Bukit Bongol merupakan tempat mendaki atau hiking yang menarik di Sabah dan buikit ini terletak dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 65 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.
BUKIT BONGOL
Kredit gambar : quilinqm
Bukit
Bongol merupakan salah satu bukit terbaik untuk aktiviti mendaki yang terletak di dalam daerah Kota Belud Sabah dan bukit ini adalah antara yang paling terkenal di daerah ini kerana ia trailnya boleh dianggap santai dan ia juga mampunyai beberapa puncak yang menyajikan pemandangan yang sangat menarik. Bukit ini terletak lebih kurang 65 km atau kira-kira 1 jam perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu tapi kalau anda dari Kota Belud memang dekat saja iaitu hanya 8.2 km atau kira-kira 15 minit perjalanan. Bukit Bongol ni terletak dalam kawasan tanah persendirian dan ianya memang dijaga dan diurus oleh pemilik tanah di tersebut oleh itu kalau
anda mahu mendaki ke bukit ini akan ada dikenakan bayaran sedikit tapi jangan
risau sebab bayarannya pun tidak mahal dan sangat berbaloi.
Ketinggian Bukit Bongol adalah sekitar 527 meter sahaja, jadi ianya sesuai kepada sesiapa sahaja rasa mahu berlajar mendaki tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, tapi kalau kanak-kanak rasanya agak tidak berapa sesuai untuk di bawa mendaki ke bukit ini. Bukit ni sebenarnya dikelilingi oleh lalang dan kalau anda mendaki ketika matahari sudah tinggi memang anda akan merasa agak panas sebab tidak ada pokok yang boleh anda gunakan untuk berteduh jadi disarankan untuk anda membawa air minuman dan jika cuaca panas pada masa tu pastikanlah juga anda berehat-rehat ketika mendaki agar dapat mengelakkan daripada terkena masalah lain seperti strok haba. Selain itu anda boleh juga pakai pakaian yang sesuai seperti baju berlengan panjang, berseluar panjang. pakai topi, pakai sarung tangan dan penutup muka kerana lalang di sini ni adalah tinggi dan pakaian tersebut juga adalah bagi mengelakkan anda daripada terlalu terkena bahang cahaya matahari.
Untuk mendaki bukit ni anda boleh memilih laluan yang diinginkan sebab di sini ada terdapat 3 laluan untuk mendaki, ketiga-tiga laluan ini pula mempunyai titik permulaan (starting point) yang berbeza. Laluan pertama adalah melalui laluan Mandap Doluoh dengan jarak perjalanan 2 km, laluan kedua pula adalah melalui laluan Kinasaraban yang mempunyai jarak perjalanan 3 km, dan yang ketiga adalah laluan yang paling jauh iaitu laluan Pirasan sepanjang 4 km. Walaupun laluan-laluan tersebut adalah jauh namun perjalanan mendaki ke puncak bukit adalah mudah, santai serta tidaklah terlalu mencabar. Tapi paling ramai orang ikut adalah laluan ketiga iaitu laluan Pirasan kerana melalui laluan ini anda akan dapat mencapai 10 puncak bukit disekitarnya sebelum sampai ke puncak Bukit Bongol tersebut. Apa pun itu terpulang pada anda untuk memilih laluan mana yang diinginkan.
Kalau mahu datang mendaki ke bukit ni khususnya yang datang menggunakan bas dari Kota Kinabalu pastikan anda tidak bas yang menuju ke Kota Belud, kalau sudah sampai di Kota Belud boleh sewa e-hailing untuk hantar ke sini dan beritahu pemandu bas tersebut untuk turunkan anda di tempat bukit ini. Tapi sangat disarankan jika anda ada kenderaan sendiri agar dapat memudahkan lagi perjalanan anda pergi dan balik. Biasanya pendaki yang mendaki ke bukit ini datang awal pagi agar tidak terkena dengan panas matahari bila sudah terik, lagi pun kalau pagi sekitar jam 8 atau 9 tu cuaca tidak terlalu panas dan ianya agak cerah jadi bolehlah anda melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas, kalau mahu datang petang pun boleh juga cuma kalau petang tidak pasti kalau anda berpeluang melihat Gunung Kinabalu sebab petang biasanya kabus sudah mula turun jadi sikit menghalang penglihatan.
Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00 seorang
Kanak-kanak : RM2.00 seorang
Kanak-kanak : RM2.00 seorang
Ulasan
Catat Ulasan