Langkau ke kandungan utama

Bukit Maragang

Bukit Maragang adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Bukit ini mempunyai ketinggian 2,232 meter dan terletak di daerah Ranau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Ranau.

BUKIT MARAGANG



Bukit Maragang adalah salah satu tempat menarik di Ranau yang juga merupakan sebuah kawasan tanah tingi yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu. Bukit ini adalah tempat yang sesuai bagi yang ingin mencari tempat latihan mendaki sebelum anda memulakan mendaki ke Gunung Kinabalu. Laluan ke bukit ini dibina oleh pihak Komuniti Kampung Mesilou (META) melalui Persatuan Eko Pelancongan Mesilou dan telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 16 September 2017. Ia terletak di Kampung Mesilou, Ranau iaitu lebih kurang 100 km atau kira-kira 2 jam perjalanan naik kenderaan dari Kota Kinabalu dan lebih kurang 19 km atau kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Ranau.

Bukit ini walaupun tinggi namun laluan untuk ke sini sebenarnya adalah agak mudah kerana laluan perjalanan ke bukit ini yang telah dibina oleh komuniti Mesilou agar lebih memudahkan pendaki dan ini juga membolehkan kanak-kanak atau orang tua pun dapat mendaki atau naik ke sini tetapi mungkin ada had umur juga untuk mendaki atas faktor keselamatan, jadi boleh pastikan terlebih dahulu had umur dengan pihak pengurusan bukit ini semasa anda membuat tempahan. Kalau anda mahu melihat satu pemandangan yang indah puncak Gunung Kinabalu di depan mata, bolehlah cuba naik ke bukit ini kerana lokasinya yang betul-betul berhadapan dengan Gunung Kinabalu. Apabila anda sampai dipuncak bukit ini, anda pasti akan rasa berpuas hati yang tidak terhingga dan berbaloi dan walaupun ianya tidak setinggi Gunung Kinabalu namun pendakian anda ke sini pasti menjanjikan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan .


Kalau mahu mendaki bukit ini, boleh ikut beberapa pakej yang sudah disedia oleh pihak pengurusan di sini iaitu seperti pakej sunrise normal trail, sunrise loop trail, day trip trail dan loop day trip trail. Pakej untuk melihat matahari terbit (sunrise) bermula dalam jam 3 pagi, pakej yang ini adalah sangat sesuai kepada mereka yang ingin melihat keindahan matahari terbit diwaktu pagi. Manakala untuk pakej day trip pula ia bermula pada jam 6 pagi, pakej yang ini sesuai kepada sesiapa saja, mungkin kalau hanya mahu melihat keindahan pemandangan Gunung Kinabalu dan menambah pengalaman mendaki boleh ambil pakej yang jam 6 lebih-lebih lagi kalau anda datang bersama kanak-kanak ke sini. Untuk pakej-pakej lihat matahari terbit dan day trip, biasanya adalah pakej pergi dan balik dan bukannya untuk berkhemah dan bermalam.  

Bagi yang mendaki bukit ini anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebab buat masa ini pihak pengurusan Bukit Maragang hanya menerima pengunjung yang telah membuat tempahan sahaja, jadi pastikan anda membuat tempahan sebelum ke sini dan beri semua senarai nama kawan atau keluarga anda yang mengikuti pendakian tersebut. Selepas buat tempahan, pastikan juga anda membuat beberapa persiapan barang yang perlu di bawa nanti untuk mendaki. Walaupun laluan ke puncak bukit ini adalah lebih kurang 4 km dan laluannya juga lebih santai, tetapi terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak pengurusan Bukit Maragang ini sekiranya anda ingin mendaki ke sini terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan para pendaki iaitu seperti :

Syarat pendaki

01. Tidak demam dan selsema
02. Tiada darah tinggi
03. Tiada kencing manis
04. Tiada asma
05. Tiada sakit jantung
06. Dan lain-lain sakit kronik

Oleh itu bagi sesiapa yang ingin mendaki ke Bukit Maragang sebaiknya anda adalah dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sakit-sakit seperti senarai di atas atau penyakit kronik lain, jadi adalah lebih baik periksa dulu kesihatan anda di hospital atau di klinik sebelum ke sini agar tidak ada masalah semasa anda melakukan aktiviti mendaki.

Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang cukup cantik dan indah dari puncak Bukit Maragang sambil menghirup udara yang bersih dan segar. Kalau mahu pendakian anda ini lebih menarik dan tidak bosan, sebaiknya pergi ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan agar dapat bersama dan beramai-ramai mendaki sekaligus boleh berkongsi-kongsi pengalaman dan juga dapat menjimatkan kos seperti kos pengangkutan dan kos guid, tetapi sebaiknya sebelum ke sini lihat dahulu keadaan cuaca samaada baik atau tidak, sebab takut kalau anda ke sini semasa musim hujan yang lebat maka pendakian pun menjadi sukar.

Untuk ke Bukit Maragang ini sebaiknya anda memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus ke sini. Ini adalah bagi memudahakan pergerakan pergi dan balik anda dari sini sini. Kereta anda boleh simpan atau letak dekat pusat pendaftaran Bukit Maragang sebab tidak digalakkan untuk bawa kereta ke starting point atas faktro keselematan kereta anda.

Waktu operasi  :
Setiap hari : 7 pagi - 5 petang

Waktu tempahan :
Isnin - Jumaat : 8 pagi - 3 petang

Bayaran sunrise normal trail (3 pagi/3.5 km/3-4 jam) :
Mula : jam 3 pagi
Konvervasi : RM10.00 seorang
Guide : RM100.00 (kongsi 5 orang = RM20.00 seorang)
Kenderaan : RM40.00 ((kongsi 5 orang = RM8.00 seorang)
Deposit : RM30.00 (wang pendahuluan)
Sijil : RM5.00 seorang

Bayaran sunrise loop trail (3 pagi/4 km/4-5 jam) :
Mula : jam 3 pagi
Konvervasi : RM10.00 seorang
Guide : RM120.00 (kongsi 5 orang = RM24.00 seorang)
Kenderaan : RM50.00 ((kongsi 5 orang = RM10.00 seorang)
Deposit : RM30.00 (wang pendahuluan)
Sijil : RM5.00 seorang

Bayaran normal trail day trip (6 pagi/3.5 km/3-4 jam) :
Konvervasi : RM10.00 seorang
Guide : RM70.00 (kongsi 5 orang = RM14.00 seorang)
Kenderaan : RM30.00 ((kongsi 5 orang = RM6.00 seorang)
Deposit : RM25.00 (wang pendahuluan)
Sijil : RM5.00 seorang

Bayaran loop trail day trip (6 pagi/4 km/4-5 jam) :
Konvervasi : RM10.00 seorang
Guide : RM100.00 (kongsi 5 orang = RM20.00 seorang)
Kenderaan : RM40.00 ((kongsi 5 orang = RM8.00 seorang)
Tempahan : RM25.00 (wang pendahuluan)
Sijil : RM5.00 seorang

Harga di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. 
Maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan hubungi pihak pengurusan Bukit Maragang seperti alamat di bawah :

Alamat :
Mesilou Ecotourism Assocation
Kampung Mesilou,
89308, Ranau,
Sabah, Malaysia.

Telefon : 017-895 2753
Website : facebook.com/MaragangHill/

Nota :

01. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan Mesilou Ecotourim Assocation (META) untuk kebaikan dan keselamatan anda.

02. Pastikan anda betul-betul sihat sebelum datang membuat pendakian ke Bukit Maragang supaya menjamin keselamatan semasa berada di sini.

03. Jangan buang sampah merata-rata ketika berjalan di dalam hutan, di laluan naik atau di mana-mana juga semasa anda mendaki bukit ini.

04. Jangan merokok sebab ini adalah kawasan pelancongan dan kawasan hutan yang bahaya jika membuang sisa rokok di kawasan ini.

05. Buat tempahan terlebih dahulu sebelum pergi ke sini sebab pihak pengurusan bukit tidak akan menerima jika anda datang begitu saja.

06. Jangan bawa kereta ke starting point sebab tidak ada orang yang akan jaga kereta anda di sana, jadi sebaiknya letak kereta anda di pusat pendaftaran.


Ulasan