Eko Pelancongan Tomodu Paradise merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang juga tempat rekreasi dan beriadah bersama sesisi keluarga atau bersama rakan-rakan, tempat ini juga sesuai untuk mereka yang berminat dengan aktiviti perkhemahan sebab di sini merupakan antara tempat berkhemah yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk aktiviti ini dan ianya terletak di daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 8 km atau kira-kira 14 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud, Sabah.
TOMODU PARADISE ECOTOURISM

Kredit gambar : Tomodu
Eko Pelancongan Tomodu Paradise merupakan salah satu tempat yang menarik
di Kota Kinabalu untuk anda berekreasi, beriadah mahu pun berkhemah dan ianya sesuai untuk semua tidak kira tua atau muda dan dari mana pun anda datang sama ada dari sekitar daerah kecil Kota Belud ini, dari Kota Kinabalu, dari luar daerah di Sabah ini atau pun para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini khususnya ke Kota Kinabalu dan Kota Belud. Tempat ini sering menjadi tempat pilihan kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal disekitar daerah kecil ini untuk datang beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan ketika ada kelapangan seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu, ada yang datang untuk menginap dan bermalam dan ada juga yang datang untuk lawatan pergi balik dalam sehari dari tempat ini yang terletak di daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 8 km atau kira-kira 14 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud, manakala kalau anda datang dari Kota Kinabalu jarak untuk ke sini adalah sekitar 76 km iaitu mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit perjalanan. Jadi terpulang pada anda mahu bermalam atau pun tidak bila datang ke sini, tapi kalau bermalam biasanya orang akan gunakan khemah sebab lebih seronok kerana lokasi tempat ini yang terletak berhampiran dengan Sungai Wariu yang menjadinya lebih menarik perhatian orang ramai. Bayaran masuk ke tempat ni juga adalah murah jadi tidak hairanlah kalau hujung minggu memang selalu ramai orang berada di sini beriadah bersama keluarga sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ada disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini. Oleh itu sekiranya anda berpeluang datang berkunjung dan bercuti ke daerah kecil Kota Belud ini bolehlah meluangkan masa datang ke tempat ini beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan tidak kiralah anda mahu bermalam atau datang melawat sekejap sahaja untuk berehat sambil melihat keindahan alam semulajadi yang ada di sini dan merasai ssatu suasana yang tenang dan indah di Eko Pelancongan Tomodu Paradise ini.
Pihak pengurusan tempat ini juga menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan khas buat tetamu yang datang ke sini tidak kira bermalam atau datang melawat sehari saja, dan kemudahan ini semuanya adalah bertujuan agar setiap para tetamu yang datang sentiasa berasa berpuas hati dan selesa sepanjang mereka berada di sini terutama sekali bagi mereka yang ke sini bermalam sama ada bermalam dengan menyewa pondok atau pun yang bermalam dengan berkhemah di tempat ini. Dengan kemudahan yang ada ini ianya turut memudahkan para tetamu untuk tidak perlu lagi terlalu banyak membawa barangan keperluan bila datang ke sini dan antara kemudahan yang ada ialah pondok yang mana pondok ini boleh anda sewa dan jadikan tempat untuk bermalam sekiranya tidak selesa atau tidak biasa bermalam dengan khemah tapi pondok ni hanya ada beberapa kemudahan asas saja dalamnya dan tidak ada kemudahan yang mewah, terdapat beberapa jenis pondok yang disediakan di tempat ini dengan namanya tersendiri seperti walai koupusan, walai nipi, sulap pampang, sulap tundaki dan lain-lain lagi, kalau pondok jenis walai biasanya sesuai untuk anda menginap sebab ia adalah tertutup, manakala yang jenis sulap adalah jenis separuh terbuka dan ini sesuai juga digunakan untuk bermalam sekiranya datang dalam kumpulan yang ramai, selain itu ada juga pondok terbuka dan ini rasanya sesuai buat mereka yang datang ke sini untuk lawatan sehari dan menyewanya agar memudahkan mereka dapat duduk berteduh dan menjamu selera. Semua jenis pondok yang ada ini akan dikenakan bayaran ya untuk anda menggunakannya tetapi tidak perlu risau sebab tidak juga mahal dan sekiranya anda bercadang untuk datang bercuti ke tempat ni dan menyewa jenis pondok yang ada maka sebaiknya menghubungi pihak pengurusan di sini untuk membuat tempahan lebih awal, ini adalah agar dapat memudahkan pihak pengurusan memastikan jika ada kekosongan tempat sekaligus menyimpan pondok tersebut untuk anda nanti.
Kemudahan lain terdapat di tempat ini adalah kawasan tapak perkhemah yang disediakan oleh pemilik di sini dan tapak perkhemahan ni agak luas terletak berhampiran dengan sungai jadi pemandangannya memang cukup menarik lebih-lebih lagi pada waktu petang. Kalau anda datang ke sini beramai-ramai sebaiknya anda menghubungi pihak pengurusan di sini terlebih dahulu agar mereka dapat memastikan ada ruang tapak yang cukup untuk kumpulan anda terutamanya bila anda bercadang ke sini ketika cuti hujung minggu dan dengan membuat tempahan awal ianya turut memudahkan phak di sini menyimpan kawasan tapak perkhemahan untuk kumpulan anda sekaligus menyediakan segala keperluan diperlukan oleh anda, untuk kemudahan khemah pula tidak pasti sekiranya pihak pengurusan tempat ini ada sedia kemudahan khemah untuk di sewa anda boleh bertanya mengenai kemudahan khemah ketika membuat tempahan tapak, tapi rasanya anda mahu lebih berjimat bolehlah bawa khemah sendiri sebab ianya akan lebih memudahkan anda lagi pun kalau khemah sendiri mungkin lebih selesa. Seterusnya ialah di sini juga ada kemudahan surau yang telah disediakan buat untuk para tetamu khususnya yang muslim agar memudahkan untuk menunaikan solat dan tidak perlu pergi jauh lagi untuk mencari surau sekaligus beri peluang untuk meluangkan masa yang lebih di tempat ini. Kemudahan tempat memasak bbq juga ada disediakan di sini untuk membolehkan anda memasak sendiri makanan yang diinginkan, tetapi barang mentah yang hendak dimasak tu anda yang kena bawa sendiri, manakala untuk arang bbq anda boleh bertanya terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini sekiranya mereka ada menjualnya, jika tidak ada maka anda hendaklah membawa sendiri arang dari tempat anda, selain itu peralatan untuk makan seperti piring, gelas, sudu dan sebagainya boleh bawa sendiri dari rumah tidak kisah pun yang alat jenis plastik atau pun jenis kertas yang pakai buang, lagi pun di sini ada disediakan kemudahan sinki untuk memudahkan anda mencuci peralatan tersebut selepas digunakan. Gerai makan dan kedai runcit turut disediakan berhampiran tempat ini bagi membolehkan anda membeli makanan di gerai makan jika tidak mahu masak sendiri dan membeli beberapa keperluan lain yang ada dijual di kedai runcit tersebut, jadi bagi mereka yang datang ke sini untuk lawatan sekejap saja mungkin boleh beli makanan di gerai saja.
Kemudahan tandas juga ada disediakan di sini agar dapat memudahkan lagi para tetamu menggunakan tandas tersebut tanpa perlu pergi mencari tandas di tempat yang lain sebab kemudahan tandas ni adalah antara yang penting untuk lokasi tempat beriadah seperti di sini. Tandas yang ada di sini sentiasa dijaga dan dibersihkan agar ianya sentiasa kelihatan bersih bagi membolehkan tetamu menggunakannya tanpa rasa tidak selesa, oleh itu sekiranya anda menggunakan kemudahan tandas yang disediakan ini pastikan jaga kebersihannya dan jangan membuang sampah di dalamnya terutama dilubang tandas tersebut yang mungkin boleh menyebabkannya tersumbat dan seterusnya menjadi kotor, jadi bersamalah menjaga kebersihan setiap kemudahan yang disediakan di sini. Selain itu terdapat juga kemudahan rakit dan juga kayak yang disediakan bagi mereka yang mahu menaikinya di sungai, tidak pasti sekiranya ada bayaran yang dikenakan untuk rakit dan kayak tersebut, bagi mereka yang mandi di sungai ada juga kemudahan pelampung dan tali yang merentasi sungai tersebut yang boleh anda pegang ketika mandi di sungai agar membolehkan anda mandi dengan lebih tenang terutamanya bagi kanak-kanak hendaklah dipakaikan kemudahan pelampung untuk menjaga keselamatan mereka. Dewan terbuka juga ada dibina di tempat ini yang boleh orang ramai gunakan untuk membuat majlis tertentu termasuklah juga ada kemudahan karaoke yang disediakan. Memang banyak sebenarnya kemudahan lain yang telah disediakan di sini iaitu seperti beberapa tempat duduk, meja dan tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan tempat ini. Bagi anda yang ada sampah seperti sisa makanan, plastik makanan dan lain-lain lagi pastikan buang sampah tu ke dalam tong sampah yang disediakan sebab banyak tong sampah yang disediakan di sini jadi tidak ada alasan untuk anda membuang sampah merata-rata di tempat ini terutama sekali pastikan jangan membuang sampah ke dalam sungai. Di bawah ini adalah beberapa barang keperluan yang boleh anda bawa apabila bercadang untuk datang ke tempat ini agar ianya lebih memudahkan anda sepanjang berada di sini sama ada sehari atau beberap hari :
Barang perlu bawa :
01. Khemah sendiri
02. Pakaian lebih
03. Lampu suluh
04. Barang masakan
05. Bekas simpan makanan
06. Kamera/video kamera
07. Piring, gelas, sudu
08. Pisau lipat
09. Tali (jika perlu)
10. Beg tidur kalis air
11. Selimut tidur
12. Baju tebal
13. Penghalau nyamuk
14. Sejadah
15. Telekung
16. Kompas
17. Pakaian mandi
18. Pemetik api
19. Powerbank
20. Duit poket
Kalau anda rasa ada lagi barang yang perlu di bawa maka bolehlah bawa saja, apa pun pastikan pakaian mandi tu sebaiknya yang menutup aurat sebab sungai ni adalah terbuka jadi akan ada ramai orang pada masa tersebut. Bekas untuk simpan makanan basah tu sebaiknya bawa yang boleh menyimpan makanan basah agar tidak mudah rosak contohnya seperti polisterin dan sebagainya terpulang pada anda. Untuk yang muslim jangan lupa untuk bawa sejadah, telekung bagi wanita dan juga kompas untuk lihat arah kiblat. Apa pun pastikan jangan lupa untuk membawa barang yang penting untuk kegunaan anda di sini nanti dan kalau bawa lebih pun tidak menjadi masalah sebab ianya akan memberi peluang kepada anda untuk dapat berehat di tempat ini dengan lebih tenang sambil menikmati percutian bersama keluarga dan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini antaranya ialah seperti aktiviti berkhemah yang mana untuk berkhemah di tempat ni anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu untuk memastikan adanya kekosongan tapak perkhemahan pada masa dan tarikh yang anda pilih dan dengan membuat tempahan awal maka akan dapat mudahkan pihak pengurusan di sini untuk menyediakan segala apa keperluan yang kumpulan anda perlukan nanti. Pastikan juga bawa khemah dan peralatan berkhemah yang lain agar ianya akan dapat menjimatkan lagi kos dan memudahkan anda bila sudah sampai di sini. Walaupun di sini ada menyediakan pondok untuk anda menginap dan bermalam tapi kalau datang dalam satu kumpulan yang ramai rasanya lagi seronok kalau dapat berkhemah sebab mudah untuk berbual dan bercerita dengan rakan yang lain. Aktiviti lain yang ada di sini ialah mandi di sungai yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak sebab tidaklah terlalu dalam dan terdapat kemudahan pelampung dan tali untuk berpegang, memang seronok dapat mandi ramai-ramai dengan ahli keluarga dan rakan di sungai ini, tetapi dalam keseronokkan perlu juga menjaga keselamatan diri dan keluarga, terutama sekali bila mandi bersama anak anda yang masih kecil sebab tepi sungai biasanya ada batu mungkin yang licin dan boleh menyebabkan tergelincir anda jatuh apabila tersalah pihak, jadi sentiasalah berhati-hati untuk kebaikan semua.
Selain itu di sini juga anda boleh buat aktiviti menaiki rakit dan berkayak di sungai, tapi bilangan rakit dan kayak ni mungkin agak terhad jadi anda perlulah menunggu giliran sekiranya pada hari tersebut ada ramai orang yang datang ke tempat ini. Sama seperti mandi di sungai, ketika melakukan dua aktiviti ini anda perlulah juga sentiasa berhati-hati dan kalau ada disediakan jaket keselamatan bolehlah sewa jaket tersebut agar lebih menjamin keselamatan anda dan keluarga, pendek kata semua aktiviti yang di sungai perlulah sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga tidak kira anda pandai berenang atau pun tidak sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri. Aktiviti lain yang ada ialah memasak bbq di sini bersama keluarga atau rakan, pastikan jangan lupa untuk membawa segala barang untuk di masak dan peralatan untuk makan nanti, memang seronok bila dapat memasak bbq di sini terutamanya bagi yang bermalam di sini sama ada di pondok atau berkhemah sebab dapat memasak dan makan beramai-ramai sambil memasang unggun api dan bercerita kenangan masing-masing tidak kira kenangan masa muda, masa sekolah dan lain-lain termasuklah kenangan percutian di sini di bawah sinaran bulan yang terang benderang dan jutaan kerlipan bintang di angkasa yang sudah pasti cukup menawan, ini sekaligus akan dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli keluarga atau dapat mengeratkan lagi tali persahabatan jika datang bersama rakan, jadi sebaiknya bila ke sini bermalam bawalah barang makanan untuk dimasak bbq sebab ianya bukan sahaja dapat menyerikan dan memeriahkan percutian anda di sini tetapi juga dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain. Di sini juga sebenarnya anda boleh buat aktiviti seperti mengadakan majlis harijadi dan majlis perkahwinan sebab kawasan tempat ni agak luas dan ada dewan terbuka yang memudahkan anda buat majlis tersebut dengan susana udara yang lebih segar dan pemandangan yang cantik dikelilingi alam semulajadi.
Tempat ini terletak di Kota Belud dan berhampiran sahaja dengan jalan raya, jadi adalah lebih baik jika anda memandu kereta sendiri terus ke sini sebab tempat ni mudah saja di akeses, lagi pun di sini ada juga kawasan tempat letak kereta yang disediakan dan anda tidak perlu risau. Kalau ada kereta sendiri boleh memudahkan anda membawa segala barang dan peralatan yang diperlukan dan bila ada kurang boleh pandu kereta ke Pekan Kota Belud untuk membeli barang yang kurang tersebut.
Waktu operasi :

Setiap hari : 8.30 pagi - 6 petang
Bayaran masuk :
RM3.00 : Dewasa
Bayaran masuk :
RM3.00 : Dewasa
RM2.00 : Kanak-kanak
Bayaran masuk di atas ni mungkin boleh berubah mengikut masa dan keadaan, bayaran ini juga tidak termasuk bayaran jika menggunakan kemudahan yang ada disediakan seperti pondok, tapak berkhemah dan lain-lain lagi. Oleh itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak Eko Pelancongan Tomodu Paradise ikut alamat di bawah :
Hubungi :

Eko Pelancongan Tomodu Paradise
W.D.T 22, Jalan Tambulion Piasau,
Kampung Tambulion Ulu,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6010 323 8090
Website FB : Tomodu
W.D.T 22, Jalan Tambulion Piasau,
Kampung Tambulion Ulu,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6010 323 8090
Website FB : Tomodu
Ulasan
Catat Ulasan