Langkau ke kandungan utama

Chanteek Borneo Gallery

Chanteek Borneo Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Muzium ini terletak dalam daerah Tamparuli, iaitu lebih kurang 4 km dari Pekan Tamparuli, Sabah.

CHANTEEK BORNEO GALLERY

Kredit Gambar : xploresabah

Chanteek Borneo Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Tamparuli yang mana tempat ini adalah sebuah muzium khas untuk pakaian tradisional suku kaum atau etnik Negeri Sabah yang terletak daerah Tamparuli iaitu lebih kurang 4 km atau kira-kira 5 sahaja minit perjalanan dari Pekan Tamparuli dan lebih kurang 32 km atau kira-kira 37 minit sahaja perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Yang lebih menarik muzium ini juga adalah muzium miniatur pakaian tradisional pertama di bina di Malaysia dan telah dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records. Tempat ini sangat sesuai kepada mereka yang teringin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebudayaan masyarakat Sabah tidak kira sama ada penduduk tempatan sendiri ataupun pelancong dari dalam dan luar negara.

Di sini terdapat lebih kurang 300 pakaian tradisional dari seluruh negeri di Malaysia yang dipamerkan dan daripada jumlah tersebut kebanyakkannya adalah dari Negeri Sabah. Pakaian tradisional yang ada di sini ada yang masih dapat dilihat dimana-mana tempat dan ada juga yang mungkin sukar sudah untuk dilihat kerana hampir pupus atau tidak diteruskan kerana arus kemajuan dan kemodenan pada masa kini namun anda dapat melihatnya dengan jelas bila datang ke muzium ini. Tujuan muzium galeri ini dibina adalah agar generasi akan datang dapat melihat sejarah asal usul mereka dan budaya tradisi termasuklah pakaian tradisional di Sabah, jadi bagi mereka yang datang ke sini sudah pasti akan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan masyarakat di Negeri Sabah.


Selain itu, Chanteek Borneo Gallery juga merupakan syarikat tempatan pertama yang menghasilkan kain yang bercorak etnik kontemporari dan juga kain ela yang menampilkan corak pakaian dari etnik yang ada di Sabah. Syarikat ini sebenarnya telah dibuka sejak lebih 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2011 lagi yang mana pada masa itu lebih syarikat ini lebih kepada produk aksesori hiasan rambut yang berkonsepkan hasil kraftangan tempatan. Kemudian pada tahun 2012 Chanteek Borneo Gallery telah mula menghasilkan patung seperti barbie yang mana patung-patung ini akan dipakaikan dengan pakaian tradisi etnik penduduk Sabah. Jadi jika anda datang ke sini anda boleh lihat patung-patung ini untuk melihat pelbagai jenis pakaian tradisional yang ada di negeri ini.   

Terdapat juga beberapa perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak Chanteek Borneo Gallery untuk pengunjung yang datang atau pun kepada pengusaha-pengusaha kain atau fesyen yang ada di negeri ini, dan antara khidmat yang ada ditawarkan di sini ialah menjual kain yang memaparkan corak kehidupan masyarakat Sabah dengan jenama Kain Chanteek yang merupakan produk utama di syarikat ini. Selain itu perkhidmatan lain ialah khidmat membuat rekaan dan cetakan kain yang mana menggunakan peralatan digital kepada para pengusaha kain atau pengusaha fesyen pakaian di seluruh negeri ini. Jadi mana-mana pengusaha yang mahu mendapatkan khidmat yang ditawarkan ini, bolehlah terus datang ke tempat ini atau menghubungi pengurusan di sini.

Bagi pengunjung yang datang, di sini adalah disediakan beberapa kemudahan iaitu seperti tempat untuk letek kereta yang mana akan memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan mereka bila ke sini. Kemuahan lain tempat galeri yang memaparkan galeri Kain Chanteek seperti cetakan yang dibuat, bentuk-bentuk pakaian tradisional etnik di Sabah dan bermacam-macam lagi. Tempat khas untuk ambil gambar juga turut disediakan di sini sebab biasanya orang ramai pasti suka untuk mengambil gambar bila datang ke suatu tempat dan kalau mahu lebih menarik boleh sewa pakaian tradisional Sabah di sini untuk bergambar. Selain itu kemudahan papan maklumat juga ada diletakkan di setiap tempat galeri bagi menerangkan tentang maklumat mengenai galeri tersebut sebagai rujukan atau panduan kepada para pengunjung.

Kalau mahu ke sini boleh naik bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Tamparuli, kemudian bila sudah sampai bolehlah sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing untuk menuju terus ke tempat ini. Tapi lebih di sarankan untuk memandu kereta sendiri sebab bolehlah sekali pergi melawat jambatan gantung dan juga pasar tamu di daerah ini.

Waktu operasi :
Isnin - Sabtu : 8 pagi - 5 petang
Ahad & Cuti umum : Tutup

Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM10.00
Warganegara kanak-kanak : RM5.00
Warga asing dewasa : RM15.00
Warga asing kanak-kanak : RM10.00

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan atau apa-apa juga maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Chanteek Borneo Gallery :

Alamat : 
Chanteek Borneo Sdn Bhd,
Jalan Telibong-Tamparuli,
89200 Tamparuli,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 011-1606 0180
Website : facebook.com/Chanteek.Borneo/

Ulasan