Bukit Bombalai merupakan salah satu tempat menarik
di Negeri Sabah untuk dikunjungi orang ramai terutamanya bagi mereka yang berminat dengan aktiviti mendaki bukit tidak kira yang sudah ada pengalaman atau pun yang baru sahaja mahu mencuba untuk aktiviti ini. Bukit ini sebenarnya berada di dalam kawasan Tawau Hill Park yang terletak di daerah Tawau iaitu kira-kira 24 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.
Bukit Bombalai merupakan
salah satu tempat menarik
di daerah Tawau untuk para peminat aktiviti mendaki tidak kira yang sudah ada pengalaman atau pun yang masih baru dalam aktiviti tersebut sebab bukit ini tidaklah terlalu tinggi jadi sangat sesuai buat mereka yang mahu mencuba aktiviti mendaki. Lokasi bukit ini adalah di dalam kawasan Tawau Hill Park yang merupakan sebuah taman yang berada dibawah kendalian dan pengawasan Kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah atau Sabahparks dan bukit ini terletak lebih kurang 24 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, kalau dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula jaraknya adalah lebih kurang 447 km atau kira-kira 7 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan, sekiranya anda mahu cepat mungkin boleh naik kapal terbang saja ke Tawau. Tawau Hill Park adalah salah sebuah kawasan rekreasi dan riadah sesisi keluarga jadi anda boleh mendaki ke Bukit Bombalai terlebih dahulu selepas turun dari bukit bolehlah singgah di taman ini untuk rehatkan badan sambil menikmati keindahan alam semulajadi sebelum anda meneruskan perjalanan pulang ke tempat masing-masing. Taman ini juga mudah diakses melalui jalan raya jadi tidak ada masalah sekiranya anda mahu memandu kenderaan sendiri ke sini dan taman ini juga dibuka dari pagi iaitu jam 8 pagi hingga petang iaitu sekitar jam 4 petang, oleh sebab itu digalakkanlah untuk anda mendaki pada waktu pagi agar tidak kelam kabut kalau mendaki pada waktu petang kerana mengejar masa. Siapa yang berada di daerah Tawau tu bolehlah cuba datang bersama rakan-rakan atau keluarga untuk mendaki ke bukit ini tidak kira anda adalah penduduk dari daerah ini, luar daerah atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong, bercuti atau atas urusan kerja ke Negeri Sabah khususnya ke daerah Tawau.
Bukit Bombalai tidaklah begitu tinggi iaitu cuma ketinggiannya adalah 530 meter dari aras laut sahaja, tetapi laluannya boleh dikira menguji stamina juga sebab laluannya ada yang agak curam dan berada di kawasan yang tinggi tapi anda tidak perlu risau sebab bahagian laluan yang tinggi dan curam tu akan ada disediakan tali untuk anda gunakan berpaut naik ke atas dan juga ketika turun dari bukit. Perjalanan pergi dan balik dari bukit juga agak jauh iaitu dengan jaraknya lebih kurang 3.8 km yang mungkin akan mengambil masa selama dua jam iaitu satu jam untuk naik dan satu jam untuk turun semula. Walaupun laluannya jauh dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai tetapi laluannya mudah sahaja untuk anda lalui dan tidak terlalu sukar. Untuk makluman anda pastikan sekiranya mahu mendaki ke bukit ini perlulah terlebih dahulu membeli tiket masuk di kaunter Tawau Hill Park dan jangan sesekali mendaki melalui jalan pintas sebab sekiranya anda ikut jalan pintas tanpa membayar yuran masuk dan seterusnya menghadapi masalah seperti tersesat jalan maka sukar untuk pihak berwajib membantu, lagi pula bila anda ikut jalan pintas tersebut kemungkinan besar anda akan disangka atau dianggap sebagai seorang pemburu haram sebab selalu ada kejadian masalah pemburu haram di jalan pintas tersebut. Jadi jangan lakukan perkara larangan tersebut untuk kebaikan dan juga bagi menjamin keselamatan anda, lagi pun bayaran masuk ke Tawau Hill Park pun bukannya mahal dan tidak sampai RM10 pun seorang untuk penduduk tempatan dan bayaran masuk itu pun digunakan untuk membantu pihak pengurusan taman ini membuat penambahbaikan ke atas kemudahan yang telah sedia ada dan juga mungkin untuk menambah kemudahan baru yang lain untuk memberikan keselesaan lagi kepada para pengunjung yang datang ke taman ini atau ke Bukit Bombalai.
Bila anda sudah membeli tiket masuk dan memulakan pendakian ke bukit, pastikan jangan buang tiket yang anda beli ya sebab tiket tu boleh digunakan untuk melawat ke Tawau Hill Park pada hari tersebut, sebab kalau anda naik bukit dan telah buang tiket tu, maka terpaksalah anda membeli semula tiket baru sekiranya ingin masuk ke dalam kawasan taman tersebut. Selain tu sebaiknya juga anda ke sini mendaki dengan satu kumpulan yang ramai agar dapat membantu satu sama lain semasa mendaki dan laluan pendakian ke bukit ini memang mudah untuk diingat sebab sudah dibersihkan dan diletakkan beberapa papan tanda untuk menunjukkan laluan tersebut, oleh itu anda tidak perlu pun menggunakan khidmat jurupandu atau guide tetapi kalau kumpulan anda rasa was-was dan tidak yakin boleh cuba dapatkan khidmat guide dengan pihak pengurusan taman ini ketika anda membeli tiket masuk tadi, apa pun terpulang pada anda sama ada mahu dapatkan khidmat guide atau tidak yang penting ialah daftar masuk dan bayar yuran masuk tersebut agar pihak pengurusan di sini dapat pastikan ada kumpulan anda yang membuat pendakian ke atas Bukit Bombalai. Sepanjang perjalanan mendaki anda akan dapat melihat pelbagai hidupan flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tempat laluan tersebut, kalau bernasib baik mungkin dapat melihat beberapa haiwan seperti monyet, kera, orang utan, pelbagai spesis burung dan lain-lain lagi. Anda boleh ambil gambar setiap haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang dirasakan menarik tetapi pastikan jangan memotong atau mencabut tumbuhan tersebut agar ia sentiasa dapat hidup dengan baik dan menghiasi hutan di sini. Bila sudah berada di puncak, anda boleh ke platform yang disediakan untuk anda melihat keindahan pemandangan alam yang terbentang luas, walaupun pemandangan di sini mungkin tidak secantik Gunung Kinabalu tetapi ianya sudah cukup memuaskan hati apabila anda dapat mendaki hingga ke puncak bukit ini.
Anda boleh berada di atas puncak bukit ni berapa lama pun tetapi harus ingat ya jangan sampai tutup pula waktu operasi taman ini iaitu jam 4 petang, dan jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan bila sudah berada di atas puncak nanti untuk dikongsikan kepada rakan atau keluarga lain yang belum pernah sampai ke sini agar dapat menarik minat mereka untuk datang mendaki ke bukit ini pada masa akan datang. Semasa turun semula dari bukit tu pastikan sentiasa berhati-hati dan sentiasa berpegang pada tadi yang telah disediakan apabila berada di kawasan yang agak curam untuk elakkan anda dari tergelincir jatuh biarpun bukan musim hujan. Laluan mendaki dan di atas puncak bukit tidak ada kemudahan seperti tandas, jadi sekiranya rasa ingin buang air sebaiknya buang sebelum memulakan pendakian dan guna gunakan tandas yang terdapat di taman tersebut. Bagi anda yang mahu mendaki ke bukit ini pastikan stamina dan kesihatan anda dalam keadaan yang baik biar pun bukit ini tidak terlalu tinggi tetapi perjalanannya yang jauh dan terdapat beberapa bahagian yang agak curam memang akan memerlukan stamina yang kuat, sekiranya anda mempunyai sakit sebaiknya pergilah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk bertanya sekiranya mereka membenarkan anda untuk mengikuti aktiviti mendaki, semua ini adalah untuk kebaikan diri anda juga agar tidak ada apa-apa masalah yang berlaku ketika membuat pendakian nanti. Anda juga mungkin boleh membawa beberapa barang keperluan bila mendaki di bukit ini agar dapat lebih memudahkan anda sepanjang pendakian tanpa perlu ada kerisauan dan antara barang yang boleh dibawa ialah :
Barang di bawa :
01. Pakaian sesuai
02. Kasut sesuai
03. Seluar sesuai
04. Walking stick
05. Air minuman
06. Makanan ringan
07. Stoking anti lintah
08. Pakai topi
09. Tikar rehat
10. Penghalau nyamuk
11. Wisel keselamatan
12. Ubat peribadi
13. Kompas (jika perlu)
14. Berdoa
Kalau anda rasa ada lagi yang perlu di bawa bolehlah bawa sahaja nanti tetapi jangan pula sampai terlalu banyak barang yang dibawa sebab takut akan menyukarkan pergerakan anda untuk mendaki ke puncak bukit. Oleh itu bawa apa yang penting sahaja, pakaian tu boleh pakai baju yang lengan panjang agar dapat elak daripada digigit oleh nyamuk atau serangga lain, seluar pula sebaiknya pakai seluar panjang dan jangan pakai seluar pendek. Jangan lupa stoking anti lintah sebab kadang ada beberapa bahagian laluan tersebut yang mungkin akan terdapat haiwan ini. Ubat peribadi tu adalah ubat yang disarakan oleh doktor buat mereka yang ada sakit agar dapat mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Yang paling penting apabila mendaki ialah memulakan perjalanan pendakian anda dengan berdoa agar dipermudahkan segala urusan perjalanan pergi dan balik dan diberikan keselamatan sepanjang pendakian tersebut. Setelah selesai mendaki dan melawat Tawau Hill Park bolehlah melawat ke beberapa tempat menarik lain di sekitar daerah Tawau sekiranya masih ada kelapangan masa atau cuti anda serta masih berada di daerah Tawau ini. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Tawau ialah seperti berikut :
Tempat menarik lain :
01. Pasar Tanjung
02. Tawau Hot Spring
03. Tawau Cocoa Village
04. Sankina Hot Spring
05. Bukit Gemok
06. Balung River Eco Resort
07. The Peaks Tawau
08. Persisiran Traulesen
09. Tawau Bell Tower
10. Taman Rekreasi Mambalua
11. Masjid Daerah Tawau
12. Muzium Tawau
Sekiranya ingin mendaki ke bukit ini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri sebab iany akan lebih memudahkan anda membawa rakan lain dan juga beberapa barangan keperluan untuk di bawah ketika mendaki nanti. Selain itu dengan adanya kereta sendiri mudah untuk anda pergi dan balik dari tempat ini tanpa perlu menunggu teksi atau perkhidmatan e-hailing lain, dan anda juga mudah untuk pergi ke beberapa tempat menarik lain seperti yang dinyatakan di atas.
Bayaran masuk :
RM6.00 : Dewasa (warganegara)
RM20.00 : Dewasa (pelancong asing)
Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan Taman-Taman Sabah seperti alamat di bawah :
Hubungi :
Ibu Pejabat
RM20.00 : Dewasa (pelancong asing)
Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan Taman-Taman Sabah seperti alamat di bawah :
Hubungi :
Ibu Pejabat
Sabah Parks,
Block H, Level 1-5, Lot 45 & 46,
Signature Office, KK Times Square,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 523500
Website : sabahparks
Signature Office, KK Times Square,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 523500
Website : sabahparks
Ulasan
Catat Ulasan