Langkau ke kandungan utama

Bukit Gemok Tawau

Pusat Sejadi Bukit Gemok merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat kawasan rekreasi ini terletak di dalam daerah Tawau, iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dari Bandar Tawau.

BUKIT GEMOK



Pusat Sejati Bukit Gemok merupakan salah satu tempat menarik di Tawau. Kawasan ini adalah merupakan kawasan Hutam Simpan yang belum diterokai dan ia terletak di Jalan Marotai iaitu kira-kira 10 km atau 20 minit perjalanan dari pusat Bandar Tawau. Luas Hutan Simpan ini adalah sekitar 445 hektar, ketinggiannya adalah 428 meter dan dibuka pada awal tahun 1990an.

Tempat ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk aktiviti mendaki atau hikin kerana bentuk muka buminya yang begitu mencabar walaupun ia tidaklah terlalu tinggi. Pada masa kini memang ramai pengunjung yang telah datang ke sini untuk melakukan pelbagai aktiviti. Tapi sebelum hiking ke sini sebaiknya anda buat persiapan stamina dan juga sediakan kasut yang sesuai untuk mendaki.


Oleh kerana mendaki ke sini agak mencabar, jadi anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati terutamanya batu dan akar pokok yang mungkin anda tersepak ketika berjalan. Sepanjang perjalanan anda akan melihat pelbagai jenis pokok yang besar dan tinggi dan juga tumbuh-tumbuhan lain. Setelah berjalan lebih kurang 1 jam anda akan sampai ke laluan Selara Canopy Walk yang mana panjangnya adalah 238 meter dan merupakan salah satu Canopy Walk yang panjang di Sabah.

Selepas berjalan di laluan kanopi ini hingga ke hujung, anda akan sampai ke puncak bukit dan dapat melihat bandar Tawau, pantai dan kawasan-kawasan lain di sekitarnya yang cukup indah. Bila sudah selesai anda dinasihatkan agar turun dari Bukit Gemok ini dengan berhati-hati terutamanya sekiranya pada musim hujan kerana jalannya mungkin akan menjadi licin.

Di sini terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk para pengunjung. Antara kemudahan yang adalah seperti tandas dan pondok rehat sebanyak 7 buah yang dibina sepanjang perjalanan ke Bukit Gemok ini. Jadi anda siap-siap bawa air minum, pakaian yang sesuai dan lain-lain keperluan lagi sebelum datang ke sini. 

Untuk ke sini, boleh menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dari Bandar Tawau. Selain itu pengunjung boleh menaiki kereta sendiri atau kalau anda ada lesen memandu bolehlah cuba menyewa kenderaan yang ada di Tawau agar dapat mudahkan lagi perjalanan anda ke sini dan pulang semula ke tempat anda.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Semua : RM1.00

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Perjabat Perhutanan Daerah Tawau di alamat seperti di bawah :

Alamat :
Pejabat Perhutanan Daerah Tawau
Telefon : 089-761 833 / 089-761 835


Ulasan