Langkau ke kandungan utama

Bukit Kimondou

Bukit Kimondou merupakan salah satu tempat mendaki (hiking) yang menarik di Sabah. Bukit ini terletak di daerah Ranau iaitu kira-kira 4.7 km dari Bandar Ranau, Sabah.

BUKIT KIMONDOU

Kredit gambar : thesimpletravel

Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti mendaki (hiking) di Ranau adalah Bukit Kimondou yang terletak Kampung Kibbas, Ranau iaitu kira-kira 4.7 km atau lebih kurang 7 minit perjalanan saja daripada Bandar Ranau. Bagi yang datang ke sini dari Kota Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 100 km atau lebih kurang 2 jam 45 minit perjalanan. Bukit ini boleh dikira masih baru lagi di buka untuk kunjungan orang ramai, namun, kini ia semakin dikenali dan ramai yang menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk aktiviti mendaki sambil melihat pemandangan alam semulajadi. Dengan lokasi kedudukan bukit ini yang hanya memakan masa lebih kurang 7 minit saja dari Ranau untuk sampai, maka ini akan memberi peluang kepada mereka yang berminat melakukan pendakian untuk datang ke bukit ini bila-bila masa apabila ada masa yang terluang.

Bukit ini mempunyai ketinggian 899 meter, namun anda tidak perlu risau sebab perjalanan naik ke bukit ini tidaklah mengambil masa yang lama untuk sampai sebab jarak pendakian adalah dalam 1.5 km atau mungkin dalam 20 hingga 30 minit perjalanan sahaja mengikut kelajuan anda berjalan. Bagi yang ingin mendaki di sini, anda boleh menggunakan pakaian atau kasut sukan biasa saja pun sebab laluan mendaki di sini boleh dianggap mudah lebih-lebih lagi jika pada hari tersebut cuacanya adalah cerah. Dahulunya untuk mendaki bukit ini cuma ada satu laluan sahaja, namun kini sudah pun ada dua laluan jadi anda boleh pilih laluan mana yang lebih mudah kepada anda sekeluarga atau dengan rakan-rakan. Apa pun yang lebih baik adalah anda rancanglah perjalanan anda sebelum ke sini agar tidak terlepas sekiranya anda ingin melihat keindahan matahari terbenam ataupun metahari terbit. Di sini anda boleh melihat keindahan matahari terbit atau tenggelam dan dengan berlatarbelakangnya pemandangan Gunung Kinabalu dan juga bunga matahari yang banyak menghiasi atas Bukit Kimondou.


Sekiranya anda ingin membuat pendakian ke bukit ini untuk melihat matahari terbit pada waktu pagi, maka anda perlu melakukan perjalanan mendaki seawal jam 4.30 pagi atau jam 5 pagi, tetapi kalau mahu melihat matahari terbenam boleh saja datang pada waktu petang sekitar jam 4.30 petang atau jam 5 petang. Bagi yang mahu berjalan seawal waktu pagi pastikan sentiasa berhati-hati ketika mendaki sebab langit pada waktu tu masih lagi gelap jadi mungkin akan menyukarkan sedikit pergerakan anda untuk naik ke atas dan sebaiknya juga anda membawa lampu sulu dan baju tebal (tahan sejuk) serta membuat pendakian dalam berkumpulan agar lebih selamat kerana ada kawan yang dapat saling bantu membantu
. Selain itu jika anda mahu mula mendaki awal pagi seperti jam 5 pagi anda perlulah menginap di kawasan yang berhampiran dengan Ranau agar dapat memudahkan anda sampai ke titik permulaan (starting point) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan sebab anda akan di oleh seorang penunjuk jalan (guide) yang kumpulan anda telah bayar.

Di atas bukit ini banyak di taman bunga matahari yang mana ianya akan dapat menyerikan lagi suasana keindahan pemandangan dari atas Bukit Kimondou. Apabila anda bergambar atau mengambil gambar di sini yang dihiasi dengan bunga matahari dan pemandangan alam semulajadi yang akan membuatkan anda merasa terpegun, lebih-lebih lagi jika anda datang ke bukit ini pada waktu matahari terbit kerana akan kelihatan indahnya pemandangan matahari terbit di celah Gunung Kinabalu dan diliputi oleh embun dan awan yang putih. Kalau anda mahu datang waktu petang pun tidak ada masalah sebab dari sini pemandangan matahari terbenam pun cukup cantik. Diingatkan juga supaya anda tidak memetik atau mencabut bunga-bunga yang ada di atas bukit ini supaya bunga ini tidak rosak atau berkurangan yang mana mungkin akan kurang menyerikan nanti tempat ini.

Sebelum anda datang ke sini membuat pendakian, digalakkan untuk anda menyediakan awal-awal lagi barang keperluan yang mahu di di bawa agar tidak ada masalah sepanjang pendakian atau perjalanan anda. Oleh kerana bukit ini boleh dikira sebagai tinggi sebab hampi 900 meter jadi anda haruslah juga pastikan kesihatan dan stamina berada dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Kalau boleh elakkan mendaki sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti ketika hujan yang lebat
, tapi kalau anda sudah buat tempahan untuk ke sini boleh cuba hubungi pihak yang menguruskan bukit ini untuk menukar tarikh datang semula.

Bagi mereka dari luar daerah Ranau dan mahu ke sini dan membuat pendakian pada waktu pagi, adalah disarankan untuk datang awal iaitu sehari sebelum membuat pendakian sebab anda perlu berada di daerah Ranau ini agar tidak kelewatan untuk sampai ke tempat bermula pendakian. Sebaiknya juga anda memandu kereta sendiri sebab ianya akan dapat memudahkan anda gerak pergi ke sini dan pulang semula ke tempat anda.

Waktu operasi :
Setiap hari : 5 pagi - 7 malam

Bayaran masuk :
Dewasa : RM4.00 seorang
Kanak2 (7-12) : RM2.00 seorang
Kanak2 (bawah 7 tahun) : Percuma

Bayaran guide :
10 orang : RM25.00

Hubungi :
Bukit Kimondou
Tel : 011 16353687

Nota :

1. Sebaiknya anda menghubungi pihak Bukit Kimondou dan membuat tempahan awal jika mahu ke sini dan membuat pendakian seawal jam 5 pagi.


Ulasan