Eroney Garden, Wasai adalah satu tempat menarik di Sabah, yang juga merupakan tempat rekreasi atau berkelah seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan yang tenang serta jauh dari kesibukan bandar. Tempat ini kebanyakkannya dikunjung oleh orang ramai yang tinggal disekitar daerah Telupid dan kawasan sekitarnya, ada juga yang datang dari luar daerah tetapi tidaklah ramai. Tempat ini terletak di Wasai, Telupid iaitu kira-kira 7 km atau lebih kurang 8 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Telupid dan lebih kurang 130 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya datang dari Pusat Bandar Sandaka, Sabah.
ERONEY GARDEN
Eroney Garden, Wasai merupakan salah satu tempat menarik di Telupid yang boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya ingin mencari tempat untuk santai, beriadah dan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan pada hari biasa atau ketika cuti dihujung minggu. Tempat ni memang sering dikunjungi oleh penduduk yang tinggal di daerah Telupid dan juga kawasan sekitarnya terutama sekali apabila ada cuti hari Sabtu dan Ahad, ada juga yang datang dari daerah lain seperi Beluran, Kinabatangan dan juga Sandakan namun jumlahnya tidaklah ramai kerana mungkin agak jauh. Tetapi sekiranya anda mencari satu tempat untuk berkelah serta berehat bersama keluarga yang jauh dari kesibukan bandar dan dengan suasana yang lebih tenang maka bolehlah memilih menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya dan di snii juga anda boleh memilih untuk membuat lawatan sehari ataupun beberapa hari, terpulang padaanda sendiri. Tempat ini terletak di Wasai, Telupid iaitu lebih kurang 7 km atau kira-kira 8 minit perjalanan dari Pekan Telupid dan lebih kurang 130 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan. Memang seronok sekiranya anda dapat bercuti di Eroney Garden, Wasai ini sebab selain daripada suasananya yang tenang, tempat ini juga dikelilingi oleh tumbuhan semulajadi menghijau yang sudah pasti akan memberikan satu pemandangan yang menarik serta udara yang segar. Oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung menikmati sendiri percutian menarik di tempat ini sambil melakukan pelbagai aktiviti. Apa pun sebelum datang ke tempat ini maka adalah sebaiknya anda hubungi pihak pengurusan Eroney Garden terlebih dahulu untuk memastikan tempat ini buka pada masa atau tarikh yang anda pilih untuk datang dan boleh terus membuat tempahan apa-apa yang perlu sekiranya bercadang untuk bercuti beberapa hari seperti membuat tempahan penginapan dan membuat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai tempat ni.
Lokasi tempat ini tidak jauh dari Pekan Telupid dan jalannya pun boleh lalu semua jenis kereta sama ada kecil atau besar, jadi kalau kereta anda jenis kecil tidak perlulah risau sebab boleh sahaja pandu terus ke sini. Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan pemilik tempat ini kepada orang ramai atau pengunjung yang datang bercuti ke sini, antaranya adalah seperti tempat letak kereta yang mana tempat letak kereta ni adalah percuma dan boleh berhampiran dengan tempat anda berehat dan pastikan meletakkan kereta anda di kawasan yang disediakan. Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah kawasan atau tapak untuk berkhemah buat para pengunjung yang mahu berkhemah dalam sehari atau beberapa hari yang penting anda bawa khemah sendiri dari rumah agar memudahkan segala urusan bila sudah sampai di sini dan untuk berkhemah ni digalakkan juga menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan tempat ini untuk memastikan kekosongan tempat pada waktu tersebut. Kalau datang ke sini beramai-ramai memang sesuai untuk berkhemah, tapi kalau datang dalam jumlah yang sedikit seperti dengan keluarga sahaja mungkin boleh memilih untuk berkhemah atau sewa rumah penginapan sebab di sini pun ada disediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung dan di dalam rumah penginapan tersebut juga telah disediakan pelbagai kemudahan lain seperti katil, tilam, kipas, dapur, tempat masak dan lain-lain lagi, oleh itu terpulanglah pada anda sama ada mahu menyewa penginapan tersebut atau berkhemah sekiranya datang ke sini bercuti dalam beberapa hari. Kemudahan lain ialah seperti tandas yang boleh digunakan oleh semua pengunjung bila datang ke tempat ini, tandas yang ada disediakan ni sentiasa dijaga kebersihannya jadi kalau anda menggunakan tandas tersebut pastikan tidak merosakkannya seperti menconteng atau membuang sampah di dalamnya terutama sekali jangan buang sampah dalam lubang tandas yang mungkin akan menyebabkannya tersumbat sekaligus akan sukarkan anda atau pengunjung lain menggunakan tandas tersebut.
Selain itu di sini juga ada disediakan beberapa buah pondok yang boleh disewa oleh para pengunjung bila datang ke sini, rasanya kemudahan pondok ini memang perlu untuk anda sewa apabila datang ke sini bercuti sebab dengan menyewa pondok tersebut ianya akan lebih memudahkan anda meletakkan segala barang keperluan yang dibawa seperti makanan, minuman, pakaian dan peralatan lain. Dengan adanya pondok ini juga akan memudahkan anda sekeluarga duduk bersama sambil menjamu selera dan boleh juga santai dengan berbaring di pondok tersebut sambil menunggu masa untuk balik setelah penat beriadah dalam sehari bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Untuk makluman anda pondok yang ada disediakan ini ada yang berlainan harga sewanya jadi apabila sudah sampai di sini anda boleh bertanya dengan pekerja tempat ini untuk memilih lokasi pondok mana yang anda suka untuk disewa. Di tempat ini tidak ada cafe jadi anda membawa makanan sendiri dari rumah, anda juga boleh memilih memasak di sini dengan menggunakan kemudahan bbq yang disediakan, tetapi disarankan anda hubungi terlebih dahulu pengurusan tempat ini sekiranya mereka masih ada menyediakan peralatan untuk bbq termasuk arang untuk bbq tersebut. Sekiranya mereka ada sediakan maka anda hanya perlu bawa makanan basah untuk di masak saja seperti ayam, daging, ikan, udang, sotong dan lain-lain lagi. Peralatan untuk makan seperti pinggan, sudu, garpu dan gelas perlulah anda bawa sendiri dari rumah atau boleh beli sahaja di kedai peralatan tersebut yang jenis pakai buang agar lebih memudahkan anda tanpa perlu mencucinya. Di sini ada juga disedia kemudahan air bersih untuk kegunaan anda seperti bersiram selepas mandi di sungai, kegunaan masak, dan beberapa lagi keperluan lain, apabila gunakan kemudahan air tu haruslah bertimbang rasa juga dengan berjimat seperti menutup selepas menggunakannya, ini adalah agar tidak adalah pembaziran berlaku sekaligus dapat menjimatkan penggunakan air. Kemudahan lain ialah laluan berjalan kaki jenis konkrit yang disediakan agar lebih memudahkan pengunjung ketika berjalan sekitar kawasan ini, tapi jangan berkaki ayam berjalan di atas laluan ini sebaiknya pakailah kasut atau selipar.
Banyak lagi sebenarnya kemudahan yang ada disediakan di tempat ini dan anda boleh bertanya dengan pihak pengurusan Eroney Garden sekira ada pertanyaan mengenai kemudahan yang disediakan, anda boleh hubungi melalui telefon atau melalui laman sosial mereka. Di bawah ini adalah ringkasan kepada kemudahan yang ada disediaakn tempat ini :
Kemudahan :
01. Tempat Letak Kereta
02. Penginapan
03. Pondok Rehat
04. Tempat BBQ
05. Laluan Jalan Kaki
06. Tandas
07. Air Bersih
08. Tempat Berkhemah
09. Tali Berpaut
Anda juga boleh membawa beberapa barangan keperluan apabila bercadang untuk datang ke sini ikut dari keperluan dan berapa lama anda cadang bercuti di tempat ini. Dengan membawa beberapa barang ini maka ianya akan dapat memudahkan segala urusan perjalanan percutian anda dan ia juga akan dapat menjimatkan lagi perbelanjaan anda. Senarai di bawah ini adalah cadangan sahaja, yang mana anda rasa perlu di bawa bolehlah ikut, begitu juga sebaliknya, jadi semua itu terpulang kepada keperluan anda sekeluarga sepanjang berada di tempat ini bercuti dan barang keperluan ni bergantung juga sama ada anda ke sini dengan menyewa penginapan atau pun membuat aktiviti perkhemahan. Berikut adalah antara barangan yang boleh di bawa :
Barang di bawa :
01. Makanan
02. Minuman
03. Pakai Topi
04. Payung
05. Pakaian Lebih
06. Pakaian Mandi Sesuai
07. Khemah Sendiri
08. Ubat Peribadi
09. Duit Poket
10. Sunscreen
11. Pakaian Mandi Sesuai
12. Lampu Suluh
13. Peralatan Makan
14. Tali (jika perlu)
15. Tuala Mandi
16. Peralatan Mandi
17. Kamera
18. Powerbank
19. Kompas
20. Bantal
21. Selimut
22. Beg Tidur
Antara beberapa aktiviti yang boleh para pengunjung lakukan apabila datang bercuti ke Eroney Garden ini adalah seperti mandi di sungai yang terdapat di tempat ini dan sungai tersebut ada bahagian yang dalam dan ada juga yang tidak berapa dalam, jadi bolehlah pilih mana yang sesuai untuk anda bila ke sini bersama ahli keluarga, ada juga tali yang dipasang melintasi sungai tersebut untuk memudahkan orang ramai berpaut pada tali tersebut ketika mandi untuk keselamatan terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak berapa tahu berenang. Semasa melakukan aktiviti mandi di sungai pastikan sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga walaupun mungkin air sungai itu tidak berapa dalam tetapi arus sungai mungkin boleh menjadi laju atau deras, jadi untuk keselamatan sentiasa pastikan keadaan sekeliling dan sentiasa perhatikan anak anda ketika mereka mandi atau bermain di kawasan sungai dan jangan biarkan mereka bermain sendirian. Awasi juga setiap langkah anda ketika berjalan di kawasan sungai yang ada batuan sebab mungkin batu itu juga berada dalam keadaan licin yang boleh menyebabkan anda jatuh dan tergelincir. Memang seronok dapat mandi di sungai ini sebab keadaannya yang begitu jernih dan air di sungai ini juga lebih sejuk berbanding beberapa sungai di tempat lain sekitar daerah Telupid. Oleh itu jangan lepaskan peluang anda mandi di sungai ini dan pastikan bawa pakaian untuk mandi yang sesuai sebab tempat ini adalah kawasan umum yang mungkin akan ada ramai pengunjung lain yang turut sama mandi di sungai tersebut. Aktiviti lain yang boleh anda buat adalah membuat aktiviti perkhemahan di kawasan yang disediakan khas untuk anda mendirikan khemah, aktiviti berkhemah di sini sangat bagus sebab lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan diliputi tumbuh-tumbuhan menghijau yang mana akan memberikan satu keadaan udara yang lebih sejuk dan nyaman. Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi untuk berkhemah di sini pastikan anda membawa khemah sendiri dari rumah atau kalau datang ramai-ramai bolehlah berkongsi khemah dengan rakan yang lain agar lebih menjimatkan.
Kalau datang pada waktu pagi boleh juga cadangkan untuk membuat aktiviti bbq di sini sebab ada juga kemudahan tempat masak bbq di sini, jadi anda hanya perlu bawa makanan basah untuk di masak saja ke sini, alangkah seronoknya bila selesai mandi di sungai kemudian beramai-ramai masak bbq di sini dan seterusnya menjamu selera bersama sambil bercerita pengalaman indah antara satu sama lain yang sudah pasti akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau tali bersahabatan antara anda. Aktiviti lain ialah mengambil gambar bersama keluarga atau rakan ketika melakukan pelbagai aktiviti di tempat ini kemudian kongsikan gambar tersebut kepada rakan lain yang mungkin belum ada kesempatan untuk datang. Beberapa tempat di sini memang cantik kalau anda mengambil gambar untuk kenangan anda bercuti di tempat ini sebab kebanyakkannya landskap Eroney Garden dihiasi dengan pelbagai tumbuhan termasuklah pokok bunga yang ditanam indah dan cantik. Apa pun juga aktiviti yang anda lakukan di sini pastikan utama keselamatan terlebih dahulu dan patuhi segala peraturan yang telah pun ditetapkan oleh pihak pengurusan Eroney Garden, Wasai untuk kebaikan dan juga keselamatan anda sekeluarga sepanjang berada di tempat ini bercuti tidak anda ke sini untuk lawatan sehari atau pun beberapa hari. Selain itu bersamalah menjaga dengan baik segala kemudahan yang telah disediakan dan yang penting juga jangan membuang sampah merata-rata di kawasan ini, sila pastikan buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan agar tempat ini sentiasa kelihatan cantik dan bersih sekaligus akan dapat tarik lebih ramai lagi pengunjung datang.
Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak Eroney Garden, Wasai di alamat seperti di bawah :
Hubungi :
Eroney Garden, Wasai
89320, Telupid,

Sabah, Malaysia.
Tel : +6013 884 2522
Web Fb : Eroney Garden
Tel : +6013 884 2522
Web Fb : Eroney Garden

Ulasan
Catat Ulasan