Celyn Resort Kinabalu merupakan salah satu resort menarik di Sabah yang bertaraf 3 bintang dan resort ini terletak di dalam daerah Kundasang iaitu lebih kurang 8 km dari Pekan Kundasang, tapi kalau anda daripada Kota Kinabalu pula jaraknya lebih kurang 96 km.
CELYN RESORT KINABALU
Celyn Resort Kinabalu merupakan salah satu daripada resort yang terletak di daerah Kundasang Sabah, dan resort ini sangat terkenal bagi penduduk negeri ini kerana lokasinya yang begitu menarik serta ia juga mempunyai suhu antara 15°c hingga 32°c dalam cuaca biasa, tapi kalau musim hujan atau waktu subuh biasanya memang agak sejuk tempat ni kerana ia berada di atas tanah tinggi. Resort ni terletak di dalam kawasan Kampung Semuruh, Jalan Semuruh Kinoundusan, Kundasang Ranau iaitu lebih kurang 8 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Kundasang. Kalau dari Kota Kinabalu pula jaraknya lebih kurang 96 km atau kira-kira 2 jam perjalanan, tapi jika dari Ranau dalam 15 km atau lebih kurang 25 minit perjalanan. Di resort ni terdapat 53 bilik yang telah disediakan untuk para tetamu yang ingin datang ke sini untuk menginap dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang menarik ketika musim cuti sekolah atau ketika hujung minggu bersama keluarga. Dengan pemandangan alam semulajadi seperti bukit bukau dan Gunung Kinabalu, ianya menjadikan resort ini selalu menjadi tempat pilihan orang ramai untuk bercuti atau untuk membuat majlis dan acara tertentu.
Resort ni walaupun berada di tempat kawasan tanah tinggi tetapi tedapat juga banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan kepada para pengunujung atau tetamu yang datang ke resort ini tidak kira anda datang untuk lawatan dalam sehari atau menginap di penginapan yang telah disediakan. Antara kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan ialah penginapan jenis chalet yang disusun dan dihias dengan bentuk dan ciri yang berlainan antara satu sama lain dan pemandangan dari penginapan seperti di balkoni pun sangat menarik. Selain itu tempat letak kereta juga ada disediakan di sini dan boleh letak kereta anda di depan penginapan, jadi anda tidak perlu risau lagi. Kemudahan lain adalah terdapat juga restoran yang disediakan di sini untuk anda menjadi selera sama ada sarapan atau makan siang dan makan malam dengan pelbagai jenis menu makanan yang menarik. Tapi sekiranya anda mahu masak sendiri seperti buat BBQ pun boleh sebab di sini ada juga disediakan kemudahan tempat dan peralatan untuk anda memasak BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan sambil duduk bercerita yang sudah pasti akan menambahkan keseronokan percutian anda ke sini, tapi pastikan barangan makanan basah untuk di masak tu anda sudah sediakan atau beli awal-awal.
Di sini anda juga boleh dapatkan perkhidmatan untuk penghantaran makanan terus ke bilik anda, jadi anda boleh menjamu selera di bilik saja jika malas untuk berjalan keluar pergi ke restoran. Seterusnya untuk perkhidmatan atau kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah kemudahan dewan dan bilik yang boleh anda sewa sekiranya ingin melakukan acara majlis atau majlis tertentu seperti majlis kahwin, majlis harijadi, majlis konvensyen, membuat persidangan, membuat mesyuarat dan lain-lain lagi. Dewan dan bilik ni biasanya dianggarkan dapat menampung sehingga 100 lebih orang dalam satu-satu masa, contohnya untuk bilik persidangan atau teater yang dianggarkan dapat menampung sehingga 250 orang, bilik seminar yang disusun seperti bilik darjah yang boleh menampung kira-kira 90 orang, bilik mesyuarat dengan meja berbentuk U dapat memuatkan sehingga 70 orang dalam satu-satu masa. Terdapat juga bilik-bilik lain yang disediakan sekiranya anda ingin sewa untuk digunakan untuk jamuan yang berskala kecil. Bilik-bilik dan dewan ni juga dilengkapi dengan beberapa peralatan untuk lebih memudahkan anda membuat acara atau majlis itu nanti, antara kelengkapan peralatan adalah seperti projektor, mikrofon, slider, rostrum, audio-visual dan lain-lain lagi.
Bagi yang datang ke sini untuk membuat majlis perkahwinan, contohnya bagi mereka yang datang dari luar daerah Kundasang, anda boleh juga menyewa bilik dan meminta pihak pengurusan di sini untuk menghiaskan bilik pengantin mengikut apa yang anda inginkan. Apa pun jika anda merancang sebarang acara atau majlis sebaiknya anda membuat tempahan awal agar pihak resort dapat memastikan ada kekosongan tempat untuk anda pada tarikh yang dipilih sekaligus dapat menyiapkan segala persiapan untuk majlis anda tu nanti dalam tempoh yang ditetapkan dengan lebih mudah. Untuk kemudahan di bilik anda kena pastikan bilik yang betul-betul ingin disewa sebab di sini ada bilik yang dilarang untuk merokok dan ada juga bilik boleh, jadi anda perlulah bertanya kepada pihak resort ketika mendaftar masuk ke sini terutamanya bagi mereka yang merokok. Secara ringkasnya di sini saya senaraikan sikit antara kemudahan yang ada di resort ni iaitu seperti :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan
02. Dewan majlis
03. Bilik mesyuarat
04. Tempat letak kereta
05. Wifi kawasan awam
06. Wifi setiap bilik
07. Pengawal keselamatan 24 jam
08. Kaunter pendaftaran 24 jam
09. Perkhidmatan dobi
10. Restoran
11. Kemudahan BBQ
12. Peralatan buat kopi di bilik
Di atas tadi ni sebahagian saja kemudahan dan perkhidmatan, tapi sebenarnya banyak yang telah pun disediakan atau ditawarkan di sini dan untuk lihat senarai yang lain tu anda bolehlah lawat laman Celyn Resort Kinabalu. Bila anda datang bercuti di resort ni pastikan jangan lepaskan peluang untuk lakukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya seperti bergambar dengan pemandangan alam semulajadi yang menghijau dan bukit bukau serta Gunung Kinabalu. Selain itu anda juga boleh buat aktiviti di kawasan permainan yang telah disediakan oleh pihak resort khususnya buat mereka yang ada datang bersama keluarga. Tetapi yang menarik adalah aktiviti melawat tempat menarik lain yang berada tidak jauh dari resort ini, dan anda boleh pergi melawat dengan kereta sendiri atau boleh bertanya pihak pengurusan hotel untuk mengatur perjalanan lawatan anda ke beberapa tempat menarik yang anda inginkan, tetapi mungkin akan ada bayaran untuk perjalanan ni tapi tidaklah terlalu mahal. Antara tempat menarik yang ada berhampiran dengan Celyn Resort Kinabalu ni adalah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Desa Dairy Farm
02. Kundasang War Memorial
03. Kolam Air Panas Poring
04. Taman Negara Kinabalu
05. Selfie Corner Kundasang
06. Ladang Teh Sabah
07. Pekan Nabalu
08. BW Bus Restaurant
09. ATV Borneo Adventure
10. Kelab Golf Gunung Kinabalu
11. Pasar Sayur Kundasang
12. Bukit Maragang
13. Bukit Sosodikon
Sekiranya anda mahu ke sini dan datang dari luar daerah Ranau dan Kundasang bolehlah menaiki kereta sendiri kerana untuk ke sini memang digalakkan untuk memandu kereta sendiri, tetapi jika tidak ada kereta sendiri boleh naik bas express, contohnya kalau dari Kota Kinabalu boleh naik bas yang menuju ke Ranau atau ke daerah lain seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan sebagainya, tapi pastikan beritahu pemandu bas untuk turunkan anda di Pekan Kundasang, kemudian anda di sini anda boleh sewa perhidmatan e-hailing untuk menghantar anda ke resort ini. Begitu juga kalau anda datang daripada daerah Pantai Timur Sabah pastikan naik bas express yang menuju ke Kundasang atau Kota Kinabalu.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Celyn Resort Kinabalu di alamat seperti di bawah ini.
Celyn Resort Kinabalu
Kampung Semuruh,
Jalan Semuruh Kinoundusan,
89307, Kundasang, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 527 800
Telefon : +6013 555 5308
Email : reservation@celyns.com
Website : Celyn Resort Kinabalu
Telefon : +6013 555 5308
Email : reservation@celyns.com
Website : Celyn Resort Kinabalu
Ulasan
Catat Ulasan