Langkau ke kandungan utama

Dragon Pearl Beach Resort

Dragon Pearl Beach Resort merupakan salah satu resort yang terdapat di negeri Sabah dan resort ini terletak di daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 65 km atau kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

DRAGON PEARL BEACH RESORT


Kredit gambar : Booking

Kredit gambar : Booking

Dragon Pearl Beach Resort merupakan salah satu resort yang terletak di daerah Kota Belud Sabah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan khususnya bagi mereka yang tinggal di daerah Kota Kinabalu termasuklah di daerah kecil Kota Belud. Resort ni terletak lebih kurang 65 km atau kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, tapi kalau dari Pekan Kota Belud jaraknya adalah sekitar 20 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta. Bagi mereka yang mahukan satu percutian untuk menenangkan fikiran dengan suasana yang tenang dan jauh daripada kesibukan kota atau bandar maka resort ni adalah antara yang patut anda pertimbangkan untuk dijadikan pilihan lokasi percutian kerana lokasinya yang agak jauh daripada pekan atau bandar akan dapat memberikan anda rasa ketenangan yang lebih baik. Resort ni terletak di tepi pantai ataupun laut jadi ia menyajikan satu pemandangan yang sangat indah dan menarik lebih-lebih lagi jika anda ingin melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup mengagumkan. Ada 16 bilik kesemuanya untuk anda yang berminat untuk menginap di sini bolehlah datang terus ke sini dan masa untuk mendaftar masuk biasanya adalah jam 3 petang dan masa untuk daftar keluar pula adalah 12 tengahari.

Resort ni tidaklah sebesar resort lain yang bertaraf 5 bintang, tetapi di sini pihak pengurusan sudah pun ada menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan kepada para tetamu yang datang tidak kira datang untuk lawatan sehari ataupun datang menginap atau bermalam di sini. Bagi yang ingin menginap dan bermalam di sini anda boleh pilih jenis bilik atau penginapan yang diinginkan, antaranya adalah seperti bilik rumah panjang, bilik kembar, berkhemah, bilik keluarga tapi kalau datang ramai-ramai boleh juga kalau mahu cuba bilik rumah panjang yang ada 6 bilik jadi dapatlah anda sekeluarga tinggal bersebelahan antara satu sama lain. Bilik-bilik ni juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan iaitu seperti kelambu, kipas angin, penghawa dingin, tuala dan sebagainya. Bagi yang mahu menginap di sini tapi menggunakan khemah sendiri pun boleh juga, anda boleh pilih sama ada menggunakan khemah sendiri atau menyewa khemah yang ada disediakan di sini, tapi kalau anda tidak ada khemah sendiri adalah sebaiknya membuat tempahan lebih awal dengan pihak resort agar mereka dapat simpan khemah untuk anda apabila datang ke sini dan pastikan beritahu tarikh anda ingin ke sini dan jumlah khemah yang ingin digunakan. Biasanya kalau sewa khemah dengan pihak resort bayarannya yang dikenakan adalah sekali dengan bantal
.


Bagi yang datang ke sini untuk lawatan sehari atau day trip terdapat juga kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan iaitu seperti anda juga boleh menyewa khemah untuk digunakan bagi mengelakkan daripada terkena panas matahari, kalau tidak mahu guna khemah anda boleh juga menyewa pondok terbuka yang sudah disediakan khas buat tetamu yang datang untuk lawatan sehari saja. Selain itu kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan di sini untuk para tetamu yang datang tidak kira sama ada bermalam atau tidak ialah seperti tempat letak kenderaan secara percuma, anda boleh letak kereta anda berhampiran dengan resort ini, Kemudahan lain ialah di sini juga ada sebuah restoran yang disediakan untuk anda yang ingin menjamu selera di sini sama ada sarapan pagi, makanan tengahari atau pun makan malam, restoran ni menyediakan pelbagai jenis menu makanan termasuklah makanan tempatan negeri Sabah dan makanan di sini adalah halal. Kemudahan kawasan berkelah juga ada dibina di sini dan ia dilengkapi dengan kemudahan tempat BBQ jadi kalau anda ingin buat BBQ di sini pun boleh saja yang penting beli awal-awal makanan yang ingin di masak sebelum datang ke sini. Kedai runcit ada juga di sini untuk anda membeli barang keperluan yang diperlukan sepanjang berada di resort ni jadi anda tidak perlu lagi jalan jauh untuk mencari keperluan tersebut.

Kemudahan dan perkhidmatan seterusnya yang ada ditawarkan di sini ialah pakej seperti untuk privasi keluarga, majlis atau acara perkahwinan, perkhemahan sekolah atau syarikat dan sebagainya. Pakej ni biasanya dibuat di dewan mini dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan untuk majlis tersebut termasuk karaoke, dan penggunaan karaoke ni boleh sehingga jam 12 malam, jika lebih dari jam 12 hendaklah perlahankan bunyinya. Untuk pakej majlis, acara atau pun perkhemahan secara berkumpulan yang anda tempah ni hanya kumpulan anda saja yang akan dibenarkan menginap di sini dan pihak resort tidak akan terima tetamu lain untuk menginap kecuali tetamu yang datang untuk lawatan sehari saja. Jika anda ingin ke pantai atau laut terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini iaitu seperti kerusi malas, pakaian berenang, pelampung, bot pisang, kayak, peralatan memancing dan lain-lain lagi. Apa pun sekiranya anda membawa anak ke pantai atau mandi di air laut pastikan sentiasa awasi serta perhatikan mereka agar dapat menjamin keselamatan mereka sepanjang berada di pantai atau mandi di tepi pantai. Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan sebenarnya di sini tapi mungkin anda boleh lihat laman sosial rasmi Dragon Pearl Beach Resort untuk kemudahan dan juga perkhidmatan yang lain. Untuk senarai ringkas di bawah ni adalah antara kemudahan yang ada di sediakan di sini iaitu seperti :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan 16 bilik
02. Sewa khemah
03. Dewan mini
04. Tempat letak kereta
05. Karaoke
06. Pengawal keselamatan 24 jam
07. Kaunter pendaftaran 24 jam
08. Restoran
09. Kemudahan BBQ
10. Kedai runcit
11. Khidmat dobi
12. Bot pisang & kayak----------

Bagi sesiapa yang ingin melakukan percutian ke resort peranginan ni pastikan jangan lepaskan peluang untuk anda lakukan beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini agar dapat percutian anda ke sini menjadi lebih menarik untuk dijadikan kenangan bila sudah pulang nanti. Antara aktiviti yang boleh anda buat di sini ialah seperti melakukan sukan air iaitu menaiki bot pisang, berkayak, mendaki bukit, memancing, berjalan bersiar-siar ditepi pantai, mandi di laut, snorkeling, aktiviti menyelam tetapi untuk menyelam ni anda perlu membuat tempahan lebih awal ya untuk pihak resort menyediakan apa yang diperlukan untuk keperluan anda. Aktiviti lain ialah berkhemah di tepi pantai sambil memasak BBQ beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan yang sudah pasti akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau persahabatan antara satu sama lain. Untuk aktiviti memancing tu anda perlulah bertanya pihak resort sekiranya mereka ada menyediakan peralatan memancing, sekiranya tidak ada maka anda perulah membawa pancing sendiri ke sini jika ingin melakukan aktiviti ni. Bagi mereka yang bawa anak-anak bersama ke sini, terdapat juga kawasan khas untuk permainan kanak-kanak jadi anda tidak perlu risau. Aktiviti seterusnya adalah anda bolehlah melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar daerah Kota Belud seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Pasar Tani Kota Belud
02. Tagal Tolungan
03. Pekan Nabalu
04. Pulau Mantanani
05. Air Terjun Wasai
06. Bukit Bongol
07. Bukit Bandori
08. Bukit Ranau
09. Bukit Kutak
10. Usukan Cove

Oleh kerana tempat ni agak jauh, jadi anda yang datang dari luar daerah Kota Belud sebaiknya adalah datang dengan memandu kenderaan sendiri ke sini agar dapat memudahkan segala perjalanan pergi dan juga balik dari tempat ni dan juga dapat membeli dan membawa segala keperluan ke sini dengan lebih mudah. Pilihan lain ialah dengan tempah pengangkutan daripada pihak resort yang akan mengambil dan menghantar anda daripada lapangan terbang. Apa pun terpulang kepada anda mahu menggunakan apa untuk ke sini yang penting segala perjalanan anda ke sini berjalan dengan lancar dan selamat.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Dragon Pearl Beach Resort di alamat seperti di bawah ini.

Dragon Pearl Beach Resort
Kampung Mangkabar,
Jalan Pituru Laur, Kota Belud
89157, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 2702 3145

Ulasan