Langkau ke kandungan utama

Deramakot Forest Reserve

Deramakot Forest Reserve (Hutan Simpan Deramakot) adalah salah sebuah tempat menarik di Sabah. Hutan Simpan ini terletak di Telupid iaitu kira-kira 4 jam perjalanan dari Bandar Sandakan.

DERAMAKOT FOREST RESERVE



Deramakot Forest Reserve (Hutan Simpan Deramakot) merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang terletak dalam daerah Telupid, Sandakan iaitu kira-kira 7 jam perjalanan dari Kota Kinabalu atau 4 jam perjalanan dari Bandar Sandakan. Hutan ini telah diisytiharkan sebagai Hutan Simpan pada 3 Ogos 2009 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Hutan ini antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara yang datang melancong ke negeri Sabah.

Hutan Simpan Deamakot ini mempunyai keluasan 55, 507 hektar dan kawasan hutan ini adalah berada dibawah jagaan dan seliaan Jabatan Perhutanan Sabah. Hutan ini juga merupakan hutan hujan tropika pertama yang telah diperakui oleh Majlis Pengawasan Hutan pada September 1997 sebagai hutan yang diurus dengan begitu baik dan pernah diiktiraf sebagai hutan paling lama yang diperakui oleh Forest Stewardship Council iaitu sejak 1997.


Pengunjung atau pelancong yang datang ke sini boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, melihat hidupan liar seperti kucing hutan, melihat pelbagai jenis burung, berjalan waktu pagi untuk melihat hidupan liar dan lain-lain lagi. Tapi untuk ke sini biasanya akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebab takut kereta kecil tidak dapat melalui jalan tersebut.

Di sini juga ada disediakan kemudahan iaitu seperti chalet untuk pengunjung yang ingin bermalam di hutan ini. Chaletnya ada pilihan juga sama ada ingin yang chalet ada 3 bilik atau pun bilik kongsi ramai-ramai seperti asrama yang mempunyai katil 2 tingkat. Kalau ada chalet sudah semestinya ada tempat makan dan lain lain lagi kemudahan seperti tandas dan lain-lain lagi, jadi anda tidak perlu risau.

Untuk ke sini sebaiknya anda menghubungi ejen pelancongan tempatan yang berdaftar (pastikan ejen pelancongan itu yang berdaftar) untuk memudahkan segala urusan seperti tempat tinggal, makanan, permit kebenaran masuk oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Selain itu ianya juga akan dapat memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik dari sini.

Untuk maklumat lebih lanjut atau pun sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Deramakot Forest Reserve seperti alamat di bawah :

Alamat :
Jabatan Perhutanan Sabah
Beg Berkunci 68,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-242500
Website : https://deramakot.sabah.gov.my/

Waktu pejabat :
Isnin - Khamis : 8 pagi - 5 petang
Jumaat : 8 pagi - 11.30 pagi / 2 petang - 5 petang
Sabtu, Ahad & Cuti umum : Tutup

Ulasan