Langkau ke kandungan utama

Bunga Raya Island Resort

Bunga Raya Island Resort merupakan salah satu resort menarik di Sabah yang bertaraf 5 bintang dan resort ini terletak di Pulau Gaya yang juga merupakan salah satu pulau yang termasuk dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman di daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 4.2 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

BUNGA RAYA ISLAND RESORT

 
Kredit gambar : Bungarayaresort


Kredit gambar : Bungarayaresort

Bunga Raya Island Resort merupakan salah satu daripada resort atau pusat peranginan yang terkenal di Sabah khususnya di daerah Kota Kinabalu dan bertaraf 5 bintang. Resort ni terletak di bahagian teluk Pulau Gaya yang juga berada di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 4.2 km atau kira-kira 10 minit sehingga 15 minit perjalanan menaiki bot dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Buna Raya Island Resort dibina pada tahun 2009 dengan jumlah bilik untuk tetamu sebanyak 48 buah bilik. Pembinaan resort ini adalah untuk menampung jumlah pelanong dari dalam dan luar negara yang semakin ramai datang ke Pulau Gaya ni untuk bercuti terutamanya ketika musim cuti sekolah atau hujung minggu. Dengan kebanyakkan bilik yang dibina menghadap ke arah pantai yang putih bersih dan pemandangan cantik menawan ianya menjadikan resort antara yang selalu menjadi pilihan tetamu jika datang ke pulau ini khusnya ke resort untuk lawatan sehari atau pun untuk menginap dalam beberapa hari.

Sesuai dengan resort ini yang bertaraf 5 bintang tedapat banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pengunujung atau tetamu yang datang ke resort ini tidak kira untuk lawatan dalam sehari atau menginap di penginapan yang telah disediakan. Antara kemudahan dan juga perkhidmatan yang disediakan ialah seperti kolam renang buat mereka yang suka mandi di kolam dan ia sesuai untuk semua lapisan umur. Kemudahan lain ialah bilik kecergasan atau gim yang boleh anda gunakan bila menginap di sini. Seterusnya adalah kemudahan sewaan peralatan sukan air tidak kira sama ada untuk di kolam atau di laut seperti untuk tujuan berenang dan snorkeling. Selain itu ada juga kemudahan restoran yang disediakan termasuklah restoran yang menyajikan masakan atau makanan halal khususnya untuk yang muslim. Kemudahan atau perkhidmatan mengambil dan menghantar anda ke lapangan terbang juga ada disediakan oleh pihak hotel, tapi anda perlu beritahu awal-awal kepada pihak resort ketika anda mendaftar masuk ke resort ini. Di sini ada disedikan kawasan khas untuk yang mahu merokok, jadi anda tidak boleh merokok sesuka hati bila berada di sini terutama sekali anda tidak boleh merokok di dalam bilik hotel. Sebelum terlupa pastikan anda tidak membawa sebarang haiwan peliharaan masuk ke kawasan resort ini
.


Selain dari itu kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan pihak resort adalah kawalan untuk keselamatan seperti pengawal keselamatan yang mengawal kawasan resort 24 jam, penggera asap bila ada kecemasan, alat pertolongan cemas, dan ada juga pengawal yang akan bertugas di kolam renang bagi memastikan keselamatan para tetamu yang membuat aktiviti mandi di kolam. Bangku untuk duduk di tepi pantai pun ada disediakan bagi mereka yang ingin duduk santai di pantai sambil melihat laut yang indah dan terbentang luas, lebih-lebih lagi pada waktu petang untuk melihat matahari terbenam yang sudah pasti menyajikan pemandangan yang cukup menawan. Di sini setetengah talian telefon mungkin tidak berapa baik tapi jangan risau sebab perkhidmatan internet ada disediakan secara percuma oleh pihak resort seperti wifi di kawasan luar atau awam dan juga wifi di dalam bilik, bagi yang mahu menggunakan internet dengan wayar atau LAN biasanya di bilik sahaja yang ada. Selain itu kemudahan bot untuk pergi balik dari Kota Kinabalu pun ada disediakan bagi yang buat tempahan lebih awal atau boleh saja naik bot dari jeti di Jesselton Point.

Bagi yang datang ke sini untuk menyewa bilik mesyuarat atau dewan untuk sebarang acara dan majlis pun boleh juga tapi pastikan anda buat tempahan awal untuk ini agar pihak resort dapat memastikan kekosongan tempat tersebut untuk tarikh yang anda pilih. Perkhidmatan lain ialah khidmat dobi, walaupun resort ni terletak di pulau namun terdapat juga perkhidmatan cuci pakaian atau dobi yang ada disediakan pihak resort jadi anda tidak perlu risau jika ke sini bercuti dalam beberapa hari. Kemudahan di bilik seperti air mineral, peralatan buat kopi, pengering rambut dan lain-lain lagi. Untuk yang bawa kanak-kanak tu pun tidak perlu risau sebab di sini ada juga kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan khas untuk kanak-kanak seperti kolam renang kanak-kanak, kelab untuk kanak-kanak, dan juga makanan di restoran yang disediakan buat kanak-kanak. Jadi untuk senarai lebih ringkas di bawah ni adalah antara beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang ada :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Pusat kecergasan gim
02. Kolam renang
03. Bilik mesyuarat
04. Kedai cenderahati
05. Dewan acara
06. Bot pengangkutan
07. Teksi lapangan terbang
08. Wifi kawasan awam
09. Wifi setiap bilik
10. Pengawal keselamatan 24 jam
11. Kaunter pendaftaran 24 jam
12. Perkhidmatan dobi
13. Restoran
14. Restoran halal
15. Spa dan peralatan sukan air
16. Sarapan percuma

Di atas tadi ni sebahagian saja kemudahan dan perkhidmatan, tapi sebenarnya banyak yang telah pun disediakan atau ditawarkan di sini dan untuk lihat senarai yang lain tu anda bolehlah lawat laman web rasmi Bunga Raya Island Resort. Bila sudah sampai di sini pastinya anda ingin melakukan aktiviti supaya percutian ke sini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik, jadi untuk aktiviti terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan sama ada jika ke sini untuk lawatan sehari atau pun datang menginap. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah mandi di kolam renang, buat majlis keramaian seperti majslid kahwin, berjalan bersiar-siar di tepi pantai, bersenam di bilik kecergasan atau gim, buat aktiviti sukan air seperti naik bot, berenang di laut, bot pisang, snorkeling dan lain-lain  lagi. Anda juga mungkin boleh melawat ke beberapa tempat menarik yang terletak berhampiran dengan resort atau pulau ini. Antara tempat menarik berhampiran ialah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Tunku Abdul Rahman Marine Park
02. Pulau Manukan
03. Pulau Mamutik
04. Pulau Sapi
05. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
06. Bukit Pulau Gaya
07. Pantai Teluk Likas
08. Muzium Negeri Sabah
09. Menara Tun Mustapha
10. Pasar Minggu Jalan Gaya

Sekiranya anda mahu ke sini dan datang dari Bandar Kota Kinabalu boleh jalan kaki Jesselton Point untuk membeli tiket bot yang menuju ke Pulau Gaya, tapi kalau anda dari luar daerah ni dan membawa kereta pastikan letak kereta tu di kawasan yang selamat terutama sekali jika ingin bermalam di resort ni dalam beberapa hari. Atau boleh juga terus menghubungi pihak pengurusan resort untuk pihak mereka aturkan pengangkutan anda terus dari lapangan terbang ke pulau atau Bunga Raya Island Resort ni.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Bunga Raya Island Resort di alamat seperti di bawah ini.

Bunga Raya Island Resort
Polish Bay, Pulau Gaya,
Taman Tunku Abdul Rahman,
88000, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 380 390
Email : rsvn.bungaraya@echoresorts.com
Website : Bunga Raya Island Resort

Ulasan