Bukit Piniapat merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Bukit ini terletak di Pitas, Kota Marudu iaitu lebih kurang 160 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
BUKIT PINIAPAT
Kredit Gambar : Xploresabah
1. Walaupun bukit ini tidak terlalu tinggi tapi sebaiknya bawa air minum secukupnya lebih-lebih lagi untuk yang tidak berapa kuat naik ke puncak bukit.
2. Di atas puncak bukit ada diletak tin (seperti tabung) untuk yang ingin hulurkan sumbangan. Jadi anda boleh masukkan sumbangan ke tabung itu yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi tempat ini.
Kredit Gambar : Xploresabah
Bukit Piniapat (Piniapat Hill) merupakan salah satu termpat menarik yang ada di Negeri Sabah dan boleh dikunjungi penduduk tempatan atau pelancongan dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini terutamanya ke daerah kecil Pitas. Bukit ini terletak di Kampung Dingai, Pitas dalam daerah Kota Marudu dan dalam Bahagian Kudat yang mana jauhnya dari Bandar Kudat adalah lebih kurang 100 km atau kira-kira 2 jam perjalanan. Manakala kalau dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah kira-kira 160 km atau lebih kurang 3 jam perjalanan. Piniapat adalah bermaksud "dibahagi empat' dalam bahasa tempatan Sabah dan nama ini digunakan adalah kerana tanah kawasan bukit ini dimiliki oleh 4 orang adik beradik yang merupakan pemilik tanah tersebut.
Ketinggian bukit ini dianggarkan sekitar 141 meter saja, jadi ia amat sesuai untuk datang beriada ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau pun rakan-rakan. Oleh kerana bukit ini tidak juga terlalu tinggi maka golongan tua atau muda termasuklah kanak-kanak boleh juga bersama-sama mendaki ke puncak bukit ini. Untuk ke puncak bukit ini terdapat 2 laluan iaitu pertama laluan mudah yang hanya memakan masa selama 10 minit untuk sampai ke puncak bukit dari pondok bayaran masuk dan kedua laluan untuk yang amat minat dengan aktiviti mendaki dan berjalan meredah hutan yang akan makan masa kira-kira 30 minit lebih untuk sampai ke puncak bukit dari tempat bayar tiket masuk. Jadi terpulang kepada anda mahu ikut yang mana, tetapi kalau ada membawa anak-anak kecil atau orang tua yang sudah lanjut usia lebih baik ikut laluan yang mudah saja.
Walaupun bukit ini tidak terlalu tinggi, namun pemandangan yang dapat di lihat ketika anda ke sini cukup mengagumkan dan menarik hati. Jika anda melalui laluan yang mudah, di sepanjang laluan naik ke bukit ini anda akan lihat laluannya yang dihiasi dengan rumput yang cantik menghijau bersama bunga-bunga yang mekar dan cantik menawan, ini sudah pasti akan membuat hati anda lebih tertarik untuk mengambil gambar bersama kawan atau keluar untuk dijadikan kenangan. Bila sudah di atas puncak bukit anda akan melihat keindahan pemandangan yang amat menarik dan memukau hati lebih-lebih lagi dengan suasana pemandangan menghadap ke arah laut yang terbentang luas, cantik dan indah. Jadi anda bolehlah bergambar sepuas-puasnya apabila berada di atas bukit ini yang penting bateri telefon dan kamera anda cukup untuk mengambil gambar dengan banyak.
Bagi yang baru kahwin, boleh cuba ke sini mengambil gambar perkahwinan kerana pemandangan di sini sememangnya amat cantik dan terdapat juga satu buaian yang disangkutkan pada sebuah pokok dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup indah terutamanya apabila waktu petang ketika matahari mula terbenam. Jadi bolehlah anda dan pasangan anda ke sini sambil mengambil gambar kenangan dengan isteri duduk di buaian dan suami pula berdiri di sebelah atau dibelakang. Dan jangan lupa juga bergambar dilaluan naik yang dihiasi penuh dengan berbagai bunga-bungaan yang cukup cantik disamping suasana pemandangan yang menarik pasti orang akan terfikir yang gambar anda itu diambil dari luar negara.

Untuk ke sini, pengunjung sebaiknya memandu kenderaan anda sendiri atau kalau tiada kereta boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda ke sini dan seterusnya pulang semua ke tempat anda semula. Disamping itu anda juga boleh melancong ke tempat menarik yang lain disekitar daerah Kecil Pitas.
Waktu operasi :
Setiap hari : 6 pagi - 7 petang
Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Bukit Piniapat seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Rhappindy Maidin
Telefon : 013-603 1936
Website : facebook.com/PiniapathillpitasOfficial/
Nota :
Waktu operasi :
Setiap hari : 6 pagi - 7 petang
Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Bukit Piniapat seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Rhappindy Maidin
Telefon : 013-603 1936
Website : facebook.com/PiniapathillpitasOfficial/
Nota :
1. Walaupun bukit ini tidak terlalu tinggi tapi sebaiknya bawa air minum secukupnya lebih-lebih lagi untuk yang tidak berapa kuat naik ke puncak bukit.
2. Di atas puncak bukit ada diletak tin (seperti tabung) untuk yang ingin hulurkan sumbangan. Jadi anda boleh masukkan sumbangan ke tabung itu yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi tempat ini.
Ulasan
Catat Ulasan