Eco Yap Farm adalah salah satu tempat menarik
di Sabah yang menempatkan lebih kurang 5000 ekor lembu untuk penghasilan produk susu segar Eco-Yap yang sudah pasti ia dikenali ramai oleh penduduk tempatan negeri ini. Kalau mahu melihat bagaimana susu segar ini dihasilkan bolehlah datang ke sini dan sebaiknya datang ramai-ramai agar lebih seronok, tempat ini terletak di daerah Keningau iaitu lebih kurang 8.3 km atau kira-kira 13 minit saja perjalanan menaiki kereta dari Bandar Keningau.
Eco Yap Farm merupakan
salah satu tempat menarik di
Keningau yang boleh dikunjungi oleh orang ramai khususnya kepada mereka yang ingin melihat bagaimana penghasilan susu segar Eco-Yap ini dihasilkan dan tempat ni dikendalikan oleh syarikat Yun Fook Resource Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1982 oleh pengasasnya iaitu Datuk Yap Yun Fook yang juga merupakan salah seorang usahawan terkenal di Malaysia khususnya di Sabah serta menjadi antara peneraju perladangan dan penternakan lembu yang mesra alam dengan menggunakan kaedah penggunaan semula sisa ladang untuk aktiviti pertanian yang lain, selain itu Datuk Yap Yun Fook juga telah dianugerahkan antara usahawan pertanian terkenal di Asia. Tempat ini terletak di daerah Keningau dan ianya berada tidak jauh dari Bandar Keningau iaitu lebih kurang 8.3 km atau kira-kira 13 minit sahaja perjalanan dengan menaiki kereta dari Pusat Bandar Keningau. Sebaliknya jika anda datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula ianya akan memakan masa sekitar lebih kurang 1 jam 55 dengan jarak perjalanan kira-kira 116 km. Kawasan tempat ini adalah luas iaitu dengan keluasan 276 ekar dan menempatkan kira-kira 5000 ekor lembu untuk penghasilan susu segar jenama terkenal iaitu Eco-Yap Fresh Milk yang sudah pasti penduduk tempatan cukup mengenali jenama ini kerana banyak dijual di pasaraya, supermarket, pusat pendidikan dan lain-lain lagi. Jadi kalau ada masa terluang bolehlah cuba datang ke tempat ini beramai-ramai untuk anda melihat sendiri bagaimana susu segar ini dihasilkan seterusnya pergi melawat beberapa lagi ladang pertanian, perkilangan dan juga perniagaan lain yang terdapat dalam tempat ini dan dikendalikan oleh syarikat Yun Fook Resource Sdn Bhd.
Pada awal penubuhan ladang lembu yang ada di sini cuma mempunyai 2 ekor lembu sahaja, namun kini ladang lembu ini telah mempunyai lebih daripada 5000 ekor lembu dan mampu mengeluarkan atau pun menghasilkan kira-kira 4 juta liter susu segar dalam setahun sekaligus menjadikan tempat ini antara pengeluar susu segar terbesar di Malaysia. Selain daripada lembu terdapat juga beberapa haiwan lain yang diternak oleh Eco Yap Farm ini iaitu seperti kambing, burung walit, rusa, ikan dan lain-lain lagi. Walaupun terdapat banyak haiwan lain yang ada tetapi ladang lembu adalah yang paling menonjol kerana keluasan ladang lembu dan juga jumlah lembu yang diternak di sini. Kalau anda berpeluang ke sini sudah semestinya anda akan dapat diberi peluang untuk merasa susu segar yang dihasilkan terus dari ladang ini dan kalau anda berminat boleh terus beli produk susu segar yang ada termasuk beberapa produk lain yang ada dijual. Anda tidak perlu risau untuk mencuba susu yang diberikan di sini sebab susu yang diproses adalah di kawasan mesra alam yang mana rumput untuk makanan lembu tersebut ditanam berhampiran dengan ladang itu sendiri, selain itu sistem pengurusan di sini yang mengamalkan atau mengutamakan sifar sisa serta mesra alam menjadikan tempat ini kelihatan sangat bersih dan tidak ada sebarang pembuangan bahan atau sisa ke dalam sungai mahu pun alam sekitar yang mungkin boleh mencemarkan alam. Air hujan juga turut ditadah untuk digunakan bagi keperluan serta kegunaan ladang termasuklah juga penggunaan sistem solat atau tenaga suria yang digunakan untuk tujuan memanaskan dan mendidihkan air panas. Semua sistem yang dilaksanakan ini dikatakan mengambil masa hampir 30 tahun untuk menjadikannya betul-betul mampan dan sesuai untuk perladangan lembu dan lain-lain lagi yang ada di sekitar Eco Yap Farm.
Selain daripada produk susu segar terdapat juga beberapa produk lain yang dikeluarkan oleh Eco Yap iaitu seperti nanas, beras desa yang mempunyai tahap kolestrol yang rendah, baja e-kompos yang sesuai digunakan untuk tanaman seperti bunga dan sayur-sayuran yang menggunakan 50% bahan organik serta 100% tidak berbau dan bebas patogen, produk lain ialah di sini juga anda boleh memborong ikan air tawar yang berkualiti terus dari ladang di sini dan bagi peminat durian tu anda boleh dapatkan pelbagai jenis durian di sini termasuklah juga anak benih durian. Untuk mendapatkan produk lain yang ada ni anda boleh datang terus ke Ladang Datuk Yap Yuk Fook ini atau pun menghubungi terus pihak yang menguruskan produk tersebut untuk proses pembelian dan penghantaran ke lokasi anda. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dapat datang sendiri ke ladang ini untuk melihat dan meras produk yang dihasilkan oleh ladang ni seperti produk susu segar dan produk lain tersebut dan melawat beberapa perusahaan lain yang dijalankan seperti penternakan burung walit, nursery kelapa sawit yang luas dan sebagainya. Jika anda bercadang untuk datang Eco Yap Farm maka sangat disarankan untuk membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini dan sebaiknya dua atau tiga minggu sebelum datang melawat ke tempat ini agar dapatlah memudahkan pihak mereka mengatur acara lawatan kumpulan anda tu nanti dan ia juga akan dapat memberi mereka kesempatan untuk memeriksa sekiranya ada pelawat lain pada tarikh dan masa yang anda pilih tersebut, sebab waktu buka ada sebelah pagi dan petang jadi kalau terlalu ramai orang atau pelawat pada masa itu maka mungkin pihak pengurusan akan mengaturkan dan memberikan masa dan tarikh sesuai yang baru untuk kumpulan anda
Bila sudah dapat temujanji untuk lawatan tu pastikan jangan lupa untuk membawa beberapa barang atau keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa antaranya ialah seperti bawa bajet lebih sikit ke sini agar dapat membeli beberapa produk yang ada untuk di bawa pulang ke rumah nanti sebab kalau anda ke sini tetapi tidak membeli apa-apa produk maka rugi rasanya terutamanya susu segar Eco Yap yang dikeluarkan dan dihasilkan dari ladang lembu di sini. Selain itu jangan lupa pakai topi atau bawa payung bila datang ke sini sebab dari satu lokasi produk ke produk yang lain dan kalau berjalan kaki mungkin akan terkena panas matahari. Pakai pakaian yang sesuai apabila anda datang melawat ke sini contohnya pakai seluar panjang dan baju lengan panjang apabila cuaca pada hari tersebut adalah panas atau ketika musim hujan. Boleh juga bawa air minuman untuk di minum apabila terasa haus, tapi kalau tidak mahu bawa tidak juga menjadi masalah sebab anda boleh membeli susu segar yang ada di sini lagi pun rasanya lebih sedap dan segar untuk diminum tidak kira sama ada waktu itu cuaca adalah panas atau ketika hujan. Selain daripada itu anda juga mungkin boleh membawa beberapa kotak untuk isi barang yang dibeli sekiranya merancang ke sini dan membeli jenis beberapa produk dengan kuantiti yang agak banyak, agar senang untuk di bawa dan dimasukkan ke dalam kereta nanti. Manakala bagi anda yang datang ke sini untuk penyelidikan atau pendidikan pastikan membawa peralatan menulis seperti pen dan buku nota untuk mencatat apa-apa maklumat yang diberikan oleh jurupandu atau guide yang bertugas membawa anda di sekitar Eco Yap Farm. Anda boleh fikirkan apa lagi yang dirasakan perlu untuk dibawa nanti agar ianya lebih memudahkan anda sepanjang berada di sini membuat lawatan tanpa sebarang gangguan.
Bila sampai di sini anda mungkin akan diberikan beberapa penerangan dan untuk keselamatan pastikan anda mengikut semua peraturan yang telah pun ditetapkan oleh pihak pengurusan Eco Yap Farm dan ikut apa yang diperkatakan oleh jurupandu anda sepanjang lawatan dalam kawasan Ladang Datuk Yap Yuk Fook. Pastikan juga anda tidak buat sesuatu perkara tanpa bertanya atau pemberitahuan terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini agar tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini terjadi dan ia juga adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda serta kumpulan anda. Apa-apa pun bagi yang sudah dapat temujanji lawatan dengan pihak pengurusan Eco Yap Farm, sebaiknya juga anda membuat senarai untuk aktiviti lawatan ke beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi apabila datang ke daerah Keningau ini nanti, lagi pun seperti yang dinyatakan di atas tadi lawatan ke Eco Yap Farm adalah pada sebelah pagi atau petang, jadi kalau temujanji lawatan anda tu pada sebelah pagi bolehlah melawat tempat menarik di Keningau pada sebelah petang dan begitulah juga sebaliknya jika lawatan temujanji pada sebelah petang boleh melawat tempat menarik lain pada sebelah pagi, dengan itu ianya akan menjadikan percutian anda ke daerah Keningau ini lebih menarik kerana dapat melawat banyak tempat pelancongan menarik yang mungkin belum pernah dikunjungi sebelum ini. Di bawah ini adalah antara beberapa tempat menarik yang ada disekitar daerah Keningau yang mungkin boleh anda lawati bila berada di daerah ini iaitu seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Muzium Warisan Keningau
02. Taman Negara Banjaran Crocker
03. Bandar Keningau
04. Taman Awam Bandukan
05. Bukit Donguan
06. Bukit Kulanga
07. Bukit Matanoi
08. Martini Glamping Park
09. Qiagung Campsite
10. Cinnamon Riverside Park
11. Tagal Kg. Rantai Apin-Apin
12. Pasar Tamu Keningau
13. Masjid At-Taqwa
Untuk ke tempat ini sebaiknya datang ramai-ramai bersama keluarga atau rakan agar lebih seronok dan kumpulan anda boleh memilih untuk menaiki bas yang bertolak dari Kota Kinabalu dan menuju ke Keningau, selepas sampai di Bandar Keningau boleh terus sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain yang menghantar anda terus ke tempat ini, tapi kalau datang ramai sebaiknya sewa bas mini yang ada di Bandar Keningau sebab lebih besar sikit dan dapat muatkan kumpulan anda. Sekiranya anda ada kereta sendiri maka ianya adalah lebih baik sebab ianya akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini dan seterusnya lebih mudah untuk anda pergi melawat ke beberapa tempat menarik seperti yang disenarai di atas tadi.
Waktu buka :
Pagi : 7.30 hingga 10.30
Petang : 1.30 hingga 4.30
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah menghungi pihak pengurusan Eco Yap Farm di alamat seperti di bawah ini :
Hubungi :

Yun Fook Resource Sdn Bhd
Ladang Datuk Yap Yun Fook,
89000, Keningau,
Ladang Datuk Yap Yun Fook,
89000, Keningau,
Ulasan
Catat Ulasan