Langkau ke kandungan utama

BW Bus Restaurant

BW Bus Restaurant merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Restoran ini terletak dalam daerah Kundasang, Ranau, iaitu lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang, Sabah.

BW BUS RESTAURANT


Kredit Gambar : BWbusrestaurant

BW Bus Restaurant merupakan salah satu tempat menarik di Kundasang, Ranau yang boleh dikunjungi oleh siapa sahaja yang mau merasakan perluang makan di atas bas sambil melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah. BW Bus Restaurant ni terletak di dalam daerah Kundasang iaitu cuma lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit sahaja perjalanan dari Pekan Kundasang dan lebih kurang 95 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu, manakala kalau dari Bandar Ranau pula lebih kurang 10 km atau kira-kira 15 minit perjalanan sahaja. Tempat ini merupakan restoran yang bertemakan bas dan merupakan salah satu restoran yang unik di negeri ini. Restoran ini sering menjadi tumpuan orang ramai ketika musim cuti seperti cuti sekolah dan cuti hujung minggu. 

Pemilik restoran ini iaitu John Chin telah memilih untuk membuat restoran dalam bas ini kerana beliau berpendapat sayang sekiranya bas-bas ini dijual dikedai bersi buruk sedangkan ianya boleh digunakan untuk sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat dan juga rezeki. Dengan itu beliau telah menjadikan bas ini sebagai sebuah restoran dengan menghiasinya serta mencantikkan semula bahagian dalaman bas tersebut dengan meletakkan meja dan kerusi serta hiasan-hiasan lain agar lebih menarik. Dengan pemandangan keindahan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dengan jelas apabila berada di restoran ini, menjadikannya lebih menarik untuk pengunjung datang ke sini menjamu selera sambil melihat keindahan alam semulajadi. Restoran ini pada awalnya lebih dikenali dengan nama Restoran Bas Biru sebab kebanyakkan bas yang dijadikan restoran di sini ialah berwarna biru.


Walaupun restoran ini di dalam bas tetapi terdapat banyak menu yang menjadi pilihan para tetamu atau pengunjung yang datang ke sini sama ada menu untuk makan tengah hari atau pun pada waktu petang dan harga yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan. Bagi mereka yang dalam perjalanan jauh dari seperti dari Sandakan atau Tawau menuju ke Kota Kinabalu bolehlah meluangkan masa singgah di restoran ini untuk menjamu selera sambil hilangkan penat memandu sebelum meneruskan perjalanan anda semula, lagi pun lokasinya ditepi jalan sahaja jadi mudah untuk singgah. Tetapi bagi orang atau penduduk yang berasal dari daerah Sandakan tentunya rugi kalau tidak singgah sebentar di sini sebab bas ini adalah Bas Labuk yang pernah digunakan di Sandakan lebih kurang 30 tahun dahulu, jadi kalau rindu kenangan indah semasa naik bas labuk di Sandakan bolehlah singgah di restoran ini menjamu selera sambil sambil mengimbau kembali kenangan anda menggunakan perkhidmatan bas labuk ini ketika di Sandakan.  

Ada juga beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan BW Bus Restaurant untuk pengunjung yang datang agar dapat pastikan pengunjung merasa puas hati dan selesa sepanjang berada di tempat ini menjamu selera dan antara kemudahan yang ada ialah meja makan,kawasan khas untuk bergambar, tandas awam dan tempat letak kereta. Dengan adanya kemudahan yang disediakan ini maka ianya diharap dapat memudahkan lagi pengunjung apabila datang ke sini untuk menjamu selera sambil mengambil gambar kenangan dengan pemandangan yang menarik.

Untuk ke sini anda boleh memilih untuk menaiki bas atau memandu kereta sendiri, tapi rasanya lebih baik jika ada kereta sendiri sebab ianya akan lebih memudahkan anda melakukan perjalanan ke sini ikut masa anda sendiri. Kalau naik bas terpaksa tunggu masa dan penumpang lain untuk penuh bas tesebut jadi mungkin masa anda akan terbuang dengan lama. 

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 9 malam

Bayaran masuk :
Makan di sini

Status :
Halal

Jika anda ada sebarang pertanyaan ataupun ingin maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan BW Bus Restaurant seperti alamat di bawah :

Alamat : 
BW Bus Restaurant
Batu 7, Kg. Pinausok, 
88300, Kundasang, Ranau,
Sabah, Malaysia
Telefon : 012-783 6879
Website : facebook.com/BWBusRestaurant/

Ulasan