi pastikan jangan datang sendiri sebaliknya bawalah kawan ramai-ramai sikit mendaki ke sini agar di sini nanti mereka dapat membantu anda membuat pendakian sebab bukit ini agak tinggi iaitu sekitar 1399 meter dari atas laut dan mempunyai banyak laluan yang agak curam. Bukit ini terletak di dalam daerah Beaufort dan berada tidak jauh dari Pekan Beaufort iaitu jaraknya cuma lebih kurang 1.1 km sahaja atau kira-kira 2 minit perjalanan menaiki kenderaan ke tempat permulaan atau starting point, manakala bagi anda yang datang dari luar daerah contohnya dari Kota Kinabalu jaraknya adalah sekitar 96 km yang mana akan memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit ke starting point dengan menaiki kenderaan ke sini. Puncak bukit ni pun mempunyai kawasan yang agak luas dan boleh memuatkan sehingga 70 orang dalam satu-satu masa, jadi tidak menjadi masalah pun sekiranya anda datang dalam satu rombongan yang ramai sebab lagi menyeronokkan bila dapat bersama-sama dengan keluarga atau rakan-rakan buat pendakian ke puncak bukit ini. Perlu ingat ya untuk mendaki bukit ini memang tidak sesuai untuk anda membawa kanak-kanak sebab bukit ini tinggi dan laluannya pendakian ke puncak bukit yang agak curam juga sangat bahaya untuk kanak-kanak.
Perjalanan mendaki dari starting point ke puncak bukit adalah sejauh 1.3 km yang memakan masa lebih kurang 45 minit untuk naik sahaja belum kira turun semula dari puncak bukit, masa mendaki tu ikut juga dari kecergasan individu masing-masing sebab kalau yang lambat berjalan mungkin boleh sampai 1 jam pendakian ke puncak bukit sebab seperti yang telah dinyatakan di atas tadi bukit ini laluannya agak curam dan mencabar jadi tidak bolehlah main laju saja berjalan sebab perlu juga berhati-hati. Ketika mendaki anda akan terjumpa laluan untuk ke tempat air terjun yang kecil, kalau mahu singgah sekejap boleh juga tetapi biasanya orang singgah di air terjun mini ini ketika selesai dari puncak bukit dan dalam perjalanan turun semula ke bawah, tapi terpulanglah pada anda mahu singgah waktu bila pun asalkan mempunyai masa dan kesempatan dan tidak mengganggu perjalanan pendakian anda. Apabila anda mendaki ke puncak bukit terdapat beberapa kemudahan yang disediakan iaitu antaranya ialah jalan atau laluan yang telah dibersihkan agar mudah untuk pendaki ketahui laluan perjalanan pergi dan balik dari bukit ini, selain itu terdapat juga kemudahan tali yang dipasang terutamanya di kawasan yang agak curam bagi memudahkan para pendaki berpegang pada tali tersebut untuk naik ke atas, dengan adanya tali ini maka ianya akan memudahkan pendakian sekaligus dapat mengelakkan diri pendaki daripada tergelincir atau terjatuh di kawasan yang curam. Kalau anda mendaki ramai-ramai sentiasalah memberi bantuan kepada rakan yang lain khususnya di bahagian yang curam tersebut agar tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Kemudahan lain ialah papan tanda yang dibina di tempat starting point agar para pendaki dapat melihat dan mencari lokasi tempat pendakian ke bukit ini.
Pendakian ke puncak bukit ini memang agak memenatkan sebab laluannya yang sangat mencabar tetapi bila anda sudah berada di atas puncak bukit maka segala penat lelah mendaki tu pasti semuanya akan hilang selepas dapat lihat suasana keindahan alam semulajadi dan pemandangan lain daripada puncak bukit yang sungguh indah dan menawan. Sebenarnya terdapat beberapa laluan untuk naik puncak bukit ini tetapi yang biasa orang gunakan ialah laluan 1.3 km tadi sebab ianya lebih dekat tetapi sudah cukup untuk memberi cabaran kepada para pendaki terutamanya mereka yang baru sahaja mencuba aktiviti ini dan juga kepada yang mungkin sudah berusia lanjut sikit. Selain itu untuk mendaki bukit ini sebaiknya anda lihat juga keadaan cuaca sebab kalau waktu anda mendaki tu cuaca hujan memang agak sukar sikit untuk mendaki sebab laluannya menjadi lebih licin lebih-lebih lagi di bahagian yang curam. Sangat di galakkan untuk mendaki ke puncak bukit ketika cuaca dalam keadaan baik dan cerah, tapi kadang kala cuaca tu sukar juga dijangka sebab ketika mula mendaki cuaca cerah, bila pertengahan pendakian pula tiba-tiba hujan jadi anda perlulah sentiasa mempersiapkan atau membawa apa-apa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk dibawa iaitu seperti memakai pakaian yang lebih sesuai seperti berlengan panjang serta pastikan pakai kasut yang mempunyai cengkaman kuat dan jangan mendaki ke bukit ini dengan memakai selipar sebab agak bahaya dan jangan juga pakai seluar pendek atau skirt. Sebelum anda datang ke sini untuk membuat pendakian pastikan stamina dan juga kesihatan anda berada dalam keadaan yang terbaik agar tidak ianya dapat memudahkan anda membuat pendakian nanti dan sekiranya anda ada penyakit boleh minta pendapat dengan doktor terlebih dahulu sekiranya mereka membenarkan anda mengikuti aktiviti mendaki ini atau tidak, ini adalah agar ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada anda sepanjang melakukan aktiviti tersebut.
Selain daripada memakai pakaian dan kasut yang sesuai, terdapat juga beberapa barangan lain yang mungkin boleh anda bawa ketika mendaki bukit ini iaitu seperti tongkat berjalan atau walking stick, ini sangat penting juga untuk di bawa tidak kira anda masih muda atau pun yang usia agak lanjut sebab dengan adanya tongkat ini ianya akan dapat membantu anda membuat pendakian terutamanya apabila sudah terasa penat dan di laluan yang tidak bertali. Barang keperluan lain yang boleh anda bawa ialah bawa air minuman yang mencukupi lebih-lebih lagi ketika cuaca panas, air tu boleh bawa lebih tetapi jangan terlalu banyak sebab takut beg anda akan menjadi berat seterusnya menyukarkan pergerakan anda untuk mendaki nanti, rasanya air tu boleh bawa di botol seperti saiz botol mineral yang besar saja pun sudah cukup, jangan terlalu mahu cepat sampai kalau mendaki, sebaliknya kalau terasa penat boleh berhenti sekejap dan minum terlebih dahulu untuk mengambil tenaga semula, bila sudah rasa ok sikit teruskanlah semula pendakian. Pakai juga stoking kalau mendaki sebab dengan memakai stoking ianya dapat mengelakkan kaki yang berkeringan menjadi basah seterusnya menyebabkan mudah untuk kaki anda melecet dan rasa tidak selesa ketika mendaki. Selain itu sentiasalah membawa telefon apabila anda mendaki yang bertujuan bukan sekadar untuk mengambil gambar pendakian tetapi ianya adalah untuk keselamatan anda juga sebab bila ada telefon mudah untuk membuat panggilan kecemasan sekiranya ada apa-apa yang terjadi tidak kira pada anda atau pun pada rakan-rakan yang lain, untuk keselamatan anda juga boleh membawa wisel yang boleh anda gunakan untuk meniupnya apabila ada kecemasan dan juga untuk memberikan amaran bahaya kepada rakan yang lain semasa mendaki.
Tidak kira rombongan kumpulan anda yang membuat pendakian ada yang sakit atau tidak sebaiknya anda membawa juga ubat peribadi seperti panadol, tahan sakit, pencuci luka, pembalut luka dan apa-apa lagi ubat lain yang dirasakan perlu dibawa, ini adalah untuk digunakan sekiranya ada kecederaan kecil yang dialami oleh ahli kumpulan anda semasa membuat pendakian jadi tidak perlulah risau bila terjadi sesuatu kejadian tersebut, tidak perlu semua pendaki membawa ubat sebaliknya ketua ahli kumpulan mendaki itulah yang sebaiknya bertanggungjawab untuk membawa ubat dan peralatan kecemasan ini. Untuk lebih ringkasnya di bawah ini adalah senarai barang keperluan yang rasanya perlu untuk di bawa apabila anda membuat pendakian iaitu seperti :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian sesuai
02. Pakaian lebih
03. Kasut sesuai
04. Walking stick
05. Pakai topi
06. Baju lengan panjang
07. Penghalau nyamuk
08. Telefon
09. Kamera/video kamera
10. Ubat peribadi
11. Air minuman
12. Makanan
13. Wisel kecemasan
14. Stoking
15. Kompas
16. Tisu lap keringat
17. Tikar rehat
Sekiranya ada lagi barang yang rasanya perlu untuk di bawa bolehlah bawa sahaja tetapi seperti yang sudah ditulis di atas tadi jangan terlalu banyak bawa barang sebab takut beg anda akan menjadi berat yang mana akan menyukarkan anda untuk membuat pendakian nanti, boleh bahagikan tugas membawa barang antara ahli kumpulan anda untuk barang yang rasanya boleh dikongsi bersama. Apa-apa pun bila anda mendaki dan juga semasa berada di puncak bukit pastikan tidak membuang sampah merata-rata yang boleh menyebabkan persekitaran tempat ini menjadi kotor terutamanya bekas botol minuman dan juga bekas serta sisa makanan sebab orang lain pun mahu juga datang mendaki ke bukit ini sambil menikmati pemandangan menarik dari atas bukit yang boleh menampakkan Pekan Beaufort, Weston, Pantai Pimping dan beberapa lagi tempat yang boleh dilihat dari puncak ini. Oleh yang demikian para pendaki haruslah sama-samalah menjaga kebersihan kawasan laluan dan puncak bukit ini agar ianya sentiasa bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang ke sini mendaki tidak kira penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini khususnya yang datang ke daerah Beaufort serta daerah lain yang berhampiran.
Untuk datang ke sini disarankan untuk menaiki kereta sendiri sebab tempat ni agak jauh tetapi jangan risau sebab tempat letak kereta pun ada juga tersedia, dengan memandu kereta sendiri dapat juga anda pergi melawat ke beberapa tempat menarik sekitar daerah Beaufort. Bukit Bendera Beaufort ini berada di bawah pengurusan Kelab Belia Transformasi Beaufort yang mana mereka telah diamanahkan sendiri oleh pihak Pejabat Daerah Beaufort dan juga Majlis Daerah Beaufort, oleh itu sekrianya anda ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai pendakian ke bukit ini bolehlah terus menghubungi Kelab Belia tersebut atau Majlis Daerah dan Pejabat Derah Beafort.
Ulasan
Catat Ulasan