Chanang Hill (Bukit Chanang) merupakan salah satu tempat menarik
di Sabah untuk semua orang yang berminat dengan aktiviti mendaki tidak kira tua atau muda dan darimana pun anda sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara, jika berminat boleh sahaja datang mendaki ke bukit ini untuk tenang tenangkan fikiran sambil melihat pemandangan alam semulajadi yang begitu indah dan terbentang luas. Bukit ini terletak di dalam daerah Keningau iaitu lebih kurang 16 km atau kira-kira 23 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, Sabah.
Chanang Hill (Bukit Chanang) merupakan merupakan salah satu tempat menarik di
Keningau yang boleh dikunjungi oleh orang ramai khususnya kepada mereka yang
berminat dengan aktiviti mendaki sambil menikmati keindahan pemandangan yang cukup indah. Mungkin belum ramai lagi yang tahu akan adanya tempat pendakian ini jadi tidak terlalu ramai orang yang datang ke sini kecuali penduduk tempatan sahaja terutamanya mereka yang tinggal sekitar daerah Keningau dan kawasan berhampiran, Walaupun di sini tidak menyajikan pemandangan gunung ganang tetapi dengan adanya satu keindahan pemandangan alam semulajadi yang terbentang luas ianya sudah pasti sangat berbaloi kepada anda yang mendaki ke bukit ini, lagi pun tempat ini dihiasi dengan cantik, kemas dan bersih yang memberi peluang kepada anda berehat di puncak ini dengan dan dapat mengambil gambar dengan begitu cantik sekali. Lagi pun yuran masuk ke sini adalah murah dan guide pun ada diberikan dan tidak perlu dibayar, jadi anda tidak perlu risau apabila membuat pendakian. Oleh itu kalau anda ada masa lapang bolehlah datang mendaki ke bukit ini yang terletak dalam daerah Keningau iaitu lebih kurang 16 km atau kira-kira 23 minit perjalanan dari Bandar Keningau dan lebih kurang 129 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan jika dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Datang ramai-ramai adalah lebih seronok sebab ada juga kawan bercerita ketika mendaki, anda boleh datang bersama keluarga mahupun rakan tidak kira anda adalah penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara. Apa pun sebelum datang ke tempat ini adalah baik jika anda menghubungi pihak pengurusan bukit ini terlebih dahulu untuk memastikan bukit ini buka pada tarikh dan masa yang anda bercadang untuk datang, ini adalah agar ianya dapat memudahkan segala urusan pergi dan balik anda terutama sekali yang mungkin datang jauh luar daripada daerah Keningau.
Ketinggian Bukit Chanang ini adalah kira-kira 718 meter atau 2354 kaki dari paras laut, jadi tidaklah juga terlalu tinggi dan terdapat 3 laluan yang boleh anda lalui untuk mendaki ke puncak bukit iaitu Laluan A yang melalui kawasan hutan dengan jarak laluan sejauh 4 km, Laluan B juga adalah laluan yang melalui kawasan hutan dengan jarak laluan sekitar 3.5 km, dan yang terakhir ialah Laluan C iaitu leluan yang melalui jalanan dan jarak laluan c ni cuma 3 km sahaja. Mungkin anda yang suka sedikit caraban tu bolehlah ikut laluann A dan B, apa pun terpulanglah pada anda mahu ikut laluan yang mana satu, sebab semua laluan tidaklah terlalu sukar dan boleh dikatakan santai-santai sahaja laluannya. Di sini juga sebenarnya boleh anda berkhemah, tapi haruslah bawa khemah sendiri dari rumah dan tidak pasti kalau boleh bermalam, atau cuma berkhemah waktu siang sahaja, jadi anda boleh hubungi pihak Bukit Chanang ni terleih dahulu untuk memberitahu tujuan anda agar mereka boleh tahu lebih awal dan mungkin dapat mempersiapkan apa-apa yang dirasakan perlu. Tapi biasanya orang ke sini adalah untuk mendaki sekejap sahaja lepas itu balik, dan disarankan kalau mahu ke sini datanglah pada waktu yang sesuai iaitu ketika matahari terbit atau matahari terbenam sebab pada masa itu pemandangannya adalah lebih menarik, kalau mau lihat matahari terbit boleh mula buat pendakian seawal 5 pagi dan kalau mahu lihat matahari terbenam boleh mula mendaki jam 4.30 petang macam tu terpulang pada masa pendakian anda sendiri, kalau anda jenis yang perlahan berjalan mungkin boleh datang lebih awal lagi. Tapi jangan datang waktu tengahari sebab kalau cuaca cerah sudah tentu ianya panas lebih-lebih lagi tempatnya di atas bukit. Jadi pandai-pandailah anda atur masa yang sesuai untuk mendaki sama ada ingin melihat matahari terbit atau pun terbenam, yang penting sentiasa berhati-hati ketika mendaki terutamanya jika mendaki seawal jam 5 pagi untuk melihat matahari terbit sebab waktu itu masih gelap lagi.
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan kepada orang ramai yang datang mendaki ke bukit ini, antaranya adalah seperti tempat letak kereta yang banyak dan tempat letak kereta ni adalah percuma jadi anda tidak perlu risau soal ini. Selain itu terdapat juga kemudahan tandas yang disediakan yang mana terdapat 2 buah tandas yang tersedia iaitu satu berhampiran dengan kaunter bayaran masuk dan satu lagi sekitar 400 meter sebelum sampai ke puncak, tapi kalau mahu guna tandas sebaiknya guna yang dekat kaunter sebelum membuat pendakian agar pendakian anda nanti berjalan lebih lancar. Lain daripada itu terdapat juga kemudahan guide terutamanya bagi mereka yang mungkin datang dari jauh dan guide ni pula adalah percuma jadi memang berbaloi. Di puncak bukit terdapat beberapa kemudahan iaitu seperti platform untuk anda naik dan bergambar atau mengambil gambar, ada juga tanda love yang dibina di atas bukit ini untuk mencantikkan lagi susana anda bergambar di atas Bukit Chanang. Kalau boleh jangan rosakkan kemudahan yang disediakan di atas puncak bukit ni agar ianya sentiasa kelihatan cantik untuk membolehkan orang lain menggunakan pada masa akan datang. Memang tidak banyak kemudahan yang tersedia sebab di sini orang ramai lebih kepada aktiviti mendaki sahaja, lepas mendaki mereka terus balik, jadi kemudahan yang ada disediakan ini pun sudah cukup untuk para pendaki atau pengunjung yang datang. Untuk lebih memudahkan anda melakukan aktiviti mendaki, maka perlulah menyiapkan beberapa barangan keperluan untuk di pakai atau di bawa apabila bercadang untuk ke sini sebab tempat ini walaupun tidak jauh dari bandar tetapi untuk menjimatkan masa adalah lebih baik siap barangan tersebut lebih awal agar tidak perlu lagi pergi mencari dan membelinya yang mungkin akan menyebabkan singkatnya masa anda berada di bukit ini berehat dan mengambil gambar-gambar yang menarik untuk dijadikan kenangan.
Sekiranya anda bercadang untuk datang mendaki ke Bukit Chanang ni, pastikan pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki agar mudah untuk membuat pendakian, kalau ikut laluan A dan B adalah baik jika pakai baju lengan panjang sebab ia laluan hutan jadi mungkin ada nyamuk yang akan gigit anda, untuk mendaki ke bukit ni sebaiknya juga pakai seluar panjang dan pakai kasut, kalau boleh jangan pakai selipar sebab susah mendaki dengan selipar lebih-lebih lagi jika laluan berhutan. Boleh pakai topi agar dapat mengelak daripada panas matahari dan kalau waktu itu keadaan mendung pastikan bawa baju hujan agar tidak terlalu basah apabila hujan turun. Pakai sarung dan stoking jika perlu terutamanya jika anda bercadang mendaki melalui laluan A dan B tersebut, kalau laluan C ianya lebih mudah jadi tidak pakai pun tidak jadi masalah. Bagi barangan yang perlu di bawa pula adalah air minum sebab walaupun bukit ini tidak terlalu tinggi tapi untuk tidak merasa terlalu penat atau haus ketika mendaki pastikan anda membawa air minuman dari rumah, tidak perlu banyak pun cukup macam sebesar botol mineral 1.5 liter atau paling kurang pun botol yang boleh isi 1 liter. Barang keperluan lain yang boleh anda bawa ialah tongkat kayu untuk lebih membantu anda bergerak ketika mendaki ke atas bukit, tongkat ni pilihan sahaja tapi ianya sangat berguna juga sebab ketika mendaki kaki mungkin akan cepat merasa lenguh jadi dengan adanya tongkat tersebut dapatlah ianya membantu anda meneruskan perjalanan dengan lebih mudah. Anda juga boleh membawa makanan ringan untuk dimakan sebelum memulakan pendakian ataupun semasa berada di atas puncak bukit, tapi pastikan anda tidak membuang sisa makanan atau plastik makanan tersebut merata tempat sama ada di bawah mahupun di atas bukit. Untuk lebih ringkasnya dibawah ini adalah antara senarai barang keperluan yang mungkin boleh anda bawa mendaki nanti
Barang perlu pakai/bawa :
01. Pakaian Sesuai
02. Baju Lengan Panjang
03. Seluar Panjang
04. Stoking
05. Kasut
06. Baju Hujan
07. Makanan
08. Minuman
09. Lampu Suluh
10. Sarung Tangan
11. Kamera/video kamera
12. Duit poket
13. Powerbank
14. Peti kecemasan
15. Tali (jika perlu)
16. Tisu Lap Keringat
17. Duit Poket
18. Kompas
19. Berdoa
Kalau mahu ke sini adalah sangat digalakkan untuk anda memandu kereta sendiri sebab ia akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik dari tempat ini, tempat letak kereta pun ada juga di sini jadi tidak perlu risau, lagi pun kalau ada kereta sendiri mungkin boleh pergi melawat tempat menarik yang lain di sekitar Keningau sebelum atau selepas dari mendaki Bukit Chanang ini.
Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00 seorang
Kanak-kanak : Percuma (9 tahun ke bawah)
Pelajar : RM3.00 Seorang (10 - 23 tahun)
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pun sebarang pertanyaan bolehlah menghungi pihak pengurusan Chanang Hill ini di alamat seperti di bawah :
Hubungi :
Chanang Hill
Kg Penindukan Agudon,
Bandukan Lama, Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 1418 1822
Web Fb : Chanang Hill
Kg Penindukan Agudon,
Bandukan Lama, Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 1418 1822
Web Fb : Chanang Hill
Ulasan
Catat Ulasan