Bukit Janggut, Sepanggar merupakan salah satu bukit yang ada di Sabah untuk aktiviti mendaki buat para peminat aktiviti ini tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negar yang datang ke negeri ini. Bukit Janggut mempunyai ketinggian 690 meter dari paras laut dan terletak di Jalan Teluk Sepanggar iaitu kira-kira 17 km atau lebih kurang 22 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
BUKIT JANGGUT

Kredit gambar : Lydia Chin

Kredit gambar : Eucha Risteo

Kredit gambar : Vivian T

Kredit gambar : Lydia Chin

Kredit gambar : Eucha Risteo

Kredit gambar : Vivian T

Bukit Janggut, Sepanggar merupakan salah satu bukit yang terletak di Kota Kinabalu dan bukit ini juga adalah satu lokasi buat para peminat aktiviti mendaki tidak kira penduduk tempatan di negeri ini atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke negeri ini dan ingin mencari tempat untuk melakukan aktiviti mendaki terutamanya bagi mereka yang berada di sekitar daerah Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya. Bukit ni selalu menjadi tumpuan kepada penduduk daerah ini untuk mendaki bila ada kelapangan masa tidak kira hari biasa atau pun ketika hujung minggu, tetapi kalau hujung minggu memang lebih ramailah lagi. Bagi anda yang mahu mula belajar mendaki bolehlah datang ke sini sebab lokasinya yang agak mudah untuk diakses dan berada tidak jauh dari pusat bandar iaitu terletak di Teluk Sepanggar lebih kurang 17 km atau pun kira-kira 22 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Di atas puncak bukit ini juga menyajikan satu pemdangan yang cukup indah dan menawan yang mana anda boleh melihat keindahan alam semulajadi sepertu hutan, bukit dan juga dapat melihat keindahan suasana pemandangan matahari terbenam. Untuk makluman anda bukit ni tidak ada bayaran masuk tetapi dekat pintu masuk tu ada disediakan kotak sekiranya anda mahu derma seberapa yang mampu terpulang dari anda, dengan adanya duit derma itu bolehlah sekurang-kurangnya dapat membantu pihak yang menguruskan bukit ini yang mana akan digunakan untuk memperbaiki atau menambah baik lagi segala kemudahan sama ada yang ada di kawasan laluan ke puncak bukit tersebut dan termasuklah juga kemudahan yang ada di puncak bukit.
Ketinggian puncak Bukit Janggut ini adalah 690 meter dari paras laut sahaja jadi memang sesuai jika anda mendaki ke bukit ini sebelum melakukan pendakian ke bukit atau gunung yang mana mempunyai lebih tinggi dan lebih mencabar. Walaupun puncak bukit ini adalah pada ketinggian 690 meter namun bagi mereka yang mempunyai stamina yang kuat dan sudah biasa melakukan aktiviti mendaki mungkin boleh meneruskan ke pelantar yang berketinggian 790 meter dari paras laut dan juga ke tempat iloveBJ yang berketinggian 820 meter dari paras laut seperti gambar ke empat di atas. Tapi pada kebiasaannya orang ramai hanya akan ke puncak bukit ini sahaja sebab yang dua lagi memang laluannya agak sukar dan orang yang sudah biasa dan tahan lasak sahaja yang akan ke situ. Laluan pendakian puncak bukit ini tidaklah terlalu sukar dan jarak laluannya adalah lebih kurang 1.4 km sahaja untuk perjalanan pergi dan balik dari puncak dengan masa perjalanan untuk sampai ke puncak bukit ini adalah kurang daripada 30 minit, manakala perjalanan turun pula sudah pastilah lagi akan lebih cepat dari itu. Biarpun laluan ke puncak bukit ini mudah tetapi apabila hampir sampai ke puncak bukit ada kawasan yang agak curam dan memerlukan anda untuk memberi tumpuan yang lebih berhati-hati ketika berjalan atau melangkah di kawasan tersebut terutamanya jika ketika itu laluannya licin selepas hujan. Dengan laluannya yang mudah dan singkat ini membolehkan bukit ini dapat untuk didaki oleh orang ramai tidak kira tua atau muda semua pasti dapat mendaki ke puncak dengan selamat. Sekalipun bukit ini mudah anda daki tapi haruslah sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan mendaki bukit dari mulakan pendakian sehinggalah turun semula agar tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. tersebut.
Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan dari kawasan pintu masuk, disepanjang laluan dan juga di puncak bukit ini, tetapi pada masa kini banyak kemudahan itu yang mungkin sudah rosak atau reput disebabkan sudah terlalu lama. Sebelum ini memang banyak kemudahan menarik yang tersedia puncak bukit seperti beberapa binaan dan arca yang dibina sebagai tempat untuk pendaki berehat dan bergambar iaitu seperti buaian, arca pintu, tempat duduk dan pelbagai lagi kemudahan, namun semua ini yang sudah tidak ada lagi. oleh itu diharapkan pada masa akan datang kemudahan ini dapat dibina semula atau dibuat penambahbaikan agar dapat memberi kemudahan kepada para pendaki yang datang ke bukit ini. Antara beberapa kemudahan yang masih ada pada masa ni adalah laluan mendaki yang bersih walaupun mungkin ada sedikit lalang yang tumbuh namun masih selesa untuk berjalan di laluan tersebut. Terdapat juga tempat duduk yang masih boleh digunakan di kawasan titik permulaan dan beberapa papan tanda, selain itu terdapat juga gerai menjual minuman yang terletak berhampiran pintu masuk, jadi kalau anda tidak ada bawa minuman atau makanan ringan bolehlah beli sebelum anda memulakan pendakian ke puncak bukit. Seperti yang disebutkan di atas tadi berhampiran pintu masuk tempat ini ada disediakan kotak bagi sesiapa yang mahu menderma, jadi kalau tidak keberatan bolehlah para pendaki menderma biarpun sedikit agar dapat membantu meringankan pihak yang menguruskan bukit ini untuk menyediakan kemudahan atau membuat penambahbaikan kawasan laluan ke bukit dan juga puncak bukit itu sendiri.
Bagi anda yang mahu mendaki ke bukit puncak ini pastikan anda mempunyai stamina yang cukup bila ingin mendaki ke puncak bukit ini walaupun laluan ke puncak tidak memakan masa yang lama tetapi anda pasti juga akan terasa penat dan lelah bila mendaki, oleh itu sebelum ke sini pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan tidak ada masalah kesihatan seperti demam panas, batuk kuat dan yang paling utama ialah jangan ada masalah dari segi pernafasan. Selain daripada stamina dan kesihatan anda juga boleh membuat beberapa persiapan seperti apa perlu di pakai dan di bawa sekiranya bercadang untuk ke sini melakukan aktiviti pendakian. Antara yang penting ialah pastikanlah anda memakai pakaian yang sesuai seperti baju lengan panjang dan seluar panjang untuk elakkan daripada digigit nyamuk, boleh juga pakai topi untuk terkena panas matahari jika pada ketika itu matahari masih panas, pastikan anda ke sini dengan memakai kasut dan jangan pakai selipar, ini adalah untuk mengelakkan anda daripada mudah tergelincir sebab selipar sangat tidak sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti ini. Boleh juga bawa tongkat atau walking stick untuk memudahkan anda berjalan atau melangkah di kawasan yang berbukit ini dan dengan adanya tongkat ini ianya akan dapat membantu anda untuk tidak cepat terasa penat dan lelah tetapi pastikan tongkat itu adalah tahan serta tidak mudah patah, boleh cari kayu yang tahan untuk dijadikan tongkat atau boleh beli di mana-mana kedai yang ada menjual peralatan ini. Di bawah ini adalah antara barangan keperluan yang mungkin boleh anda pakai dan bawa sekiranya ingin membuat aktiviti mendaki di sini :
Barang di bawa :
01. Baju lengan panjang
02. Seluar panjang
03. Pakai kasut
04. Pakai stokin
05. Pakai topi
06. Tongkat
07. Air minum
08. Makanan
09. Coklat
10. Kamera
11. Sapu tangan
12. Baju hujan
13. Wisel keselamatan
14. Lampu suluh
15. Sihat
16. Stamina kuat
Pastikan anda jangan lupa untuk membawa lampu suluh sekiranya ingin ke sini menunggu sehinggalah matahari terbenam sebab ketika itu sudah pasti suasana sudah agak gelap sedikit, jadi dengan adanya lampu suluh tersebut dapatlah ianya mudahkan anda berjalan turun nanti. Selain itu jangan membuang sampah merata tempat sepanjang laluan mendaki dan juga ketika berada di puncak bukit ini agar tempat ini sentiasa kelihatan cantik dan bersih seterusnya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang mendaki ke Bukit Janggut Sepanggar ini.
Ulasan
Catat Ulasan