Culvert View merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat menarik ini terletak di daerah Kundasang, Sabah iaitu lebih kurang 1.7 km dari Pekan Kundasang, Ranau.
CULVERT VIEW
Oleh kerana penginapan di sini tidak lah terlalu banyak, jadi kalau anda mahu ke sini untuk bermalam sebaiknya anda membuat tempahan awal terlebih dahulu, jadi bolehlah pihak pengurusan Culvert View di sini memeriksa sekiranya ada kekosongan penginapan. Penginapan di sini bukan seperti hotel, oleh itu jika anda bercadang menginap di sini jangan pula ingat ini adalah hotel, tetapi jangan risau sebab di penginapan ini semua lengkap jadi anda memang akan merasa selesa bila menginap di sini. Terdapat berberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila ke sini sama ada menginap atau untuk lawatan sehari saja dan antara aktiviti yang boleh anda buat ialah memasang unggun api,memasak bbq, steamboat dan melihat haiwan seperti arnab dan kura-kura.
Alamat :
Culvert View merupakan salah satu tempat menarik di Kundasang, Ranau dan tempat ini menyediakan kawasan khas untuk bergambar dengan landskap yang cantik dan juga sekali dengan penginapan bagi yang ingin bermalam. Culvert View terletak tidak jauh dari Pekan Kundasang iaitu lebih kurang 1.7 km atau kira-kira 6 minit sahaja perjalanan menaiki kenderaan dari dan lebih kurang 95 km atau kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Tempat ini merupakan salah sebuah tempat penginapan dan tempat bergambar yang menarik di kawasan lereng bukit dengan pemandangan menghadap ke arah Gunung Kinabalu. Bagi yang ingin datang bercuti ke Kundasang, atau Ranau bersama keluarga atau pun rakan-rakan bolehlah untuk mencuba penginapan di sini yang mempunyai landskap sungguh menarik.
Lokasinya yang berada di tidak jauh dari Pekan Kundasang juga akan dapat menarik lebih ramai orang atau pengunjung untuk datang ke sini dan walaupun tempat ini adalah penginapan tetapi terdapat juga kawasan yang disediakan untuk mereka yang hanya mahu masuk ke tempat ini untuk bergambar. Tempat bergambar di sini selalu menjadi tempat pilihan penduduk negeri ini terutamanya jika datang dari luar daerah ini yang selalu singgah sebentar ke sini semata-mata untuk bergambar kenangan. Tapi kalau menginap di sini pun memang menarik sebab penginapan di sini boleh dikatakan unik kerana lokasinya dan juga bentukinya yang tidak besar seperti hotel atau homestay tapi memang amat selesa lebih-lebih lagi dengan suasana pemandangan yang indah menghadap ke arah Gunung Kinabalu.
Oleh kerana penginapan di sini tidak lah terlalu banyak, jadi kalau anda mahu ke sini untuk bermalam sebaiknya anda membuat tempahan awal terlebih dahulu, jadi bolehlah pihak pengurusan Culvert View di sini memeriksa sekiranya ada kekosongan penginapan. Penginapan di sini bukan seperti hotel, oleh itu jika anda bercadang menginap di sini jangan pula ingat ini adalah hotel, tetapi jangan risau sebab di penginapan ini semua lengkap jadi anda memang akan merasa selesa bila menginap di sini. Terdapat berberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila ke sini sama ada menginap atau untuk lawatan sehari saja dan antara aktiviti yang boleh anda buat ialah memasang unggun api,memasak bbq, steamboat dan melihat haiwan seperti arnab dan kura-kura.
Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh Culvert View ini untuk para pengunjung yang datang untuk menginap dan bermalam atau lawatan sehari sahaja. Kemudahan yang disediakan adalah untuk pastikan tetamu mendapat keselesaan dan kepuasan apabila menginap atau sepanjang berada di sini dan agar percutian mereka ke sini lebih berbaloi dan menjadikan percutian mereka ke sini satu percutian yang indah dan antara kemudahan yang ada ialah :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Elektrik
03. Bilik mandi
04. Tandas
05. Tempat bbq
06. Tempat steamboat
07. Tempat duduk
08. Tempat letak kereta
09. Tempat bergambar
10. Buaian
11. Kerusi/meja
12. Tempat makan
13. Pengering rambut
14. Tuala mandi
15. Pemanas/heater
Dengan adanya kemudahan seperti senarai di atas ini ianya akan dapat memudahkan lagi pengunjung yang ingin datang ke sini kerana tidak lagi perlu untuk membawa lebih banyak barang. Apa pun anda mungkin perlu untuk membawa beberapa barang lain yang diperlukan seperti makanan basah sekiranya ingin melakukan aktiviti bbq, bawa sejadah, lampu sulu, peralatan mandian seperti sabun syampu tuala mandi, berus gigi, makanan ringan, minuman, dan juga baju tebal atau selimut tebal sebab pada waktu malam tempat ni memang sangat sejuk. Mungkin anda boleh fikir barang apa lagi mahu di bawa yang sesuai untuk anda dan juga untuk melakukan aktiviti seperti memasak di sini.
Untuk ke sini sebaiknya anda memandu kereta sendiri, jika tidak ada kereta boleh juga sewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini dan seterusnya dapatlah anda melawat tempat menarik lain disekitar daerah Kundasang dan Ranau yang sememangnya mempunyai banyak tempat menarik dan tempat pelancongan.
Waktu operasi :
Lawatan sehari : 10 pagi - 3 petang
Bermalam : masuk 2 petang - 6 petang
Bermalam : keluar sebelum 11 pagi
Bayaran masuk :
Bermalam : keluar sebelum 11 pagi
Bayaran masuk :
Lawatan sehari
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM6.00
Anak bawah 4 tahun : Percuma
Bayaran chalet :
Warganegara : RM170.00 dan RM190.00
Warga asing : RM220.00 dan RM240.00
Muatan chalet :
Dewasa : 2 orang
Kanak-kanak : 1 orang (12 tahun ke atas)
atau
Dewasa : 2 orang
Kanak-kanak : 2 orang (6 tahun ke bawah)
Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Culvert View seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Culvert View
Jalan Lobou-lobou Satu,
Kg. Lembah Permai,
Kundasang, Ranau,
Sabah, Malaysia
Telefon : 016-832 4872
Website : facebook.com/culvertview/
Ulasan
Catat Ulasan