Langkau ke kandungan utama

Bungalio Hill (Glass Bridge)

Bungalio Hill (Glass Bridge) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda datang kunjungi dan tempat ini juga adalah satu lokasi yang sesuai untuk melihat keindahan alam semulajadi termasuklah pemandangan matahari terbenam pada waktu petang. Apa yang menarik di bukit ini ialah terdapat jambatan kaca yang dibina sepanjang 120 meter untuk pengunjung berjalan di atasnya sambil memandang ke arah alam semulajadi yang terbentang luas, tempat ini terletak di Kiulu iaitu lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tamparuli, Sabah.

BUNGALIO HILL


Kredit gambar : Bungalio


Kredit gambar : Bungalio

Kredit gambar : Bungalio

Bungalio Hill (Glass Bridge) merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh anda kunjungi apabila ada mas lapang untuk melihat keindahan alam semulajadi dan tempat ini juga antara lokasi menarik untuk melihat keindahan matahari terbenam dan pemandangan Bandar Kota Kinabalu juga boleh kelihatan dari sini. Untuk ke sini boleh jalan kaki dari bawah atau pun naik kereta tetapi kalau naik kereta ada dikenakan sedikit bayaran dan bayaran tersebut adalah berbeza antara penduduk tempatan atau warganegara dengan pelancong asing, terpulang pada anda mahu naik kereta atau tidak, tapi banyak saja orang yang naik kereta ke bukit ini sebab kebanyakkan orang ramai yang datang ke tempat ini adalah untuk tujuan berjalan di atas jambatan kaca sambil melihat keindahan alam semuljadi dan pemandangan matahari terbenam yang begitu cantik sambil mengambil gambar kenangan. Tempat ini terletak di Kiulu iaitu cuma lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tamparuli, manakala bagi anda yang datang dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah lebih kurang 34 km iaitu mengambil masa 44 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Tempat ni sesuai untuk seisi keluarga, oleh itu anda boleh datang bersama dengan ahli keluarga untuk ramai-ramai bersantai di sini bila ada kelapangan seperti musim cuti sekolah atau ketika cuti dihujung mingu atau boleh juga datang dengan rakan-rakan, tetapi kadang kala memang akan ramai kalau hujung minggu, oleh itu anda harus pandai memilih masa yang sesuai datang agar mudah untuk mendapatkan tempat sesuai bergambar pada waktu tersebut. Bagi anda yang berpeluang datang bercuti ke Kota Kinabalu jangan lepaskan peluang datang berkunjung ke tempat ini untuk berjalan di jambatan berkaca dan melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang luas dihadapan, anda boleh datang bila masa saja pun sebab tempat ni buka dari pagi hingga ke petang. 
 
Jambatan kaca yang ada di sini merupakan jambatan berkaca yang terpanjang di negeri ini iaitu dengan kepanjangan lebih kurang 120 meter, jadi anda boleh berjalan sepanjang jambatan ini untuk bersiar-siar sambil melihat pemandangan dan juga mengambil gambar. Sebenarnya terpulang pada anda bila mahu datang ke tempat ini pada bila-bila masa saja sama ada pada datang pada waktu pagi atau pun petang sebab cuaca pada waktu ini adalah tidak panas, tetapi biasanya ramai yang memilih ke sini pada waktu petang sebab cuaca lebih redup dan juga pemandangannya yang lebih menarik. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini sebab biasa orang ke sini adalah untuk mendapatkan pengalaman berjalan di atas jambatan kaca sambil bergambar, tapi untuk sesuatu yang mungkin jarang dicuba anda bolehlah datang ke sini lebih-lebih lagi ini adalah jambatan kaca yang terpanjang di negeri ini dan terletak di atas kawasan yang tinggi sekaligus membolehkan anda melihat keindahan alam semulajadi termasuk juga pemandangan Bandar Kota Kinabalu dari kejauahan. Tempat ini buka dari pagi sampai petang jadi tidak dapat untuk melihat keindahan Bandar Kota Kinabalu pada waktu malam, namun rasanya pada masa ini memang tempat ini dibuka pada waktu siang saja untuk faktor keselamatan. Tapi apa pun dapat melihat suasana keindahan pada waktu matahari terbenam pun sudah cukup memuaskan hati anda bila berada di sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalau pertama kali berjalan di atas jambatan kaca ini mungkin anda akan merasa gayat sikit tapi tidak perlu risaulah sebab ada juga tempat berpegang dan kalau gayat juga boleh jalan sambil pandang hadapan saja jadi tidak juga anda terasa gayat dengan ketinggiannya kalau anda melihat ke arah bawah. Itu pun untuk pertama kali saja, selepas anda berjalan sampai ke hujung jambatan dan bersantai sambil bergambar pasti akan hilang semua perasaan gayat. Ada terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Bungalio Hill buat para pengunjung yang datang ke sini agar lebih memudahkan mereka dan membuatkan mereka merasa selesa sepanjang berada di tempat ini bergembira.


Antara kemudahan yang ada di Bukit Bungalio ni ialah terdapat jambatan kaca yang merupakan tarikan utama orang ramai ke sini untuk menikmati pengalaman berjalan di jambatan tersebut dan juga melihat keindahan pemandangan pada waktu matahari terbenam, selain itu di atas bukit ini juga ada disediakan tempat duduk untuk anda bergambar dengan arca Love Bungalio untuk menyerikan lagi tempat anda bergambar dan membuktikan yang anda sudah pun pernah sampai ke sini sekaligus boleh dikongsikan kepada keluarga atau rakan lain yang mungkin belum pernah datang ke sini agar dapat menarik minat mereka untuk datang juga ke sini pada masa akan datang. Kepada anda yang mahu berjalan di jambatan kaca tetapi matahari masih memancar panas tidak perlu risau sebab di sini ada juga kemudahan payung dan penutup kasut yang disediakan untuk memudahkan anda berjalan di atas jambatan kaca tersebut. Lepas penat berjalan dan bergambar di jambatan bolehlah singgah di cafe yang ada di sini, ada terdapat beberapa menu yang boleh anda duduk makan dan minum sambil menunggu waktu petang untuk lihat pemandangan dari tempat ini yang sungguh mengagumkan, tempat duduk di kafe ni mungkin terhad terutamanya ketika hujung minggu atau ketika ramai orang oleh itu kalau anda awal sampai bolehlah ke sini tapi kalau sudah penuh terpaksalah menunggu giliran. Kawasan tempat letak kenderaan juga turut disediakan di sini agar memudahkan para pengunjung yang memandu kereta sendiri terus memandu ke sini tanpa perlu berjalan kaki naik bukit. Kakitangan pengurusan tempat ini juga sangat mengalu-alukan semua tetamu yang datang tidak kira anda adalah penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong yang datang dari dalam dan luar negara, anda akan dilayan dengan baik dan hormat, sekiranya ada yang mahu buat pertanyaan jangan malu untuk bertanya dengan kakitangan yang bertugas sebab mereka akan sentiasa membantu anda sekiranya ada apa-apa yang diperlukan. Kemudahan lain yang ada ialah seperti tandas, tempat duduk dan lain-lain lagi, kalau anda guna tandas pastikan jangan buang sampah dalam lubang tandas agar ianya tidak rosak atau tersumbat untuk memudahkan pengunjung lain yang turut ingin menggunakan tandas tersebut.

Sekiranya anda bercadang untuk datang ke tempat ini, sebaiknyalah membuat beberapa persiapan iaitu seperti apa yang perlu di bawa dan juga pakaian yang perlu di pakai sebab tempat ini adalah tinggi di kawasan berbukit jadi kena pakai pakaian yang sesuai terutama sekali bagi wanita kalau boleh jangan pakai skirt pendek kerana di bawah ada laluan orang naik kereta atau berjalan kaki naik ke bukit jadi sangat tidak sesuai memakai skirt pendek apabila berjalan di atas jambatan berkaca tersebut, lagi pun kadang tu angin agak kuat kalau petang sikit di atas bukit sebab kawasannya. Kalau datang ketika cuaca masih panas sebaiknya memakai baju lengan panjang dan seluar panjang untuk elak daripada terkena panas matahari, selain tu boleh pakai topi atau membawa payung sendiri dari rumah, walaupun di sini ada disediakan payung tapi kalau waktu tu ramai orang memang sukar untuk dapatkannya jadi adalah lebih baik membawa payung sendiri. Anda juga boleh membawa makanan ringan dan minuman agar di sini nanti tidaklah terlalu terasa haus, di sini ada juga kafe tapi untuk berjimat bolehlah bawa air minum sendiri seperti air mineral botol kah, minuman tin dan sebagainya. Sekiranya anda membawa makanan atau minuman pastikan jangan membuang sampah dan sisa makanan anda merata-rata tempat di dalam kawasan ini sebaliknya buanglah sampah tersebut ke dalam tong sampah yang telah disediakan pihak pengurusan di sini agar tempat ini sentiasa bersih dan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang melawat ke sini. Apa pun bila berada di bukit ini atau di jambatan kaca pastikan anda ikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat ini untuk kebaikan dan keselamatan anda terutama sekali bila datang bersama anak kecil. Berikut di bawah ni adalah antara beberapa barang yang perlu anda bawa apabila datang ke Bungalio Hill :

Barang di bawa :

01. Pakai pakaian sesuai
02. Pakai seluar panjang
03. Pakai topi
04. Bawa payung
05. Bawa duit poket
06. Makanan ringan
07. Minuman
08. Kamera
09. Video kamera
10. Berdoa

Untuk ke sini sebaiknya anda memandu kereta sendiri sebab susah mendapatkan pengangkutan awam ke tempat ini, lagi pun kalau ada kereta sendiri mudah untuk anda terus memandu dan letak kereta anda dekat bukit ini dan mudah untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat ini lebih-lebih lagi kalau ke sini hingga waktu petang.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9.30 pagi - 6.30 pagi

Bayaran :
RM15.00 : Masuk saja
RM63.00 : Masuk + jambatan

Bayaran untuk kanak-kanak 6 tahun hingga 12 tahun adalah berbeza, begitu juga dengan harga bagi pelancong asing. Harga ini mungkin anda rasa agak mahal tetapi ia adalah termasuk melindungi insuran para tetamu, memastikan persekitaran yang lebih selamat sepanjang pengunjung berada di sini dan juga bayaran ini termasuk minuman yang akan diberikan oleh pihak pengurusan. Untuk pertanyaan harga dan maklumat lebih lanjut bolehlah hubungi pihak Bungalio Hill (Glass Bridge) seperti alamat yang tertera di bawah ini :

Hubungi :
Bungalio Hill (Glass Bridge)
Jalan Kiulu, Tamparuli
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 2688 3736
Web Fb : Bungalio Hill


Ulasan