Bukit Matanoi adalah salah satu tempat mendaki atau hiking yang menarik di Sabah dan ianya terletak dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di dalam daerah Keningau, Sabah
BUKIT MATANOI
Kredit gambar : Discover Keningau
Bukit
Matanoi merupakan salah satu bukit menarik
untuk aktiviti mendaki yang terletak di Pedalaman Sabah iaitu di Apin-Apin Keningau iaitu kira-kira 110 km
atau lebih kurang 2 jam 10 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota
Kinabalu, tapi kalau dari Bandar Keningau dekat saja iaitu hanya lebih kurang 22 km atau sekitar 25 minit perjalanan. Bukit ni dijaga dan diurus oleh penduduk tempatan yang tinggal berhampiran sini jadi kalau mahu mendaki ke bukit ini akan ada dikenakan bayaran sedikit tapi jangan risau sebab harganya pun berpatutan dan tidak mahal. Bukit ni juga merupakan antara tempat yang selalu dikunjungi oleh peminat-peminat mendaki khususnya yang tinggal di sekitar daerah Keningau kerana kedudukan bukit ini yang berada tidak jauh dari bandar.
Tinggi bukit ni cuma sekitar 350 meter saja jadi tidaklah terlalu tinggi dan memang amat sesuai kepada sesiapa sahaja yang baru mahu berlajar mendaki tidak kira lelaki atau perempuan. Selain itu laluan mendakinya juga tidak jauh dan sukar yang mana jarak pendakiannya tu kurang daripada 1 km atau hanya memakan masa sekitar 15 hingga 20 minit berjalanan kaki saja (ikut kelajuan anda berjalan). Untuk mendaki Bukit Matanoi terdapat 3 laluan yang boleh anda gunakan untuk mendaki iaitu trail A, B dan C, ketiga-tiga trail ni tidak juga berjauhan jadi anda boleh pilih yang mana laluan yang mahu diikut, kalau laluan A tu perjalanannya adalah lebih dekat tapi terdapat laluan yang agak cuam, laluan B pula adalah laluan yang agak jauh tapi mudah dan laluan C pula adalah laluan yang sedang-sedang sahaja tidak jauh dan tidak dekat.
Walaupun terdapat 3 laluan yang berbeza tapi anda tidaklah perlu risau sebab laluan-laluan tersebut adalah laluan yang mudah dan tidaklah terlalu mencabar. Bukit ni di buka seawal jam 6 pagi jadi anda boleh pilih sama ada ingin datang pada waktu pagi untuk melihat matahari terbit ataupun datang untuk melihat matahari terbenam pada sebelah petang. Bila sudah berada di atas puncak bukit anda akan dapat melihat keindahan pemdangan sekitarnya yang cukup indah, tenang dan siap boleh bergambar lagi dekat beberapa replika yang dibina seperti sarang burung, giant straw hat, love arch dan lain-lain lagi. Kawasan khas untuk bergambar pun ada dibina bagi memudahkan para pengunjung yang datang untuk mengambil gambar kenangan mereka, cuma pastikan jaga kebersihan bila berada di puncak bukit ni dan tidak merosakkan apa-apa yang telah dibina agar dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang.
Kalau mahu datang mendaki ke bukit ni khususnya yang datang menggunakan bas dari Kota Kinabalu pastikan anda tidak bas yang menuju ke Keningau ya, sebab bas ke keningau ni biasanya ada 3 kali perjalanan sahaja dalam sehari dari Terminal Bas Padang Merdeka iaitu jam 8 pagi, jam 12 tengah hari dan jam 4 petang. Lepas tu kalau sudah sampai di Keningau bolehlah sewa kenderaan e-hailing untuk hantar ke sini cuma harga mungkin mahal sikit. Tapi kalau mahu jimat boleh naik bas dari Pekan Keningau yang menuju ke Kampung Matanoi dan pastikan juga beritahu pemandu bas tersebut untuk turunkan anda di tempat bukit ini.
Ulasan
Catat Ulasan