Darvel Lagoon Hampilan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam daerah Kunak iaitu lebih kurang 8.3 km dari Pekan Kunak, Sabah.
DARVEL LAGOON HAMPILAN
Bagi mereka yang berminat untuk berenang dan snorkeling di air yang jernih, tempat ini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda lebih-lebih lokasinya yang tidak jauh dari Pekan Kunak. Tetapi jika anda ingin datang ke sini untuk beriadah sahaja dan tidak mandi pun boleh juga sebab tempat ini memang cantik dan menarik untuk mengambil gambar sambil menjamu selera dengan menu makanan laut yang ada disediakan di sini. Cuma jika anda mahu ke sini sewaktu musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu adalah disarankan sebaiknya anda datang awal sebab tempat letak kereta adalah agak terhad dan tempat ini selalu dipenuhi dengan pengunung yang dari daerah Kunak dan daerah lain disekitarnya seperti dari Semporna ataupun Lahad Datu, jadi rancanglah perjalanan anda dan jangan terlalu kelam kabut, sebaik bawa kereta perlahan-lahan yang penting selamat sampai dan selamat pulang.
Sebenarnya di sini anda bukan saja boleh melakukan aktiviti berenang dan snorkeling tetapi anda sekeluarga juga boleh melakukan beberapa aktiviti lain sepanjang berada di sini yang akan membuatkan anda berasa amat berbaloi apabila datang ke Darvel Lagoon Hampilan ini, lebih-lebih lagi jumlah bayaran masuk yang dikenakan sangat berpatutan. Sekiranya anda melakukan aktiviti di air laut seperti berenang, snorkeling sebagainya adalah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri anda sekeluarga kerana ianya adalah tanggungjawab sendiri. Sekiranya anda membawa anak mandi bersama sentiasa perhatikan mereka dan jangan biarkan mereka berenang sendiri. Untuk keselamatan juga pihak lagoon telah memasang jaring di sekeliling kawasan yang dikhaskan untuk berenang agar ianya dapat mengelakkan kawasan mandi tersebut daripada haiwan laut lain seperti obor-obor. Antara aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini adalah seperti :
Tiket masuk :
Alamat :
Darvel Lagoon Hampilan
Kredit Gambar : darvellagoon
Darvel Lagoon Hampilan adalah salah satu tempat menarik di Kunak dan nama Hampilan ini diambil bersempena dengan nama tempat ini yang berada di dalam Kampung Hampilan Kunak. Tempat ini juga terletak tidak jauh Pekan Kunak iaitu cuma lebih kurang 8.3 km atau kira-kira 10 minit perjalanan sahaja melalui jalan Kunak - Semporn, dan lagoon mini ini adalah salah satu tempat pelancongan yang boleh dikira baru lagi di daerah Kunak, yang menariknya ianya dibina di kawasan laut, jadi memang ramai orang akan datang ke tempat ini khususnya yang tinggal berhampiran dengan daerah Kunak dan juga daerah Semporna untuk datang beriadah dan melakukan aktiviti lain.
Bagi mereka yang berminat untuk berenang dan snorkeling di air yang jernih, tempat ini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda lebih-lebih lokasinya yang tidak jauh dari Pekan Kunak. Tetapi jika anda ingin datang ke sini untuk beriadah sahaja dan tidak mandi pun boleh juga sebab tempat ini memang cantik dan menarik untuk mengambil gambar sambil menjamu selera dengan menu makanan laut yang ada disediakan di sini. Cuma jika anda mahu ke sini sewaktu musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu adalah disarankan sebaiknya anda datang awal sebab tempat letak kereta adalah agak terhad dan tempat ini selalu dipenuhi dengan pengunung yang dari daerah Kunak dan daerah lain disekitarnya seperti dari Semporna ataupun Lahad Datu, jadi rancanglah perjalanan anda dan jangan terlalu kelam kabut, sebaik bawa kereta perlahan-lahan yang penting selamat sampai dan selamat pulang.
Sebenarnya di sini anda bukan saja boleh melakukan aktiviti berenang dan snorkeling tetapi anda sekeluarga juga boleh melakukan beberapa aktiviti lain sepanjang berada di sini yang akan membuatkan anda berasa amat berbaloi apabila datang ke Darvel Lagoon Hampilan ini, lebih-lebih lagi jumlah bayaran masuk yang dikenakan sangat berpatutan. Sekiranya anda melakukan aktiviti di air laut seperti berenang, snorkeling sebagainya adalah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri anda sekeluarga kerana ianya adalah tanggungjawab sendiri. Sekiranya anda membawa anak mandi bersama sentiasa perhatikan mereka dan jangan biarkan mereka berenang sendiri. Untuk keselamatan juga pihak lagoon telah memasang jaring di sekeliling kawasan yang dikhaskan untuk berenang agar ianya dapat mengelakkan kawasan mandi tersebut daripada haiwan laut lain seperti obor-obor. Antara aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini adalah seperti :
Aktiviti :
01. Berenang
02. Snorkeling
03. Naik banana boat
04. Main pingpong
05. Main belon
06. Main memancing
07. Bbq
08. Bergambar
Bawa barang-barang yang anda perlu untuk digunakan sepanjang berada di lagoon ini, contohnya bagi yang mahu mandi atau berenang bolehlah membawa barang seperti pakaian untuk mandi, pakaian ganti, makanan serta minuman dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu untuk di bawa. Cuma bagi yang muslim sebaiknya bawa pakaian untuk mandi yang menutup aurat sebab kawasan ini adalah terbuka dan ramai pengunjung yang akan datang. Di lagoon ni memang sudah ada beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan agar setiap pengunjung yang datang ke sini akan merasa lebih selesa, dan antara kemudahan yang ada disediakan ialah :

Kemudahan :
01. Jaket keselamatan (sewa)
02. Surau
03. Restoran
04. Tandas
05. Meja & kerusi
06. Kayak (sewa)
07. Tempat bbq
08. Tempat letak kereta
09. Pondok rehat
Mereka yang datang dari luar daerah Kunak, bolehlah naik bas yang menuju ke daerah ini, kemudian boleh menyewa e-hailing dan beritahu pemandu untuk menghantar anda ke lagoon ini. Tapi adalah lebih baik kepada yang datang dari luar daerah untuk memandu sendiri kerana ia lebih menjimatkan masa anda ke sini, lagi pun ianya adalah lebih menjimatkan perbelanjaan anda. Pastikan juga jangan datang sebelah pagi kalau hari jumaat sebab pada hari tersebut lagoon ini mula buka dari jam 2 petang iaitu selepas solat jumaat.
Waktu operasi :
Isnin - khamis : 8.00 am - 9.00 pm
Jumaat : 2.00 pm - 9.00 pm
Sabtu - ahad : 8.00 am - 9.00 pm
Waktu operasi mini fun fair :
Isnin - khamis : 8.00 am - 9.00 pm
Jumaat : 2.00 pm - 9.00 pm
Sabtu - ahad : 8.00 am - 9.00 pm
Waktu operasi mini fun fair :
Sabtu dan ahad : 11 am - 7 pm
Tiket masuk :
RM1.00
Bayaran tiket masuk ini adalah termasuk dengan mandi di laut, bilas badan selepas mandi, penggunaan tandas dan surau. Tapi kalau mahu mandi anda mesti sewa jaket keselamatan kerana jaket ini mesti di pakai sepanjang anda melakukan aktiviti di air. Aktiviti lain seperti naik bot, berkayak dan mini fun fair adalah lain bayaran.
Jika anda ada sebarang
pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai harga terkini bayaran masuk dan bayaran melakukan aktiviti lain di lagoon ini, anda bolehlah menghubungi
pihak pengurusan Darvel Lagoon Hampilan ini di alamat berikut :
Alamat :
Darvel Lagoon Hampilan
Jalan Darvel Lagoon Off
Jalan Sappang Scheme
Jalan Sappang Scheme
Kampung Hampilan
91207 Kunak, Sabah
Telefon : 016-697 8689
Telefon : 016-697 8689
Website : facebook.com/darvellagoon/
Nota :
01. Sepanjang anda berada di sini melakukan aktiviti di laut seperti mandi, berenang dan sebagainya, anda adalah wajib memakai jaket keselamatan.
02. Anda boleh membawa makanan dari luar untuk makan di sini, tetapi kalau makanan di restoran makanan laut di sini pun boleh juga.
03. Minuman keras dan pakai yang tidak elok (ketika mandi) adalah DILARANG di sini, jadi pastikan anda ikut peraturan yang ada ya.

Ulasan
Catat Ulasan