Langkau ke kandungan utama

Bukit Kopungit (Kopungit Hill)

Bukit Kopungit (Kopungit Hill) adalah salah satu tempat mendaki yang menarik di Sabah. Bukit ini terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu kira-kira 5 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

BUKIT KOPUNGIT (KOPUNGIT HILL)


Kredit gambar : meowtainpeople

Bukit Kopungit (Kopungit Hill) atau juga lebih dikenali dengan nama 'Nulu Kominaus' oleh penduduk tempatan adalah salah satu tempat menarik yang terdapat di daerah Kota Kinabalu. Bukit ini terletak di Jalan Penampang Baru, tidak jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu cuma kira-kira 5 km atau lebih kurang 7 minit perjalanan sahaja daripada pusat bandar ke tempat titik permulaan (starting point). Dari sini juga anda boleh melihat kapal terbang yang berlepas atau mendarat di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Bukit ini tidak juga terlalu tinggi iaitu lebih kurang 172 meter saja, jadi ia amat sesuai kepada untuk mereka yang suka melakukan aktiviti mendaki terutama sekali kepada yang baru sahaja mahu belajar mendaki. Tempat ni sememangnya sangat popular di daerah ini, oleh itu jangan hairan bila anda melakukan pendakian anda pasti akan sentiasa bertemu orang ramai yang baru turun dari bukit.

Walaupun bukit ini tidaklah terlalu tinggi, tetapi jarak laluan atau perjalanan yang perlu dilalui oleh anda semasa melakukan pendakian ke bukit adalah sejauh 2 km atau lebih kurang 55 minit berjalan kaki dari titik permulaan (bergantung pada kelajuan anda berjalan). Semasa dalam perjalanan naik atau turun juga anda boleh mengambil gambar sebab pemandangan dari sini memang cukup cantik dan indah lebih-lebih lagi apabila berada dipuncak bukit. Ketika membuat pendakian di sini, anda akan terjumpa dengan sebuah sebuah gua kecil, yang mana gua tersebut dikatakan adalah gua yang telah ditinggalkan semasa pendudukan Jepun. Daripada gua tersebut anda boleh tembus ke sisi terowong yang bersebalahan. Tapi kalau takut mahu masuk gua tidak mengapa untuk keselamatan anda sebab tidak tahu apa yang ada akan di dalam gua itu. Jika mahu ke sini sebaiknya juga anda mengatur masa yang sesuai contohnya datang awal pagi atau datang pada waktu petang agar tidak terkena cuaca yang panas jika anda datang ketika lebih dari jam 10 pagi.


Sepanjang pendakian ke puncak bukit atau ketika turun dari bukit, dinasihatkan agar anda sentiasa berhati-hati ketika berjalan sebab di sini banyak akar-akar pokok timbul yang mungkin akan sebabkan anda terjatuh dan terdapat juga sesetengah tempat dilaluan mendaki yang agak curam, oleh itu pakailah kasut dan pakaian yang sesuai.
Bahagian yang curam tu telah dibentukkan menjadi seperti tangga dan diletakkan tali untuk pendaki berpaut ketika naik atau turun, tapi jika hujan mungkin tempat tu sangat licin jadi kena berhati-hati juga. Hutan di sini tidak tebal, tapi anda juga boleh membawa penyembur nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk, atau boleh pakai baju lengan panjang saja. Semasa mendaki bawalah air minuman dan jika penat boleh rehat-rehat sekejap sebelum menyambung semula pendakian ke atas puncak Bukit Kopungit ini.

Mendaki ni perlukan kesihatan dan stamina yang baik, jadi jika anda anda sakit minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sekiranya dibenarkan atau tidak untuk membuat aktiviti mendaki. Kalau anda sihat pun pastikan juga stamina anda berada dalam tahap yang baik agar mudah untuk anda mendaki nanti tanpa sebarang masalah.
Walaupun puncak bukit ini jauh dari titik permulaan (starting point), namun terdapat juga beberapa kemudahan yang ada di sini seperti tempat khas untuk bergambar, t
empat duduk, jualan minuman, tali bertaut, tempat letak kereta dan pondok rehat di atas bukit.

Untuk ke sini, sebaiknya anda memandu kereta sendiri sebab jika naik bas mungkin akan melambatkan masa anda ke sini, ini adalah kerana biasanya bas ke sini akan mengikut masa ditetapkan dan akan menunggu penumpang penuh dulu baru gerak.

Bayaran masuk :
Percuma

Nota :

1. Kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN ke sini kecuali datang bersama ibu bapa atau penjaga, ini adalah bagi menjaga keselamatan mereka.


Ulasan