Bukit Botak merupakan salah satu bukit untuk aktiviti mendaki (hiking) yang menarik di Sabah. Bukit ini terletak lebih kurang 16 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
BUKIT BOTAK
Kredit gambar : Rider Chris
Bukit Botak atau juga lebih dikenali dengan nama Bukit Bonduk dan Bukit Gundul oleh penduduk tempatan merupakan salah satu bukit yang menarik untuk aktiviti mendaki yang terletak di Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah iaitu kira-kira 16 km
atau lebih kurang 19 minit perjalanan saja daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Nama bukit ini diambil kerana puncak bukit yang botak kerana tidak ada pokok besar yang tumbuh disekeliling puncaknya, dan kalau dari jauh pun anda boleh nampak puncak bukit ini yang berbeza daripada bukit yang ada disekitarnya. Bukit ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan terutamanya yang tinggal daerah ini daripada kalangan pelajar ipt kerana kedudukannya tidak jauh daripada pusat pengajian yang berada di berhampiranya seperti UITM Kota Kinabalu. Jadi tidak hairanlah kalau setiap hujung minggu pasti ramai orang yang akan berada di sini melakukan aktiviti mendaki, lagi pun jarak pendakian dan ketinggian bukit ini yang lebih mudah di akses.
Bukit Botak ni tidaklah terlalu tinggi iaitu cuma lebih kurang 250 meter daripada paras laur sahaja, dan laluan mendakinya juga tidak terlalu sukar, jadi ia amat sesuai kepada mereka yang baru mahu mula belajar mendaki. Jarak pendakian daripada titik permulaan (starting point) adalah dalam 1.9 km pergi dan balik yang mungkin akan memakan masa dalam 45 minit sahaja, tapi ia mengikut juga dengan kelajuan anda berjalan. Untuk mendaki bukit ni, terdapat 3 laluan yang boleh anda gunakan untuk mendaki iaitu pertama melalui Kampus UITM Kota Kinabalu tapi yang ini mungkin agak susah sikit sebab ianya di dalam kampus, jadi tidak boleh suka hati masuk, laluan kedua melalui Sepanggar, yang juga merupakan laluan paling ramai orang ikut kerana laluannya yang lebih dekat serta memudahkan untuk sampai ke puncak dengan cepat dan laluan ketiga melaui Jalan KKIP Selatan, yang mana laluan ini adalah laluan yang paling jauh dan agak mencabar sedikit, biasanya yang biasa dengan aktiviti ini saja yang akan melalui laluan tersebut.
Sekiranya anda ingin membuat pendakian ke bukit ini melalui laluan Kampus UITM Kota Kinabalu dan laluan Sepanggar. anda hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada tuan tanah tersebut untuk melalui kawasan mereka, contohnya melalui Sepanggar yang mana laluan tersebut adalah tanah persendirian, jadi anda perlu minta izin dahulu agar tidak ada apa-apa masalah. Biasanya yang ramai ke sini ni adalah pada waktu petang kerana pemandangan matahati terbenam dari bukit ini memang amat indah dengan laut dan beberapa pulau kecil yang dapat dilihat dari sini, tapi kalau anda mahu datang waktu pagi pun boleh juga sebab ada ramai juga yang datang pada waktu pagi sekitar jam 6.30 atau jam 7 pagi untuk melihat keindahan pemandangan ketika matahari timbul, tapi yang ini biasanya pada hujung minggu saja yang ramai. Dari anda saja mahu datang pada waktu bila, cuma jangan datang tengah hari saja sebab cuaca panas, lagi pun tidak ada pokok untuk anda berteduh kalau datang ketika cuaca masih lagi panas.
Walaupun laluan mendaki ke puncak bukit ini adalah mudah sekiranya anda melalui laluan Sepanggar, tetapi anda haruslah juga memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk mendaki dan pastikan juga membawa air minum sebab tidak ada jual minuman ya di sini. Di atas bukit ini adalah botak jadi anda bawalah apa-apa yang patut seperti cermin mata hitam untuk elakkan daripada silauan matahari. Mungkin anda boleh juga makanan ringan untuk di makan sambil melihat keindahan pemandangan alam semulajadi di sekitar bukit ini. Sebaiknya ketika anda mendaki jangan terlalu memaksa diri, jika terasa penat boleh rehat-rehat sekejap dan minum, selepas itu barulah sambung semula perjalanan anda, begitu juga ketika turun semula daripada bukit ini.
Ulasan
Catat Ulasan