Dream World Resort merupakan salah sebuah resort peranginan menarik yang bertaraf 3 bintang dan ia terletak di Kundasang, Ranau Sabah dan resort ini iaitu lebih kurang 96 km atau kira-kira 2 jam 9 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.
DREAM WORLD RESORT
Kredit gambar : Dreamworld
Kredit gambar : Dreamworld
Kredit gambar : Dreamworld
Dream World Resort merupakan salah sebuah resort atau pusat peranginan menarik yang
bertaraf 3 bintang dan berada di kawasan tanah tinggi yang menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dan menawan seperti pemandangan alam semulajadi di sekitar Kundasang termasuklah juga pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah dengan diliputi kabus dan awan, kalau pagi tu mungkin anda boleh bangun awal sikit untuk melihat matahari terbit di celah Gunung Kinabalu yang pasti akan buat anda rasa kagum apabila melihatnya. Resort ini telah dibina pada tahun 2010 dan terletak di dalam daerah Kundasang, Ranau iaitu lebih kurang 4 km atau kira-kira 10 minit saja perjalanan dari Pekan Kundasang, kalau dari Bandar Ranau pula jaraknya lebih kurang 19 km atau sekitar 30 minit sahaja perjalanan menaiki kenderaan, dan jika anda datang dari Bandar Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 2 jam 9 minit dengan jarak sekitar 96 km. Seperti yang semua sudah sedia maklum bahawa di Kundasang ni memang tempat menarik yang boleh dikunjungi, jadi jika anda ingin bercuti ke negeri ini bolehlah pertimbangkan untuk memilih resort ini dijadikan tempat percutian anda pada kali ini, lagi pun suasana di sini juga lebih tenang, pemandangan yang menakjubkan dan dengan kedudukannya yang berada di kawasan tanah tinggi menjadikan tempat ini mempunyai cuaca yang agak sejuk terutama sekali ketika musim hujan, pada waktu malam dan juga waktu awal pagi. Kalau ambil gambar mungkin orang lain akan fikir yang anda sedang bercuti di luar negara.
Pihak Pengurusan Dream World Resort sentiasa menambah baik dan mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan agar para tetamu yang datang menginap di resort ini merasa selesa dan rasa berbaloi sepanjang percutian mereka di sini. Dan dengan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan ini dapatlah juga memudahkan segala urusan percutian tetamu di sini sekaligus dapat tarik perhatian mereka untuk datang lagi ke resort ini pada masa hadapan. Antara kemudahan yang ada ialah seperti penginapan yang terdiri daripada 42 bilik dan mempunyai beberapa jenis bilik iaitu contohnya bilik executive suite, junior suite, deluxe dan superior. Harga bilik ada berbeza antara satu sama lain jadi anda boleh pilih bilik yang mana anda suka tapi apa yang penting ialah ianya sesuai dengan bajet anda agar dapat bercuti dengan lebih tenang tanpa memikirkan soal wang dan dapatlah juga anda cuti di sini dengan lebih lama. Apa pun bilik yang anda pilih tu tidak perlu risau sebab semua bilik ni pun ada disediakan kelengkapan kemudahan dan juga perkhidmatan seperti air mandian panas sebab tempat ni memang sejuk jadi bolehlah mandi dengan air panas tersebut, TV LCD dengan saluran astro untuk anda menonton jika malas mahu berjalan keluar, kemudahan balkoni juga disediakan sekali dengan meja dan kerusi untuk anda duduk santai sambil melihat keindahan alam semula jadi dan Gunung Kinabalu. Alat untuk membuat kopi atau teh pun ada disediakan, jadi kalau petang atau malam tu bolehlah buat air anda sendiri. Tandas atau bilik mandi juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain yang bertujuan agar bilik tersebut dapat memenuhi citarasa yang anda inginkan dan rasa ianya adalah berbaloi, di bilik ni biasanya yang membeza bilik tersebut adalah jenis dan bilangan katil yang terdapat pada bilik dan juga mungkin ada penambahan kemudahan lain bagi yang bilik mewa seperti bilik executive suite.
Bilik di sini juga ada yang dibenarkan merokok dan ada yang dilarang merokok, jadi ketika anda ingin buat tempahan tu bolehlah bertanya terlebih dahulu dengan pihak resort bilik yang mana anda inginkan tapi bilik ni semua ikut keadaan juga sebab kadang pada masa tu ada bilik yang ada pilih tu mungkin telah penuh dan tidak ada kekosongan. Di resort ni ada juga menyediakan kemudahan tempat untuk buat acara iaitu di Dewan Serbaguna untuk acara seperti majlis perkahwinan, seminar, mesyuarat dan lain-lain lagi yang mana tempat ni dapat memuatkan sehingga 120 orang dalam satu-satu masa, dan ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan lain seperti projektor, papan LED, peralatan audio-visual, meja, kerusi, mikrofon dan sebagainya. Selain dewan tadi terdapat juga dewan mini untuk anda yang ingin buat majlis jamuan peribadi seperti majlis harijadi, majlis ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, dewan mini ni dapat memuatkan sehingga 50 orang dalam satu-satu masa. Sekiranya anda anda ingin menyewa tempat acara ni tidak semestinya anda menginap di sini, untuk lawatan sehari pun boleh juga khas untuk buat acara, tapi perlu buat tempahan lebih awal ya sebab ianya untuk memastikan ruangan acara tu tidak digunakan oleh pihak atau orang lain dan jika anda tempah awal dapatlah juga pihak resort menyediakan segala keperluan untuk majlis anda itu nanti. Seterusnya kemudahan dan perkhidmatan lain ialah internet wifi secara percuma di semua kawasan resort termasuklah tempat dewan acara tadi, jadi dengan ini dapatlah anda sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan di luar sana dan dapat juga memuat naik gambar percutian anda di sini yang cantik dengan berlatarbelakangkan pemandangan alam semula jadi termasuklah Gunung Kinabalu di media sosial untuk di kongsikan kepada mereka. Kalau anda bawa laptop sendiri bercuti ke sini bolehlah juga guna wifi yang ada untuk membuat kerja atau mencari maklumat di internet.
Bagi yang bercuti lama di sini dan malas mahu cuci pakaian tu boleh dapatkan perkhidmatan dobi dan cucian kering yang ada di sini, dengan ini dapatlah anda meluangkan masa untuk aktiviti lain yang ada. Kalau datang dari jauh memandu kereta sendiri tu anda tidak perlu risau sebab di sini ada disediakan kawasan tempat letak kenderaan yang terletak berhampiran dengan penginapan anda, tempat letak kereta ni adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Kawasan tempat letak kereta ni mungkin terhad sebab resort ni berada di atas bukit, oleh itu kalau anda memandu kereta sendiri ke sini, sebelum sampai tu boleh cuba dahulu hubungi pihak resort dan bertanya jika ada kekosongan tempat letak kereta. Biasanya memang banyak kosong tapi untuk masa-masa tertentu yang mungkin ramai orang seperti ketika musim cuti sekolah sebaiknya anda bertanya dahulu. Kemudahan lain ialah di sini ada disediakan restoran yang boleh anda jadikan sebagai tempat menjamu selera dengan pelbagai menu makanan pilihan sama ada untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau pun makan malam dan restoran ni menyediakan menu makanan tempatan, antarabangsa, BBQ grill, steamboat dan lain-lain lagi. Restoran ni buka bermula dari jam 7.15 pagi sehingga jam 10.45 malam, kalau anda jenis yang selalu lapar malam tu sebaiknya sedia makanan ringan untuk di makan di bilik dan boleh buat air kopi dengan menggunakan kemudahan peralatan buat air yang telah disediakan. Untuk lebih ringkasnya di bawah ni adalah antara beberapa senarai apa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sini :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Bilik penginapan
02. Dewan Serbaguna
03. Restoran
04. CCTV 24 jam
05. Dewan mini
06. Wifi percuma
07. TV LCD dan Astro
08. Tempat letak kereta
09. Balkoni di bilik
10. Peralatan buat kopi
11. Mandian air panas
12. Dobi dan cucian kering
13. Pengawal keselamatan
14. Projektor & papan LED
15. Peralatan audio-visual
Kawasan resort ni adalah di tempat tanah tinggi jadi mungkin tidak banyak aktiviti yang dapat anda lakukan di dalam kawasan resort, antara aktiviti yang ada di sini ialah berjalan di kawasan taman yang berada di kawasan resort ini, selain tu anda juga boleh lepak di balkoni sahaja bersama pasangan atau keluarga bercerita dan menikmati kopi sambil melihat pemandangan kawasan Kundasang atau mungkin anda boleh bergambar sama ada di balkoni atau di taman tadi yang mana ianya sudah pasti memberikan pemandangan yang menarik pada gambar anda itu. Kalau buat aktiviti bergambar tu sebaiknya ketika matahari sudah agak tinggi sikit atau cuaca cerah sebab pada masa tu pemandangan Gunung Kinabalu akan kelihatan sepenuhnya jadi jika bergambar atau berselfie mesti akan cantik. Kalau bergambar pada waktu pagi atau lewat petang pun ok juga cuma munkin puncak gunung tu tidak berapa kelihatan sebab terlindung oleh awan atau kabus, tapi kalau pagi sebaiknya bergambar ketika matahari terbit sebab ia akan muncul di celah Gunung Kinabalu yang pasti akan memberikan satu gambaran pemadangan yang cukup mengagumkan. Jika bercuti dan menginap di sini sebaiknya anda senaraikan tempat menarik untuk anda lakukan aktiviti nanti sebab di daerah Kundasang dan daerah Ranau ni memang banyak tempat menarik yang boleh anda lawat atau kunjungi, jadi tidaklah bosan duduk di dalam bilik sahaja, antara beberapa tempat menarik yang ada berhampiran dengan resort dan juga khususnya di dua daerah iaitu Ranau dan Kundasang ialah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Mendaki Bukit Sosodikon
02. Desa Cattle Dairy Farm
03. Gunung Kinabalu
04. Kundasang War Memorial
05. Taman Negara Kinabalu
06. Rafflesia Conservation Garden
07. Tagal Sg. Moroli Fish Spa
08. Kinomulok Garden
09. Timpohon Gate
10. Ranau Paragliding
11. Strawberry Farm
12. Gerai Sayur Kundasang
13. Alpaca Club
14. Ladang Teh Sabah
15. BW Bus Restaurant
16. Ranau Rabbit Farm
17. Mont K Skybike
Bagi yang ingin lihat kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada disediakan oleh pihak resort ni anda bolehlah masuk ke laman web rasmi Dream World Resort atau terus menghubungi pihak pengurusan resort ini untuk bertanya sebarang kemusykilan. Sesiapa yang mahu ke sini dari Kota Kinabalu boleh ambil bas di Terminal Bas Bandaraya Utara yang terletak di Inanam lebih kurang 10 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabal, naik bas dari Inanam ni yang menuju ke Ranau dan boleh beritahu pemandu atau pembantu pemandu untuk menurunkan anda di Kundasang kemudian anda boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain untuk di hantar ke resort. Kalau datang dari daerah lain iaitu daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan lain-lain lagi tu boleh ikut bas yang menuju ke Kota Kinabalu dan seperti biasa beritahu pemandu bas untuk turunkan anda di Kundasang. Pilihan lain ialah memandu kereta sendiri terus ke sini atau kalau tidak ada kereta boleh dapatkan sewa kereta yang penting anda mempunyai lesen yang sah ya, jangan memandu tanpa lesen.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Dream World Resort di alamat seperti di bawah ini.
Dream World Resort
Jalan Mesilou Golf Club,
89307, Kundasang Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 888 333
Telefon : +6088 888 334
Telefon : +6083 856 9984
Email : info@dreamworldkundasang.com
Website : Dream World
Telefon : +6088 888 334
Telefon : +6083 856 9984
Email : info@dreamworldkundasang.com
Website : Dream World
Ulasan
Catat Ulasan