Columnar Basalt Balung Cocos merupakan salah satu tempat menarik
di Sabah yang sangat sesuai untuk dikunjungi orang ramai yang tinggal di daerah Tawau dan juga mereka yang berkesempatan datang bercuti ke daerah ini tidak kira penduduk tempatan negeri Sabah mahupun pelancong dari dalam dan luar negara. Tempat ini merupakan kawasan yang mana terdapatanya 'Batu Bersusun' yang terhasil secara semulajadi akibat daripada letusan gunung berapi yang mengeluarkan lava, kemudian mengalir dan menyejuk seterusnya membentuk Columnar Basalt yang kelihatan seperti disusun oleh manusia. Tempat ini terletak di Balung Cocos Tawau iaitu lebih kurang 39 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau.
COLUMNAR BASALT

Kredit gambar : Izzati Nadhira
Kredit gambar : Izzati
Nadhira

Kredit gambar : Izzati Nadhira

Columnar Basalt Balung Cocos merupakan satu tempat menarik
di Tawau yang boleh dikunjungi oleh orang ramai tidak kira tua atau muda dan sama ada penduduk tempatan di daerah ini atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke Tawau, tapi kalau mereka yang tinggal di daerah ini memang sangat patut datang berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keunikan Columnar Basalt yang terdapat di tempat ini. Batu Bersusun yang ada di sini terhasil secara semulajadi namun anda akan lihat ianya seperti disusun sendiri oleh manusia sebab semua batu tersebut kelihatan tersusun dengan begitu rapi sepanjang lebih kurang 100 meter sepanjang tebing Sungai Balung di Kampung Balung Cocos. Tempat ini terletak di dalam daerah Tawau iaitu lebih kurang 39 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau, kalau dari Lapangan Terbang Tawau pula jaraknya adalah sekitar 15 km sahaja iaitu memakan masa lebih kurang 17 minit untuk sampai ke tempat ini. Columnar Basalt Balung Cocos ni disebut juga dengan nama Batu Bersusun atau Giram Nek Legek oleh orang yang tinggal di Kampung Balung Cocos dan batuan yang bersusun ini adalah satu-satunya Columnar Basalt yang terdapat di negara ini, jadi kalau anda datang bercuti ke Tawau bolehlah luangkan masa ke sini walaupun sekejap untuk melihat sendiri keajaiban dan keunikan Batu Bersusun ini. Boleh datang beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan dengan menaiki kenderaan sebab tempat ini mudah saja diakses walaupun naik kereta kecil, jalan masuk ke dalam mungkin tidak berapa bagus jadi harus pandu perlahan-lahan kalau naik kereta kecil tapi tidak lama mungkin dalam 10 minit macam tu sahaja. Tempat ini sebenarnya telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negara sejak tahun 2016 lagi, namun mungkin lokasinya yang jauh menyebabkan kurangnya orang datang ke sini khususnya penduduk dari luar daerah Tawau.
Dikatakan bahawa Batu Bersusun Columnar Basalt yang ada di Balung Cocos terbentuk hasil daripada letusan Gunung Berapi Maria yang pada masa itu masih aktif kira-kira 27000 tahun lalu yang mana aliran lava yang mengalir pada masa itu telah mengalami penyejukan yang cepat kemudian mengalami penguncupan dan seterusnya menjadikannya berbentuk seperti heksagon. Kini Gunung Maria tidak lagi aktif dan menjadi tempat orang ramai melakukan aktiviti mendaki. Sekarang ini makin ramai yang tahu akan adanya tempat menarik ini dan boleh dikatakan ada juga dari luar daerah yang datang ke sini agar dapat melihat sendiri Batu Bersusun yang ada di sini. Belum banyak kemudahan yang terdapat di sini sebab ia adalah milik persendirian iaitu Encik Muhammad jadi mungkin akan memakan masa sedikit untuk menambah kemudahan yang tersedia. Antara kemudahan yang ada disediakan oleh pemilik ialah tempat letak kereta yang percuma serta luas dan tempat letak kereta tersebut adalah berhampiran sahaja dengan rumah pemilik tempat ini jadi anda tidak perlu risau. Selain itu di sini juga ada disediakan bilik persalinan dan juga tandas agar dapat memudahkan para pengunjung untuk menukarkan pakaian jika bercadang untuk mandi kolam air terjuk yang terletak berhampiran dengan tempat ini. Cuma pastikan jangan membuang sampah di dalam tandas dan bilik persalinan terutama sekali ke dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkannya tersumbat sekaligus menyukarkan anda atau orang lain untuk guna tandas tersebut, pastikan juga jangan buang sampah di kawasan Batuan Columnar Basalt dan sungai serta kolam air terjun tersebut. Di sini ada beberapa kemudahan tong sampah yang disediakan jadi anda perlulah bertanggungjawab dengan membuang sampah anda ke dalam tong sampah, ini adalah agar tempat ini sentiasa terjaga kebersihannya serta kelihatan cantik seterusnya mampu untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke sini pada masa hadapan.
Untuk turun ke kawasan sungai dan Batu Bersusun tersebut terdapat juga tangga konkrit sepanjang 100 meter yang dibina di sini agar dapat lebih memudahkan orang ramai berjalan turun ke kawasan Batu Bersusun Columnar Basalt tanpa perlu merasa risau. Selain tangga terdapat juga laluan jalan kaki yang jenis konkrit dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan dari tempat letak kereta ke tangga tadi dan seterusnya ke kawasan Batu bersusun. Dengan adanya laluan berjalan kaki dan tangga ini maka orang ramai tidak perlu risau bila datang ke sini walaupun pada ketika itu hujan baru berhenti sebab tidak lagi berjalan di tanah yang berlumpur. Kemudahan lain yang ada ialah pondok rehat untuk para pengunjung berlindung sekiranya pada waktu tersebut hujan atau pun panas, pondok ada yang terletak di bawah dan ada yang terletak di atas bukit, kalau mahu melihat kawasan sekeliling tempat ini dengan lebih jelas lagi bolehlah ke pondok di bahagian atas tersebut tetapi tidak boleh terlalu ramai orang naik ke pondok tersebut dalam satu-satu masa. Seperti biasa kalau berehat di pondok-pondok tersebut jangan rosakkan atau menconteng kemudahan tersebut supaya boleh digunakan oleh pengunjung lain yang datang ke sini pada masa akan datang. Untuk makluman anda di sini tidak ada disediakan kemudahan kedai runcit dan restoran atau gerai makan, oleh itu sekiranya anda bercadang datang ke sini sebaiknya bawa makanan dan minuman sendiri jadi tidak perlu lagi risau bila terasa lapar atau dahaga sebab kalau anda berjalan di kawasan Batu Bersusun tersebut tidak ada pokok atau pondok untuk anda berteduh kecuali 2 pondok yang disebutkan di atas tadi. Anda boleh menjamu selera di pondok yang disediakan di sini atau boleh juga di mana yang anda pilih sekitar kawasan ini, tetapi pastikan setiap sisa makanan atau sampah yang anda bawa itu buanglah ke dalam tong sampah yang disediakan.
Sebaiknya anda mempersiapkan beberapa keperluan bila bercadang datang ke tempat ini, contohnya apa pakaian yang perlu anda pakai atau apakah barang yang perlu dibawa mengikut keperluan anda sendiri agar lebih memudahkan sepanjang berada di sini sama ada sekadar jalan bersiar-siar, berkelah atau pun mungkin anda juga mahu mandi di kolam air terjun yang ada di sini. Senarai di bawah ni cuma cadangan sahaja, terpulanglah pada anda mahu bawa atau tidak mungkin juga anda ada senarai sendiri yang mahu di bawa :
Barang di bawa :
01. Pakaian sesuai
02. Pakaian lebih
03. Makanan
04. Minuman
05. Pakai topi
06. Bawa payung
07. Tikar duduk
08. Ubat peribadi
09. Peralatan mandi
10. Kamera
11. Video Kamera
12. Powerbank
13. Cermin mata gelap
14. Sunscreen
15. Baju hujan
Di sini tidak banyak aktiviti yang boleh anda buat, biasanya orang ke sini adalah untuk melihat sendiri keunikan, kecantikan dan keajaiban Batu Bersusun Columnar Basalt yang ada di sini, selain daripada tu tidak ada lain kecuali kepada mereka yang mungkin mahu mandi di kolam air terjun jika airnya tidak dalam iaitu ketika kemarau yang mana biasanya kedalaman air pada ketika itu adalah sekitar 4 kaki hingga 10 kaki sahaja dan ada juga kawasan yang dalamnya sehingga 20 kaki dan airnya sungai juga lebih jernih. Kebanyakkan yang mandi di kolam air terjun adalah dari kalangan penduduk tempatan khususnya mereka yang tinggal di kampung ini dan kawasan berhampiran serta penduduk daerah ini sendiri. Kalau yang datang dari jauh memang jarang mandi di sini mungkin sebab ingin meneruskan lagi perjalanan mereka yang jauh, di sini tidak digalakkan mandi sekiranya ketika itu musim hujan yang mana ketika musim hujan air sungai tersebut akan lebih dalam dan keruh serta aliran sungai juga lebih laju atau deras tidak sesuai untuk melakukan aktiviti mandi. Aktiviti lain ialah melihat pemandangan dan mengambil gambar Batu Bersusun tersebut untuk dijadikan kenangan percutian anda di sini, boleh juga dikongsikan kepada rakan-rakan anda di media sosial agar dapat menarik minat mereka untuk ke tempat ini pada masa akan datang. Apa pun aktiviti yang anda buat di sini pastikan utama keselamatan terlebih dahulu terutamanya ketika mandi di kolam air terjun atau ketika berjalan di atas Batu Bersusun tersebut, sebab keadaann air sungai ni kita tidak boleh jangka kadang airnya boleh jadi tinggi dan juga kadang arusnya boleh menjadi lebih laju, Batu Bersusun tersebut juga mungkin berada dalam keadaan licin jadi sentiasalah berhati-hati ketika berjalan di atasnya. Keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri maka sentiasalah berhati-hati tidak kira apa juga aktiviti yang anda buat di sini, jika anda ada bawa anak ke sini jangan biarkan mereka bermain sendirian di kawasan ini.
Untuk ke sini sangatlah disarankan untuk memandu kereta sendiri ke sini sebab boleh membawa barang makanan, minuman serta barangan keperluan lain, lagi pun kalau ada kereta sendiri lebih mudah untuk anda pergi dan balik dari tempat ini dan boleh juga melawat tempat lain di sekitar daerah Tawau yang juga mempunyai banyak tempat menarik.
Bayaran masuk :
RM6.00 : Dewasa
RM3.00 : Kanak-kanak
Tempat letak kereta :
Percuma
RM3.00 : Kanak-kanak
Tempat letak kereta :
Percuma

Ulasan
Catat Ulasan