Langkau ke kandungan utama

Damai Eco Ranch

Damai Eco Ranch merukan salah sebuah resort atau pusat peranginan yang menarik terletak di dalam daerah Ranau yang sangat sesuai kepada mereka yang ingin bercuti bersama rakan atau keluarga sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik, resort ini terletak di Ranau iaitu lebih kurang 12 km atau kira-kira 18 minit perjalanan naik kenderaan dari Bandar Ranau.

DAMAI ECO RANCH


Kredit gambar : Damai Eco


Kredit gambar : Damai Eco

Kredit gambar : Damai Eco

Damai Eco Ranch merupakan salah sebuah resort atau pun pusat peranginan yang sangat menarik dan mempunyai banyak aktiviti bila datang bercuti ke sini terutama sekali jika datang secara berkumpulan tidak kira bersama ahli keluarga, rakan sekampung, rakan sekerja atau pun rakan sekolah bersama guru ke sini melakukan bermacam-macam program menarik. Jadi bagi anda yang mahu bercuti dalam satu kumpulan yang ramai tu bolehlah cuba untuk merancang percutian ke sini. Tempat ni bukanlah jenis mewah jadi anda tidak bolehlah mengharap ianya seperti resort mewah yang lain, apa yang pasti anda akan berpuas hati bila bercuti di Damai Eco Ranch ini. Lokasi tempat ni terletak di Kampung Lohan 1, Ranau iaitu lebih kurang 12 km atau kira-kira 18 minit perjalanan daripada Bandar Ranau, kalau dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 130 km yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke sini menaiki kereta. Lokasi ni boleh dikira agak jauh juga dari kesibukan bandar jadi ianya adalah tempat yang tenang bagi mereka yang mahukan satu percutian yang lebih tenang, cuma kalau pada waktu musim cuti seperti cuti sekolah atau hujung minggu mungkin akan ramai orang di tempat ini tidak kira sama ada yang datang bermalam bersama kumpulan mereka atau pun yang datang untuk lawatan sehari atau day trip. Oleh itu sebaiknya anda menghubungi pihak resort sekiranya ingin ke sini bercuti agar dapat dipastikan adanya kekosongan tempat untuk anda terutama seperti dikatakan tadi iaitu ketika musim cuti sekolah atau hujung minggu.

Walaupun tempat percutian ni bukanlah yang mewah tetapi pihak pengurusan di sini tetap sentiasa cuba untuk menambahbaikkan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan di resort ini agar setiap tetamu yang datang sentiasa berpuas hati dan selesa sepanjang mereka berada di tempat ini untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti atau program. Antara yang ada disediakan di sini ialah kemudahan penginapan yang mana penginapan ni boleh anda pilih sama ada ingin bermalam di penginapan yang disediakan atau pun dengan menggunakan khemah, jadi terpulang pada anda mahu pilih yang mana, tapi kalau dalam satu kumpulan yang ramai mungkin lebih seronok jika menginap menggunakan khemah. Di bilik penginapan ni biasanya dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang asas seperti katil, selimut, bantal, almari pakaian dan sebagainya. Seperti yang ditulis di atas tadi yang tempat ni bukan jenis mewah seperti resort lain yang bertaraf 4 dan 5 bintang jadi anda  tidak bolehlah mengharapkan kelengkapan di sini seperti resort-resort tersebut. Tapi yang penting ada tempat untuk anda bermalam dengan selesa dan aman. Bilik juga dilengkapi dengan tandas sendiri dan yang menariknya dari bilik pun anda boleh lihat pemandangan Gunung Kinabalu sekiranya pada waktu itu cuaca adalah cerah, tapi kalau musim hujan mungkin tidak nampak bahagian puncak gunung tersebut, selain itu tempat ni memang sejuk jadi di bilik pun anda akan rasa sejuk jika musim hujan tau pada waktu malam dan awal pagi, oleh itu anda boleh gunakan kipas angin sahaja kalau rasa sejuk. Di bilik sini ada juga kemudahan mandian air panas untuk mereka yang tidak tahan mandi sejuk ketika berada di sini
.


Kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada disediakan di sini ialah restoran untuk anda menjamu selera jika lapar sama ada makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau pun makan malam, dan terdapat banyak menu makanan yang disediakan di sini terutama sekali adalah makanan tempatan dan makanan Malaysia khususnya. Tapi restoran ni ada ikut masa buka dan tutup, jadi untuk lebih baik anda bolehlah beli makanan ringan dan minuman segera seperti kopi atau teh untuk di simpan sekiranya anda terasa lapar pada waktu tengah malam, sediakan juga air mineral untuk di minum bila ada keperluan. Kemudahan kolam renang juga turut disediakan di sini bagi mereka yang mahu mandi di kolam renang tapi kolam renang ada 1 sahaja jadi mungkin akan bercampur untuk itu bagi yang muslim bolehlah sedia atau bawa pakaian renang menutup aurat jika ingin mandi di kolam yang disediakan di sini. Pihak resort ini juga ada menyediakan kemudahan internet wifi secara percuma kepada para tetamu yang datang ke sini tidak kira yang datang untuk day trip atau menginap di sini, jadi dapatlah anda gunkan kemudahan wifi ni untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan anda di luar sana seterusnya anda bolehlah juga kongsi gambar kegembiraan percutian anda di sini agar dapat menarik mereka yang lain untuk datang ke sini bila ada kesempatan nanti. Kemudahan seterusnya adalah terdapat kawasan atau tapak perkhemahan yang disediakan di sini untuk mereka yang mahu bermalam dengan menggunakan khemah terutama sekali bagi mereka yang datang ke sini secara berkumpulan seperti pelajar sekolah bersama guru-guru mereka untuk melakukan program tertentu. Karaoke pun ada disediakan di sini tapi hanya masa-masa tertentu sahaja dibenarkan dan jika ada permintaan daripada para tetamu, biasanya ia digunakan ketika ada yang menyewa untuk membuat majlis atau acara di sini.

Walaupun di sini biasanya orang datang untuk menginap dan melakukan pelbagai aktiviti tetapi anda juga boleh menyewa kemudahan dewan yang ada di sini untuk acara atau majlis yang diadakan dalam sehari seperti majlis perkahwinan, seminar, konvensyen, harijadi dan lain-lain lagi. Sekiranya anda ingin sewa tempat untuk majlis contohnya jika ingin mengadakan majlis perkahwinan sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan ada kekosongan tempat pada tarikh dan masa yang anda pilih sekaligus dapt mereka menyediakan dan menyusun segala keperluan serta peralatan seperti menyusun meja dan kerusi, memasang peralatan seperti mikrofon, dan menghias dewan dengan bunga untuk menyempurnakan majlis anda itu nanti agar ianya dapat dijadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kemudahan lain ialah kawasan memancing iaiatu sebuah kolam ikan dan juga kemudahan peralatan untuk memancing untuk anda gunakan, atau mungkin anda boleh juga bawa pancing sendiri jika lebih selesa dengan peralatan memancing yang anda ada. Untuk sukan pula terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi mereka yang ingin melakukan sukan di darat atau di air, antara kemudahan sukan yang ada ialah padang futsal, kayak atau sampan, peralatan sukan memanah dan paintball serta beberapa lagi kemudahan lain yang mungkin anda boleh gunakan untuk sukaneka ketika berada di sini. Bagi mereka yang datang dari jauh seperti dari luar daerah atau dari mana pun dengan memandu kereta sendiri, anda tidak perlu risau sebab di sini juga ada kawasan tempat letak kereta telah disediakan berhampiran dengan tempat penginapan anda dan sentiasa di jaga oleh pihak pengurusan tempat ini.

Terdapat juga kemudahan ruang tamu awam dilengkapi dengan televisyen yang disediakan di sini untuk anda yang mungkin mahu duduk berehat sambil menonton tv dan menikmati kopi pada waktu lapang atau mungkin ketika menunggu rakan yang lain ke sini. Selain itu di sini juga ada kemudahan pondok untuk buat BBQ, jadi bagi anda yang tidak mahu makan di restoran bolehlah masak sendiri di sini tapi perlulah bertanya dahulu dengan pihak pengurusan di sini agar mereka dapat sediakan peralatan BBQ untuk anda, makanan basah untuk masak pula sebaiknya anda beli awal-awal dari bandar atau pasar di Ranau seperti sayap ayam, daging lembu, ikan basah dan lain-lain lagi. Jika tidak mahu beli makanan basah di luar, boleh saja memancing di sini dan terus masak BBQ yang tentunya lebih menarik kerana ikannya adalah masih segar dipancing dari kolam. Mesti sangat menyeronokkan apabila sudah penat melakukan pelbagai aktiviti, kemudian pergi masak BBQ dan makan bersama kawan-kawan yang lain sambil bercerita kersonokan aktiviti yang telah dilakukan di sini yang sudah pasti ada cerita yang lucu dan menghiburkan hati. Di bawah ini adalah beberapa senarai ringkas kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan di sini :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Bilik penginapan
02. Dewan majlis
03. Kemudahan BBQ
04. Wifi percuma
05. Padang futsal
06. Restoran
07. Kolam memancing
08. Kolam renang
09. Tapak perkhemahan
10. Tempat letak kereta
11. Ruang tamu umum
12. Televisyen
13. Basikal (sewa)
14. Sampan (sewa)
15. Pondok rehat
16. Tempat main paintball
17. Tempat sukan memanah
18. Kemudahan flying fox
19. Kemudahan karaoke

Tempat ni juga boleh dikatakan juga sebagai tempat rekreasi yang mempunyai tempat penginapan dan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan apabila datang bercuti ke sini yang sudah pasti sangat menarik untuk percutian anda terutama sekali bagi mereka yang datang beramai-ramai secara dalam berkumpulan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah mandi di kolam renang, terdapat sebuah kolam renang yang disediakan di sini untuk anda berenang bersama keluarga atau rakan, seperti yang disebutkan di atas tadi kolam ni di kawasan terbuka jadi boleh pakai pakaian yang menutup aurat bagi yang muslim dan sebaiknya anda sentiasa menjaga keselamatan apabila mandi di kolam terutama siapa yang belum mahir berenenang tu, walaupun kolamnya tidaklah begitu dalam tapi harus juga menjaga keselamatan terutama bagi mereka yang datang ke sini bersama anak kecil yang mungkin bermain di kolam atau di tepi kolam, jadi ianya
mesti memerlukan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Selain itu aktiviti lain ialah memasak BBQ bersama keluarga atau rakan di kawasan pondok yang telah dikhas untuk aktiviti ini, aktiviti seterusnya adalah flying fox yang mungkin agak mencabar bagi mereka yang takut kepada ketinggian, tapi anda tidak perlu risau sebab aktiviti ni akan dipantau sepenuhnya oleh kakitangan yang ditugaskan dan mempunyai kemahiran dalam aktiviti flying fox tersebut agar dapat memastikan keselamatan anda sentiasa terjamin. Aktiviti lain ialah bersampan atau berkayak di kolam yang disediakan khas untuk aktiviti ini, seperti biasa kalau main sampan ni anda haruslah menjaga diri dan keselamatan, kalau boleh sentiasalah pakai jaket keselamatan semasa melakukan aktiviti ini agar dapat menjamin keselamatan anda ketika di berada kolam bersampan.

Aktiviti sukan lain yang boleh anda lakukan di sini ialah bermain paintball, memanah, merayap pada halangan bertali atau membuat aktiviti sukaneka lain sesuai dengan perancangan yang telah dibuat oleh kumpulan anda apabila datang ke sini. Banyak lagi aktiviti lain sebenarnya yang boleh anda lakukan di sini sebab di sini banyak kawasan lapang untuk anda lakukan aktiviti selain daripada yang disebutkan di atas tadi. Perkhemahan juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini terutamanya pelajar sekolah dan guru-guru sekolah yang mungkin ke sini melakukan program perkhemahan sambil merancang pelbagai aktiviti lain untuk kesihatan dan kecergasan para pelajar. Bagi yang mahu lakukan aktiviti lawatan peribadi bersama keluarga ke beberapa tempat menarik sekitar Ranau dan Kundasang pun boleh juga, antara beberapa tempat menarik yang ada ialah :

Tempat menarik berhampiran :

01.
Poring Hot Spring
02. Ladang Teh Sabah
03. Taman Negara Kinabalu
04. Tagal Sg. Moroli Fish Spa
05. Gunung Kinabalu
06. Magical Garden
Ranau
07. Ranau Rabbit Farm
08. Alpaca Club
09. Mont K Skybike
09. Ranau Paragliding
10. Desa Dariy Farm
12. ATV Borneo Adventure
13. Kokob Rafflesia Conservation
14. Timpohon Gate
15. Strawberry Garden Kundasang
16. Maragang Hill
17. Kundasang War Memorial
18. Taman Negara Kinabalu

Bagi anda yang mahu datang bercuti ke sini boleh naik bas dari Terminal Bas Bandaraya Utara yang terletak di Inanam, Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 10 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, pastikan naik bas yang melalui Bandar Ranau, beritahu pemandu bas untuk turunkan anda di Ranau kemudian
boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk ke tempat ni. Kalau yang datang dari daerah lain di daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan lain-lain lagi tu boleh ikut bas yang melalui Bandar Ranau ni juga kemudian seperti biasa beritahu pemandu bas untuk turunkan anda di Ranau kemudian boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain ke sini. Pilihan terbaik ialah memandu kereta sendiri terus ke sini atau sebab kalau ada kereta sendiri bolehlah pergi melawat tempat menarik lain seperti yang disenaraikan di atas tadi dengan lebih mudah, dan kalau ada kereta sendiri boleh pergi beli barangan keperluan sekiranya ada yang kurang ketika bercuti di sini.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Damai Eco Ranch di alamat seperti di bawah ini.

Damai Eco Ranch
Kampung Lohan 1,
89308, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 369 5462
Email : damaiecoranch@gmail.com
Website : Damai Eco Ranch

Ulasan