Langkau ke kandungan utama

Eco Camp Bayayat Kadamaian

Eco Camp Bayayat Kadamaian merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tapak perkhemahan ini terletak di daerah Kota Belud, Sabah iaitu lebih kurang 90 km dari Bandar Kota Kinabalu.

ECO CAMP BAYAYAT KADAMAIAN

Kredit Gambar : Ecocampbayayat

Eco Camp Bayayat Kadamaian adalah salah satu tempat menarik di Kota Belud yang juga merupakan satu kawasan yang dibuka khas untuk aktiviti perkhemahan dan anda patut kunjung tempat ini tidak kira anda adalah penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke daerah Kota Belud. Tempat ini adalah tapak perkhemahan yang cantik dan ianya juga amat sesuai untuk anda sesisi keluarga atau bersama rakan-rakan bercuti sambil berkhemah dan beriadah di sini. Tempat ini terletak di dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 90 km atau kira-kira 1 jam 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu dan lebih kurang 19 km atau kira-kira 25 minit perjalanan dari Pekan Kota Belud. Bagi sesiapa yang suka dengan aktiviti perkhemahan, tempat ini adalah yang sesuai untuk anda dan pasti akan membuat anda lebih teruja bila berada di sini.

Eco Camp Bayayat Kadamaian juga merupakan salah satu tapak perkhemahan yang terdapat di Sabah dan menyajikan satu suasana perkhemahan yang lebih privasi kerana jauh dari kawasan perkampungan. Tempat ini juga menyajikan satu pemandangan yang menarik dan menakjubkan lebih-lebih lagi dengan pemandangan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu walaupun ianya dapat dilihat dari jauh dan juga pemandangan alam semulajadi yang cukup menenangkan. Selain itu di tempat ini juga terdapatnya sebatang sungai iaitu Sungai Kadamaian iyang mengalir jernih, sejuk dan segar berhampiran kawasan perkhemahan. Air sungai ini ada bahagian yang dalam dan ada bahagian yang tidak dalam, jadi bagi yang ingin mandi di sungai ini tapi tidak berapa pandai berenang, janganlah mandi di bahagian kawasan sungai yang dalam, anda boleh cari kawasan air yang tidak dalam dan mandi di situ agar lebih selamat.


Selain daripada bergambar atau mengambil gambar suasana keindahan pemandangan alam semulajadi, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah aktiviti di darat dan juga aktiviti di sungai yang mana aktiviti ini pasti akan menjanjikan satu kepuasan kepada anda dan membuatkan anda merasa percutian atau perkhemahan di ini adalah berbaloi dan menjadikan satu pengalaman yang cukup indah buat anda dan keluarga atau rakan-rakan yang datang bersama anda di Eco Camp Bayayat Kadamaian ini. Antara beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah seperti berkhemah, berkayak, menoreh getah, buat kem motivasi dan juga aktiviti permainan seperti memanah.

Bagi yang tidak mempunyai peralatan perkhemahan atau peralatan tidur, tidak perlu risau sebab di sini perlatan khemah dan tempat tidur seperti pondok semua ada disediakan yang percuma dan yang untuk disewa. Kalau anda tidak pandai pasang khemah boleh minta petugas di sini untuk tolong pasangkan. Kalau tidak biasa tidur di khemah atas tanah bolehlah menyewa pondok yang ada disediakan di sini. Untuk melawat ke sini anda boleh pilih sama ada ke sini untuk lawatan biasa saja dan tidak bermalam atau pun boleh juga kalau memilih untuk bermalam. Tapi kalau datang dari jauh adalah lebih baik untuk bermalam di sini untuk menambahkan lagi penglaman berkhemah pada waktu malam lebih-lebih lagi kalau datang beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara kemudahan percuma atau yang perlu untuk yang disediakan di sini ialah seperti :

Kemudahan :

01. Tapak perkhemahan
02. Pondok 
03. Tempat barbeque
04. Tandas
05. Bilik mandi
06. Tenaga solat
07. Air graviti
08. Kerusi
09. Dapur masak
10. Liputan talian (digi dan celcom)
11. Rakit
12. Kayak
13. Tempat unggun api
14. Tempat letak kereta

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang berkhemah di Eco Camp Bayayat Kadamaian ini yang pasti akan membuatkan anda lebih teruja serta dapat memberikan satu pengalaman baru yang cukup indah kepada anda bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan aktiviti yang dilakukan dan suasana tempat ini yang begitu menarik ianya adalah berbaloi lebih-lebih lagi dengan kadar bayaran yang boleh dianggap murah dan mampu untuk semua orang. Anda juga boleh membuat persiapan awal sebelum datang ke sini seperti menyediakan apa yang perlu untuk dibawa bagi keperluan anda semasa berada di sini dan mungkin boleh dapat mengurangkan kos sewa peralatan. Barang keperluan tu bolehlah bertanya dengan ketua kumpulan anda agar lebih mudah lagi.

Untuk ke sini bolehlah naik bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud, selepas itu naik teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan menuju ke sini, tetapi harga tambang mungkin tinggi sikit sebab jauh. Oleh itu sebaiknya adalah memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus ke sini. Kalau datang ramai-ramai bolehlah bawa kereta kawan dan kongsi-kongsi untuk isikan minyak jadi dapat juga jimat kos anda. Ini juga adalah bagi mudahkan pergerakan pergi dan balik anda dari sini dan membeli barang keperluan untuk ke sini seperti makanan dan lain-lain lagi. 

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Daftar masuk (bermalam) :
Buat tempahan dahulu

Bayaran masuk (day trip) :

Warganegara 
Dewasa 13 tahun ke atas : RM3.00
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM2.00
Kanak-kanak 0-6 tahun : Percuma
Warga emas 60 ke atas : Percuma
OKU : Percuma

Warga asing 
Dewasa 13 tahun ke atas : RM7.00
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM4.00
Kanak-kanak 0-6 tahun : Percuma
Warga emas 60 ke atas : Percuma
OKU : Percuma

Bayaran masuk (bermalam) :

Warganegara 
Dewasa 13 tahun ke atas : RM7.00
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM4.00
Kanak-kanak 0-6 tahun : Percuma
Warga emas 60 ke atas : Percuma
OKU : Percuma

Warga asing 
Dewasa 13 tahun ke atas : RM12.00
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM8.00
Kanak-kanak 0-6 tahun : Percuma
Warga emas 60 ke atas : Percuma
OKU : Percuma

Sewa pondok (saiz 8 x 8) :
RM40.00 : 1 pondok dan 1 khemah (1 malam)

Sewa pondok (saiz 8 x 16) :
RM80.00 : 1 pondok dan 2 khemah (1 malam)

Sewa pondok (day trip) :
RM15.00 : 1 hari

Sewa dapur :
RM15.00 : 1 malam

Sewa tempat barbeque :
RM5.00 : 1 malam

Sewa khemah :
RM30.00 : khemah saiz 4 orang
RM40.00 : khemah saiz 6 orang
RM5.00 : Untuk tapak khemah

Bayaran memanah :
RM10.00 : Seorang (30 minit)

Harga di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa dan harga ini juga tidak termasuk peralatan lain yang anda ingin sewa. 
Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan dan jika ingin membuat tempahan bolehlah hubungi pihak pengurusan Eco Camp Bayayat Kadamaian seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Eco Camp Bayayat Kadamaian
Peti Surat 88, Kg. Bayayat,
89158, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.

Telefon : 019-812 2287 (Zinin)
Telefon : 014-280 7919 (Zico)
Telefon : 013-875 0172 (Naissey)
Website : facebook.com/ecocampbayayatkadamaian

Nota :

01. Jika ke sini sama ada bermalam (berkhemah) atau datang melawat sehari sahaja, anda haruslah patuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tapak perkhemahan Eco Camp Bayayat Kadamaian ini.

02. Jangan lupa bawa makanan untuk dimakan atau masak (bbq) apabila anda bercadang untuk ke sini, terutamanya bagi mereka yang ingin berkhemah dan bermalam di sini.

Ulasan