Murug Turug merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pusat Eko Pelancongan Murug Turug ini adalah kawasan menarik yang terletak di Daerah Tamparuli, Kota Kinabalu.
EKO PELANCONGAN MURUG TURUG
Eko Pelancongan Murug Turug atau juga Murug Turug Eco-Tourism (MTET) adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Pusat eko pelancongan ini terletak di Kampung Minangkob, Tamparuli iaitu kira-kira 55 km ataupun lebih kurang 1 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Pusat eko pelancongan ini sangat sesuai kepada yang berminat dengan aktiviti meredah hutan dan kini ia semakin menjadi tempat tumpuan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara apabila mereka datang ke Sabah.
Pusat eko pelancongan ini menjadi pilihan orang ramai dan juga pelancong dalam dan luar negara kerana dalam satu kawasan ini ianya mempunyai 7 air terjun yang cukup cantik. Jarang sekali kita melihat atau mendengar dalam satu kawasan pusat pelancongan mempunyai 7 air terjun, oleh itu tempat ini akan dapat memberikan tarikan kepada para pelancong yang ingin melakukan aktiviti meredah hutan untuk menuju ke setiap air terjun yang mana ianya pasti akan dapat memberikan anda satu pengalaman yang cukup indah apabila ke sini. Laluan ke setiap air terjun juga boleh dianggap mencabar tapi tidaklah mencabar seperti mendaki gunung, namun ianya akan menggembirakan anda lebih-lebih lagi jika anda datang beramai-ramai bersama kawan.
Walaupun kawasan eko pelancongan ini mempunyai 7 air terjun kesemuanya namun anda boleh memilih pakej-pakej yang disediakan sama ada ingin pergi ke air terjun utama saja, boleh juga pilih untuk pergi ke 3 kawasan air terjun dan pakej ketiga adalah pakej untuk pergi kesemua air tejun yang ada di sini. Jadi ia adalah terpulang kepada anda dan juga kawan-kawan anda untuk memilih pakej mana yang dirasakan sesuai dengan bajet dan stamina, sebab anda akan berjalan meredah hutan untuk ke air terjun ini jadi stamina mesti pun mesti kuat juga supaya perjalanan anda ke sini akan lebih lancar dan tidak ada masalah.
Pakej yang ditawarkan di sini terbahagi kepada 3 iaitu Pakej A, Pakej B dan juga Pakej C, jadi anda boleh pilih mana satu dan semua pakej ini mempunyai jarak meredeah hutan yang berbeza antara satu sama lain dan kalau anda ingin ambil yang Pakej C pastikan anda datang lebih awal agar memudahkan anda berjalan pergi dan balik kerana lokasinya yang jauh. Boleh lihat pakej yang ada di bawah ini :
1. Pakej A :

Pakej ini adalah laluan yang paling dekat iaitu cuma sekitar 3 km hingga 4 km saja berjalan kaki pergi dan balik, tetapi cuma dapat melawat 1 air terjun sahaja.
2. Pakej B :
Pakej ini mempunyai laluan yang jauh sedikit iaitu sekitar 4 km hingga 5 km berjalan kaki pergi dan balik dan di sini anda akan dapat melawat 3 kawasan air terjun.
3. Pakej C :
Pakej ini adalah laluan yang paling jauh dan anda akan berjalan kaki lebih kurang 12 km atau kira-kira 8 jam perjalanan pergi dan balik dan anda akan dapat melawat semua 7 air terjun.
Kemudahan yang disediakan pula, buat masa ini hanya Pakej A saja yang ada disediakan kemudahan seperti sebuah pondok rehat dan tandas. Tetapi anda di benarkan untuk mandi atau berenang di semua air terjun yang ada di kawasan eko pelancongan ini. Jadi anda boleh bahagikan masa sekiranya mahu mandi di semua air terjun ini, sebaiknya ambil masa yang tidak lama untuk satu air terjun jadi sempat untuk mandi di semua air terjun ini sambil mengambil gambar yang berlatarbelakangkan air terjun yang cukup cantik dan indah ini. Selepas itu bolehlah berkelah atau buat khemah dan makan beramai-ramai bersama kawan atau keluarga sebelum berjalan pulang.
Kalau anda ingin datang sebaiknya memandu kereta sendiri atau menyewa kereta untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen) ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini. Atau boleh juga tanya agensi pelancongan yang berdaftar sekiranya mereka ada menawarkan pakej untuk ke sini. Jadi jangan lupa untuk ke sini ramai-ramai bersama kawan atau keluarga untuk meredah hutan dan menikmati keindahan dan kecantikan air terjun yang ada di sini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 6 petang
Bayaran masuk (Pakej A) :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak/Warga Emas : RM3.00
Warga Asing : RM10.00
Guide 1 orang : RM30.00 (1-6 orang pelawat)
Bayaran masuk (Pakej B) :
Dewasa : RM8.00
Warga Asing : RM15.00
Guide 1 orang : RM35.00 (1-5 orang pelawat)
(Kanak-kanak/Warga Emas/Pelajar tidak dibenarkan)
Bayaran masuk (Pakej C) :
Dewasa : RM15.00
Warga Asing : RM30.00
Guide 1 orang : RM55.00 (1-3 orang pelawat)
Guide 2 orang : RM110.00 (4-6 orang pelawat)

Harga di atas ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa, jadi boleh cuba tanya pihak Murug Turug untuk sebarang perubahan harga, atau jika anda mahu berkhemah dalam 1-2 hari di kawasan air terjun ini. Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh menghubungi pihak Eko Pelancongan Murug Turug di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Murug Turug Community
Kampung Minangkob, Tamparuli
Sabah, Malaysia.
Website : facebook.com/murugturug/

Ulasan
Catat Ulasan